
Sedapnya Spiral Mantao ni. Cantik rupanya dan teksturnya pun gebu sangat sesuai dinikmati bersama keluarga. Nak makan waktu pagi, minum petang atau makan malam pun memang sesuai sangat. Kalau dijadikan kudapan ketika santai bersama keluarga, memang terbaik. Jom cuba buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Maizura Ridzuan. Memang puas hati tengok hasilnya.
Resipi Spiral Mantao Gebu & Mudah
Bahan-Bahan
- 350gm tepung gandum
- 35gm gula kastor
- 1/2 sudu besar yis segera
- 180ml air suam
- 30ml minyak masak
- Perasa kesukaan
Cara Masak Spiral Mantao
- Masukkan yis, gula dan minyak masak ke dalam air suam.
- Biarkan seketika sehingga yis berbuih. Kemudian tuangkan campuran tersebut ke dalam tepung gandum. Uli adunan sehingga licin dan tidak melekat di tangan.

3. Untuk hasil lebih menarik, boleh buat dua adunan berbeza warna atau perisa. Empunya resipi menggunakan satu adunan putih dan satu lagi perisa strawberi.


4. Tutup doh dan biarkan selama kira-kira sejam sehingga naik dua kali ganda.

5. Selepas doh mengembang, canai doh putih dan doh berwarna secara berasingan. Kemudian lapiskan kedua-duanya sebelum digulung membentuk spiral seperti dalam gambar.
6. Potong doh mengikut saiz yang digemari.

7. Panaskan air kukusan terlebih dahulu. Kukus Spiral Mantao selama 5 hingga 8 minit menggunakan api sederhana.
8. Angkat dan sedia untuk dinikmati ketika masih panas. Memang lembut dan gebu.
Tips Hasilkan Spiral Mantao Lebih Gebu
Pastikan air yang digunakan suam dan bukan terlalu panas supaya yis dapat aktif dengan baik. Selain itu, proses menguli juga penting untuk mendapatkan tekstur mantao yang lembut dan cantik. Jika suka, boleh gunakan pelbagai jenis perisa seperti pandan, coklat atau strawberi bagi menghasilkan Spiral Mantao yang lebih menarik.
Spiral Mantao ini memang sesuai dihidangkan ketika minum petang bersama teh atau kopi panas. Teksturnya yang lembut dan rupa spiral yang cantik pasti buat ramai tertarik untuk mencuba sendiri di rumah.

Anda mungkin berminat dengan
Kredit resipi & foto: Maizura Ridzuan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut & Gebu. Resipi Homemade Wajib Cuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!


