Roti Buatan Sendiri Ini Lebih Sedap Dan Fresh

Roti buatan sendiri lebih sedap dan lebih fresh. Alangkah bangga jika dapat membuat sendiri pelbagai jenis roti untuk dijamu pada keluarga tercinta. Rasa puas kerana roti dibuat segar, rasa dan kualiti terjamin.

CINNAMON ROLL

Roti Buatan Sendiri Ini Lebih Sedap Dan Fresh

BAHAN A:

250gm tepung roti

20gm gula – boleh beli online di sini

1 sudu makan susu tepung 

1 biji kuning telur

4gm yis – boleh beli online di sini

½ sudu teh garam – boleh beli online di sini

100ml air

BAHAN B (FILLING):

3gm serbuk kulit kayu manis 

50gm gula perang – boleh beli online di sini

20gm mentega– boleh beli online di sini

IKLAN

 CARA MEMASAK:

  1. Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk penguli dan uli selama 30 minit. Adun hingga menjadi doh.
  2. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
  3. Canaikan doh menjadi bentuk segi empat. Sapu adunan dengan mentega, gula perang dan serbuk kayu manis di atas doh.
  4. Gulung dan kemaskan hujungnya dengan disapu dengan sedikit air pada doh agar ia melekat.
  5. Potong sebanyak 12 gulung sama saiz.
  6. Susun di dalam loyang yang telah dilengser marjerin. Ketepikan dan biarkan dalam 30 minit sehingga doh naik lagi sekali ganda.
  7. Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar doh terlebih selama 20 minit.

 ROTI PAUN MANIS

Roti Buatan Sendiri Ini Lebih Sedap Dan Fresh

BAHAN-BAHAN:

6 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini

1 ½ cawan susu suam

¾ cawan gula – boleh beli online di sini

11gm yis

3 biji telur saiz A

¼ cawan mentega– boleh beli online di sini

 CARA MEMASAK:

  1. Campurkan yis dan ½ cawan susu suam ke dalam satu bekas besar.
  2. Biarkan selama 10 minit sehingga keluar buih.
  3. Masukkan baki 1 cawan susu suam tadi, diikuti dengan gula dan telur. Kacau sehingga gula larut.
  4. Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati dan masukkan baki 3 cawan tepung dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Rehatkan selama 1 jam.
  5. Bahagikan doh kepada 30gram dan susun di dalam loyang. Tunggu seketika sehingga doh naik dua kali ganda.
  6. Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
  7. Keluarkan dan sedia dinikmati.

ROTI PAUN KELADI

Roti Buatan Sendiri Ini Lebih Sedap Dan Fresh

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

6 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini

1 ½ cawan susu suam

2 sudu makan pes keladi

¾ cawan gula – boleh beli online di sini

11gm yis – boleh beli online di sini

3 biji telur (saiz A)

¼ cawan mentega – boleh beli online di sini

IKLAN

Sedikit susu cair untuk sapuan – boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan yis, pes keladi dan ½ cawan susu suam ke dalam satu bekas besar.
  2. Biarkan selama 10 minit sehingga keluar buih.
  3. Masukkan baki 1 cawan susu suam tadi, diikuti dengan gula dan telur. Kacau sehingga gula larut.
  4. Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati dan masukkan baki 3 cawan tepung dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Rehatkan selama 1 jam.
  5. Bahagikan doh kepada 30gram dan susun di dalam loyang. Tunggu seketika sehingga doh naik dua kali ganda. Gris susu cair di atas permukaan doh.
  6. Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
  7. Keluarkan dan sedia dinikmati.

Boleh beli online di sini

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Resipi Tart Telur Portugis Sedap Lemak Berkrim, Guna Air Fryer Je

 

Roti Canai Beef Calzone, Memang Sedap Makan Panas-Panas

Roti Telur Makan Panas-Panas, Memang Ngam

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI