![Spageti bujang lemak berkrim](https://cdn.rasa.my/rasa/Untitled-design-13.png)
Teringin nak makan masakan sendiri tetapi selalu terbantut oleh kekangan masa dan tercari-cari resipi menyebabkan bertangguh untuk memasak. Jangan cari alasan lagi, jom cuba resipi mudah saji ni. Pilihan bujang berkerjaya yang boleh disediakan ketika balik kerja atau pun hujung minggu.. Mudah jer!
SPAGETI BUJANG LEMAK BERKRIM
BAHAN-BAHAN:
- 250gm spageti |rebus dan tos
- 150ml susu penuh krim
- 50gm mentega
- 6 ekor udang saiz XL
- 50gm cendawan butang dalam tin | hiris
- 50gm brokoli |dadu kecil
- 1/2 biji bawang besar | cincang
- 3 ulas bawang putih | cincang
- Sedikit serbuk lada sulah
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.
2. Masukkan susu dan kacau hingga mendidih.
3. Seterusnya masukkan udang, diikuti dengan cendawan butang.
4. Kemudian masukkan pula brokoli.
5. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.
6. Akhir sekali masukkan spageti yang telah direbus. Gaul rata dan angkat.
Sedia untuk di makan!… Bon appétit
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kuah Mi Bandung Penuh Lauk Yang Sedap & Paling Mudah Buat Untuk Hidangan Makan Malam.
![Resipi Kuah Mi Bandung Penuh Lauk Yang Sedap & Paling Mudah Buat Untuk Hidangan Makan Malam.](https://cdn.rasa.my/2018/09/Untitled-design-5-1.png)
Terasa nak makan Mi Bandung tapi nak resipi paling mudah dan sedap? Resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ini tentunya yang anda patut cuba. Bahan-bahan digunakan sangat mudah dan hasilnya memang membuka selera. Pendek kata tak rugilah kalau cuba.
RESIPI MI BANDUNG MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- Mi kuning secukupnya | basuh dan celur seketika
- Sedikit isi ayam | dihiris
- Udang segar | jumlah terpulang pada citarasa
- 2-3 keping tauhu | dipotong dan digoreng seketika
- 1-2 batang lobak merah | dipotong
- Putik jagung
- Sedikit sawi
- 1 biji tomato | belah 4
- 4 biji telur
- 1 cawan sos cili
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 1/2 sudu makan tepung jagung | (bancuh dengan 1 cawan air
- 3 sudu makan gula pasir
- 1 sudu makan garam
- Bahan perasa secukupnya | jika perlu
- 2 liter air | jika kuah pekat, boleh lebihkan. Jika kuah cair, boleh tambah air bancuhan tepung jagung
- 3 senduk minyak untuk menumis
BAHAN SAMPINGAN:
- Daun sup
- Bawang goreng
- Cili padi
BAHAN KISAR:
- 15 tangkai cili kering
- 1 1/2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 5 sudu makan udang geragau kering | boleh ganti dengan 3 sudu makan udang kering
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, gula, garam dan bahan perasa hingga garing dan betul-betul pecah minyak.
2. Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau seketika.
3. Masukkan ayam. Biar hingga empuk barulah dimasukkan air. Biar hingga mendidih.
4. Seterusnya masukkan lobak merah dan tomato.
5. Bila kuah dah mendidih kuat, pecahkan telur. Jangan kacau kerana nak biarkan telur masak sebiji-sebiji.
6. Bila telur sudah masak, masukkan sawi, udang dan tauhu.
7. Untuk pekatkan kuah, masukkan air bancuhan tepung jagung secukupnya. Biar mendidih seketika dan sesuaikan rasa.
8. Siap dan sedia untuk dinikmati bersama mi.
Kredit resipi & foto: Marina Zainal
Terliur Nak Makan Mee Kari? Boleh Cuba Resipi Mee Kari Netup!
![Terliur Nak Makan Mee Kari? Boleh Cuba Resipi Mee Kari Netup!](https://cdn.rasa.my/2022/05/457661.jpeg)
Selera bila duduk rumah ni, memang lain macam kan. Apa-apa resipi yang terlintas dalam online, mesti kita nak cuba.
Nah, resipi ini pasti boleh menambat selera ahli keluarga di rumah kan. Lebih-lebih lagi resipi mee kari netup pong pong menjadi bualan apabila ramai yang berkongsi akan kesedapan mee kuning dengan kuah kari yang pekat.
Jadi apa kata kita mula masak kuah mee kari netup pong pong hasil resipi Afy Al Habibi ini. Tengok pada bahan-bahan, sesuai untuk empat hingga lima orang makan. Seronok dapat makan satu keluarga!
