Selain dijadikan ulam, petai sebenarnya mampu membuatkan hidangan sambal anda bertambah mantap. Walaupun berbau, tapi
rasa petai yang sukar nak digambarkan itu boleh meningkatkan selera makan. Petai pun bukan main harganya sekarang ni kan?
SAMBAL SOTONG PETAI
Bahan-bahan
300 gram sotong (dibersihkan dan hiris bulat)
150 gram isi petai
1/2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang merah (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
2 cm halia (dikisar halus)
6 tangkai cili kering (dikisar halus)
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Cara membuat
1. Panaskan kuali, tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan petai dan hirisan bawang besar, kacau lagi.
3. Kemudian masukkan sotong, air asam jawa, sos cili dan sos tiram.
4. Biarkan mereneh lebih kurang tiga minit.
5. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Angkat dan hidangkan
SAMBAL GORENG PETAI BILIS
Ads
Bahan-bahan
100 gm ikan bilis
2 papan petai (kikis kulit dan hiris)
5 tangkai cili merah (kisar)
5 tangkai cili padi (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah (hiris bulat)
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara membuat
1) Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
2) Goreng petai seketika. Angkat dan ketepikan.
3) Keluarkan minyak masak tapi tinggalkan sedikit untuk menumis.
4) Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan air asam, garam, gula dan perasa secukupnya.
5) Kecilkan api, biarkan tumisan garing.
6) Akhir sekali masukkan ikan bilis dan petai goreng, gaul rata dan tutup api.
SAMBAL TEMPOYAK PETAI BILIS
Ads
Bahan-bahan
4 genggam ikan bilis (dibersihkan)
2 batang serai (dititik)
4 papan petai masak (dikupas dan belah dua)
1 helai daun kunyit (diracik halus)
1 senduk tempoyak
1 sudu makan gula
Sedikit minyak masak
2 helai daun kesum (diracik)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar
8 tangkai cili kering
10 biji cili padi
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup (boleh guna serbuk kunyit)
Cara membuat
1) Goreng seketika ikan bilis. Angkat dan toskan minyak masak.
2) Dengan menggunakan baki minyak gorengan tadi, tumis semua bahan kisar dan serai sehingga wangi dan garing.
3) Masukkan tempoyak diikuti hirisan daun kunyit dan daun kesum.
4) Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sebati sehingga naik bau.
5) Masukkan petai dan masak seketika. Padamkan api dan masukkan ikan bilis. Gaul rata.
6) Sedia untuk dihidangkan.
Ads
SAMBAL UDANG PETAI
Bahan-bahan
400 gram udang kuning
1 biji bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 senduk kecil cili kisar (ikut selera pedas masing-masing)
½ cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat
1) Panaskan minyak masak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.
2) Kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dikisar bersama cili kisar. Biarkan sehingga cili benar-benar masak
dengan api perlahan.
3) Masukkan gula dan kacau rata sebelum memasukkan petai, air asam jawa dan garam.
4) Akhir sekali masukkan udang dan sedikit bawang merah yang telah dipotong bulat sehingga layu. Tutup api dan sedia dihidang.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sambal tomato ikan bilis goreng ..haaa terliurrr takk ..mabelesss, Mantoppp..ratah pun sedap, makan ngn pulut pun sedap, mkn dgn lontong pun sedap.
Bahan-bahan:
1/2 mangkuk ikan bilis (guna mangkuk gulai)
1 inci belacan
minyak sikit untuk goreng
Tanda * digoreng bersama terlebih dulu hingga masak dan ketepikan
4 biji cili merah dipotong kasar
2 biji tomato dipotong 8
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
Tanda ✓ ditumbuk kasar
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula (ikut selera nak sedap macam mana)
1 inci gula melaka (kak long guna gula kabung sebab tu je yang ada)
Cara memasak:
1.Tadi dah goreng ikan bilis dan belacan.
2.Sekarang letak sikit minyak dan goreng bertanda ✓
3.Kacau rata sampai keluar minyak dan masukkan ikan bilis dan belacan tadi. Gaul kejap.
4.Masukkan pula gula melaka tadi sampai hancur.
5.Baru masukkan garam dan gula. Rasakan. Kalau kurang ummph tambah apa yang patut.
Boleh makan dengan nasi panas. Ada petai atau apa jenis ulam pun terangkat weiii
Memasak jadi lebih mudah jika kita tahu caranya. Salah satu yang boleh dicuba ialah dengan Pes Sambal Belacan ni. Dengan adanya pes ni, kerja memasak hidangan harian seperti Nasi Goreng Kampung, Kangkung Goreng Belacan, Kailan Goreng Belacan, Bihun Goreng dan banyak lagi, menjadi lebih mudah. Hanya satu jenis pes, macam-macam boleh disediakan. Tak perlu dah nak kupas bawang, kisar cili dan sebagainya. Kerja memasak pun jadi lebih cepat. Menarik kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Azima Dandelion.
RESIPI PES SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
10 biji cili padi
2 biji cili merah | nak letak semua cili padi pun boleh
Belacan sebesar ibu jari
2 sudu teh sos tiram
3 sudu makan minyak masak
Air
Sedikit gula | jika perlu
CARA MEMASAK:
Kisar cili padi, cili merah dan belacan bersama sedikit air.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan sos tiram serta gula ( jika perlu) dan masak hingga pecah minyak. Pastikan selalu dikacau bagi mengelakkan pes hangit.
Pedamkan api dan sejukkan. Simpan di dalam bekas bertutup.
Nota:
Boleh juga masukkan ikan bilis dalam bahan untuk dikisar. Cuma kalau dah masukkan ikan bilis, sos tiram kena kurangkan kerana takut terlebih masin.
Jika mahu buat dalam jumlah yang banyak, gandakan kuantiti bahan-bahan diatas.
Sedapnya Sambal Hijau. Makan dengan ikan goreng, ikan bakar atau aneka ulam memang membuka selera. Bagi penggemar sambal, resipi perkongsian saudari Nurzailiasya Zaiera ni boleh dicuba. Buat stok banyak-banyak dan simpan je dalam peti sejuk. Boleh tahan lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.
RESIPI SAMBAL HIJAU SEDAP & TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
3 pek cili hijau – jika baru nak cuba, guna 1 paket sudah cukup
1 pek cili merah
1 pek cili padi – boleh ubah ikut kepedasan yang digemari
4-5 biji bawang merah
3 biji tomato ranum
3 inci belacan
2 genggam ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa ( Nota: Bahan-bahan ini tiada sukatan tepat. Empunya resipi campak-campak sahaja. Jadi boleh tambah dan kurangkan bahan ikut kesesuaian selera masing-masing.)
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan cili merah, cili hijau, tomato, bawang merah dan cili padi. Potong kecil. 2, Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng semua bahan ( kecuali ikan bilis, garam dan gula) hingga layu. 3. Angkat dan masukkan ke dalam pengisar. Kisar seketika. Biarkan bahan di dalam pengisar. 4. Dalam kuali yang sama, goreng ikan bilis hingga garing. Kemudian masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali ikan bilis. Kacau sampai warna sambal jadi sedikit gelap.
5. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Siap. Sedia untuk dihidangkan.
Nak tahu cara hilangkan kerak periuk dan kesan hangus tanpa guna sabun keras? Cuba 6 bahan dapur ini seperti garam, lemon dan soda bikarbonat — mudah, berkesan dan selamat!