Menu Thailand sentiasa menjadi kegemaran ramai. Antaranya tomyam dan ayam paprik yang mudah untuk disediakan. Aroma masakan Thai sungguh menggamit rasa dengan pelbagai rempah ratus yang dicampurkan. Oleh itu menjadikan masakan Thailand istimewa. Untuk menu malam ni jom buat ni.
SUP DAGING ALA THAI
1 kilogram daging – dibersihkan
3 biji buah pelaga
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu besar serbuk lada putih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 biji tomato
5 tangkai cili padi
2 akar ketumbar – di ketuk
bawang goreng secukupnya
1 inci halia – di ketuk
2 biji limau nipis – ambil jusnya
1 labu bawang holland – di hiris kasar
1/2 sudu besar garam
2 liter air
1 batang celery – di potong pendek
Cara memasak :
1. Reneh daging sehingga empuk. Ini mengambil masa yang agak lama dan selalunya saya akan merenih daging lebih awal sebelum proses memasak. Buang buih yang timbul dipermukaan periuk dengan sudu ketika proses merenih daging tersebut. Tambahkan air secukupnya jika ianya menyusut.
2. Masukkan buah pelaga, akar ketumbar, kulit kayu manis, bunga cengkih, halia, lada hitam, lada putih dan serbuk ketumbar serta renih lagi.
3. Seterusnya masukkan bawang holland, batang celery dan tomato serta renih lagi.
4. Akhir sekali masukkan cili padi dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Masukkan sup kedalam mangkuk dan perahkan limau nipis kedalamnya. Taburkan bawang goreng dan bolehlah dihidangkan bersama nasi panas.
*Jika ada kesempatan bolehlah hasilkan bawang goreng sendiri kerana ia lebih harum dan ranggup
Sedar tak sedar, Rasa Ketuhar Kuali sudah di episod ke 3, pelbagai resipi dah di masak dan kesemuanya sangat mudah dan sedap. Untuk episod ke 3 ni, Adam Didam dan Aunty Aini akan kongsikan 3 resipi istimewa seperti Gambas Bersama Roti, Stew Daging & pencuci mulut Puding Epal Pir. Menarik kan? Ingat pesanan Aunty Aini “jangan lupa cuba tau!”
Orang Malaysia, memang tak canggung dengan sebahagian masakan Cina. Malah ada daripada masakan Cina dah sinonim dengan tekak masyarakat di Malaysia. Menariknya masakan Cina ni boleh dimasakan dengan cara ringkas seperti tumis, kukus, reneh, panggang dan goreng cepat dan menggunakan api besar.
Untuk kelainan ini ada 4 menu masakan Cina yang pedas dan sedap yang sedap untuk dicuba.
1. TAUHU DENGAN AYAM PEDAS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
2. PES KACANG PEDAS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
3. AYAM CHONG QING CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
4. AYAM GORENG CILI KERING BERSAMA KACANG GAJUS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
5. SZECHUAN BEEF
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INGIN MENCARI PILIHAN PETI SEJUK TERKINI YANG MENJADIKAN MAKANAN ANDA TETAP SEGAR, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :
ANDA BOLEH TENGOK JUGA RESIPI MENARIK DI LINK INI :
Jika anda penggemar masakan berkuah pekat yang mempunyai gabungan rasa masam, manis dan sedikit pedas, resipi Daging Masam Manis ini memang wajib dicuba. Sekali pandang, hidangan ini kelihatan seakan-akan paprik daging, namun rasanya lebih istimewa dengan kombinasi sos, tomato puri dan jus limau nipis yang memberikan keseimbangan rasa yang sangat menyelerakan.
Bagi yang mempunyai stok daging di dalam peti sejuk, menu ini sangat sesuai disediakan untuk makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga. Daging yang direbus sehingga empuk kemudian dimasak bersama sos berempah dan pelbagai sayur menjadikan hidangan ini lengkap serta mengenyangkan.
Lebih menarik, Daging Masam Manis ini bukan sahaja mudah disediakan, malah menggunakan bahan-bahan yang mudah diperoleh. Hasilnya ialah lauk yang kaya dengan rasa dan sangat sesuai dimakan bersama nasi putih panas.
Keunikan Daging Masam Manis terletak pada keseimbangan rasa yang terhasil daripada gabungan pes cili, sos cili, sos tiram dan jus limau nipis. Rasa manis daripada gula dan sos bercampur dengan rasa masam limau yang segar menjadikan hidangan ini lebih menarik berbanding lauk biasa.
Daging yang direbus terlebih dahulu juga memberikan tekstur yang lembut dan mudah dikunyah. Apabila dimasak bersama sos yang pekat, setiap hirisan daging menyerap perisa dengan sempurna dan menghasilkan rasa yang sangat memuaskan.
Pastikan daging direbus secukupnya sebelum dimasak bersama sos. Daging yang empuk akan menjadikan hidangan lebih enak dan mudah dinikmati oleh semua peringkat umur.
Jangan tergesa-gesa ketika menumis bahan kisar dan pes cili. Langkah ini penting untuk menghasilkan warna yang cantik serta rasa yang lebih mendalam pada kuah.
Jus limau nipis sebaiknya dimasukkan pada penghujung proses memasak bagi mengekalkan aroma dan rasa segarnya.
Daging Masam Manis paling sesuai dihidangkan bersama nasi putih panas. Gabungan kuah pekat yang kaya rasa dengan nasi yang masih panas memang cukup membuka selera.
Selain itu, hidangan ini juga boleh dipadankan dengan telur dadar, sup kosong atau ulam-ulaman untuk melengkapkan hidangan keluarga. Kehadiran pelbagai sayur dalam resipi ini turut menjadikannya lebih seimbang dan berkhasiat.
Jika anda sedang mencari idea lauk yang mudah tetapi mempunyai rasa yang luar biasa, Daging Masam Manis ini memang pilihan yang tepat. Dengan gabungan rasa masam, manis dan sedikit pedas yang seimbang, tidak hairanlah Daging Masam Manis menjadi antara menu kegemaran ramai untuk dihidangkan pada waktu makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga.
Kuetiau Kari Chinese Style Ipoh yang mudah, berkuah pekat dan sangat sedap. Ikuti resipi lengkap bersama tip memasak untuk hasil yang lebih berlemak dan menyelerakan.