Steambot mudah dan teramatlah sedapnya. Rebus air dan masukkan dua jenis pes, iaitu pes tom yam dan pes asam pedas, dah menjadi pun supnya.
Pastu boleh masukkan sosej, bahan mix steamboat (dalam peket) laut, cendawan dan mi segera,hmm memang mengenyangkan. Kuah ni kalau dihirup pun puas.Jom buat, mudah sangat hanya tiga langkah memasak aje.
STEAMBOT MUDAH
BAHAN-BAHAN :
1 pes tom yam
1 pes asam pedas | Adabi ada
2 kiub ayam
1.5 liter air
1 peket Mix steamboat
Sosej secukupnya
Ikan fuchok goreng secukupnya
Cendawan enoki/cendawan tiram | secukupnya
Mi segera
CARA MEMASAK : 1. Rebus air 1.5liter dan masukkan 2 kiub ayam,1 pes tom yam dan 1 pes asam pedas adabi
Ads
2. Dah menggelegak,campurkan mix steamboat,sosej, ikan fuchok goreng, mi segera dan akhir sekali masukkan cendawan.
Selalu kita dengar nasi ayam, nasi tomato, nasi arab. Cuba kali ni kita try buat nasi mentega pulak. Rasanya pun sedap. Sesekali nak rasa kelainan, cuba masak nasi mentega. Rasanya macam nasi ayam tapi ada rasa lemak sedikit sebab guna mentega. Memang sedap. Paling menarik, nasi ini boleh dimasak menggunakan periuk nasi elektrik. Senang saja.
Bahan-bahan
150 gram mentega
5 ulas bawang putih hiris nipis
2 helai daun pandan
4 cawan beras (basuh bersih)
Garam secukup rasa
Setengah kiub pati ayam
Cara membuatnya
1. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Kacau sehingga cair.
2. Masukkan bawang putih dan daun pandan. Kacau sekejap saja.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh, serbuk perasa, garam dan kiub pati ayam. Kacau rata.
4. Tambah sedikit air. Kacau beras sehingga air kering sedikit. Nasi akan masak sedikit.
5. Apabila air sudah kering, masukkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan air seperti masak nasi biasa.
6. Tekan button cook dan biarkan sehingga nasi masak.
Sedap dimakan dengan sup ayam atau ayam goreng. Try la!
Serunding Ikan memang popular lebih-lebih lagi bila tiba bulan puasa. Bila sahur kan tak ada selera, jadi serunding ni memang sesuai benar lah dijadikan lauk. Jangan tak tahu, serunding ni pun sesuai dijadikan inti popia simpul atau karipap mini tau. Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya!
SERUNDING IKAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan rebus dengan garam serta asam keping hingga masak.
2. Asingkan isi ikan dan tulang. Kemudian ramas atau kisar hingga halus. Ketepikan.
3. Dalam kuali besar, masukkan semua bahan yang dikisar halus.
4. Masukkan santan, asam keping dan juga gula melaka. Boleh juga guna gula biasa. Jumlahnya ikut citarasa masing-masing. Gaul hingga semua bahan mesra dan gula larut.
5. Tambahkan isi ikan.
6. Gaul lagi hingga sebati seperti ini.
7. Teruskan memasak serunding menggunakan api sederhana sehingga serunding kering. Anggaran masa untuk serunding kering sepenuhnya adalah lebih kurang 1 jam.
8. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati ikut cita rasa anda.
Asam Laksa Cina, memang sedap dan punya rasa yang tersendiri. Masam, manis dan pedas rasanya. Enak!
Kelihatan seakan Laksa Penang tapi berbeza. Jika dibeli, agak sukar untuk mendapat rasa kuahnya yang kena dengan selera. Ada yang terlalu pekat dan ada juga yang cair.
Menerusi perkongsian saudara Ben Safwan, beliau menunjukkan cara-cara untuk masak kuah laksa yang enak dengan sukatan yang mudah.
Menurut beliau, secara peribadi jika memasak laksa dan mahukan kuah yang pekat sempurna, beliau akan menggunakan sukatan 1 kg ikan untuk dengan 3 liter air (1kg ikan = 3 liter air). Memang sedang elok. Jom cuba! Anda pasti sukakannya juga.
1. Rebus ikan. Bila ikan rebus sudah masak dan sejuk, asingkan isi ikan dengan tulang ikan.
2. Kisar isi ikan dengan guna air dengan secukupnya (ambil air dari yang 3 liter tadi. Bukan air lain) dan masukkan dalam bekas asing. 3. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, kisar dan tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang. 4. Dalam periuk, masukkan baki air tadi, isi ikan kisar, air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar, cili kisar, asam keping, air asam jawa ,belahan bunga kantan, daun kesum dan daun pudina. Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat. Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih. 5. Tambah gula Melaka hancur, garam serta serbuk perasa.Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam, pedas kuah. 6. Separuh isi ikan sardin yang siap dibasuh seketika tadi dilenyek kasar dan dimasukkan dalam kuah. Separuh lagi untuk dihidangkan bersama Asam Laksa Cina nanti.
7. Bila dah tutup api, terus keluarkan kesemua asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam. 8. Bolehlah hidang dengan laksa beras atau laksa yang sudah siap direbus. Nikmati bersama bahan-bahan ulam laksa.
Ketahui cara pilih ketam segar dengan 10 tip mudah untuk mendapatkan isi yang padat, manis dan berkualiti. Panduan lengkap sebelum membeli ketam di pasar atau pasar raya.