MEE KARI NETUP PONG PONG
BAHAN-BAHAN:
3 biji bawang merah (saiz bola ping pong)* – beli online di sini
1 ulas bawang putih* – beli online di sini
½ sudu besar ketumbar+jintan manis*
Sehiris nipis halia*
Dua hiris bulat nipis serai* – beli online di sini
7 ekor udang kering* – beli online di sini
(Kisar semua bahan bertanda * sehingga lumat)
½ sudu besar cili boh – beli online di sini
Sebatang serai
Setangkai daun kari
1 cawan air
Secubit asam jawa
1 keping gula melaka – beli online di sini
1/3 sudu besar garam
Serbuk perasa
3 ketul ayam | dicincang kecil-kecil
Segenggam kerang
3 cawan santan – beli online di sini
½ kiub pati ayam
TONTON Salted Brown Butter Crispy Treats
TONTON Sizzling Yee Mi, Sedap & Mudah
BAHAN CAMPURAN REMPAH:
3 sudu besar rempah kari – beli online di sini
½ sudu kecil serbuk kunyit – beli online di sini
Secubit dua serbuk lada hitam & lada sulah
½ sudu besar serbuk lada
BAHAN TAMBAHAN:
Tauhu pok | dibelah empat
Fishcake
Fishball goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Ketuk sebatang serai dan masukkan 1/2 tangkai daun kari. Tumis sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Biar ditumis sehingga garing. Seterusnya tambahkan cili boh.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Selepas itu, masukkan bahan rempah campuran ke dalam periuk. Diikuti serbuk lada. Kacau sehingga sebati. Guna api paling perlahan sahaja.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Kacau sehingga terbit minyak. Kemudian masukkan air dan secubit asam jawa.
5. Kemudian, masukkan perasa peringkat pertama iaitu gula melaka, garam dan serbuk perasa. Kacau. Pada waktu ini juga, tutup periuk agar tumisan mereneh sehingga pecah minyak kira-kira selama 7 hingga 8 minit.
6. Apabila keluar lapisan berminyak, itulah yang dikatakan pecah minyak. Kemudian, barulah masukkan ketulan ayam yang dicincang kecil dan kerang. (Nak letak kerang selepas daging ayam masak pun terpulang). Kacau rata.
7. Selepas 10-15 minit, tumisan mendidih dan boleh dikatakan isi ayam sudah masak. Masukkan santan dan diikuti secawan air (tengok kepada kepekatan dan sukatan kuah yang diingini). Kacau rata.
8. Kemudian, perasakan kuah peringkat kedua iaitu masukkan garam, gula dan serbuk perasa ikut citarasa sendiri.
9. Masukkan kiub ayam untuk menyedapkan lagi rasa kuah. Biar kuah mendidih.
10. Sediakan bahan tambahan untuk dimasukkan dalam kuah pada akhir proses masakan. Sebelum ditutup api, masukkan bahan tadi. Kacau sekata. Siap kuah mee kari yang sangat lazat!
BAHAN SAMPINGAN UNTUK DIMAKAN BERSAMA MEE KARI:
Telur rebus
Fishball putih | dicelur seketika
Fuchuk goreng kering | beli siap lalu digoreng sampai garing – beli online di sini
Tauhu | digoreng
Kacang panjang | dicelur seketika dan direndam dalam ais
Taugeh | dicelur seketika dan direndam dalam ais
Limau kasturi – beli online di sini
Cili merah – beli online di sini
Daun sup
Bawang goreng
Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Masukkan 1 Bahan Ni, Kuah Asam Pedas Ikan Jenahak Jadi Lebih Berlemak & Pekat
Kuih Tepung Kapur, Rupa Seperti Kuih Kaswi Tapi Rasa Berbeza
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Assam Laksa Ikan Seketul Dalam Kuah, Gerenti Licin Sepinggan
![Assam Laksa Ikan Seketul Dalam Kuah, Gerenti Licin Sepinggan](https://cdn.rasa.my/2023/02/Untitled-design-2023-02-07T122100.482.jpg)
Ada peminat assam laksa? Assam laksa original (versi cina). Sapa suka makan Ah Cheng Assam Laksa mesti teringat masam terangkat macam mana.Kuahnya tak pekat, tak cair, isi ikan seketul-seketul. Memang puas makan. Cara buat sama macam laksa biasa juga, ada beza sikit pada bahan-bahan utama.
ASSAM LAKSA
Bahan-bahan:
Bahan pes: kisar semua bahan ni.
Bawang besar
Bawang merah
1 kuntum bunga kantan
Kunyit hidup saiz jari kelingking
Lengkuas saiz ibu jari
5 batang serai
10 keping asam keping-beli online di sini
Cili merah-beli online di sini
Cili kering
2 sudu besar belacan (bakar)-beli online di sini
Bahan wajib condiments untuk assam laksa:
Daun pudina
Nenas
Bunga kantan
Otak udang yang dicairkan
Lain-lain macam biasa, nak letak salad pun boleh
Cara memasak:
1.Kisar semua bahan pes. Tumis pakai minyak sikit, sampai naik bau.
2.Dah wangi bahan tumis tu, masuk bahan ni pulak.
Asam jawa agak-agak dalam 2 sudu besar (bancuh air)
Bunga kantan 2-3 kuntum
Daun kesum
3.Kemudian masukkan isi ikan yang dah direbus seketul-seketul macam ni. Tak payah kisar. Biar reneh sekejap bagi asam semua meresap dalam ikan.Ikan untuk resepi ni saya pakai ikan borek sekilo lebih sikit. Cuci bersih rebus sampai masak.Ikan sardin/selayang pun sedap.
6.Masuk semua air rebusan ikan tadi. Tambah air sampai agak-agak tak pekat sangat, tak cair sangat.
7.Akhir sekali, tambah otak udang dalam 2-3 sudu besar, garam, ajinomoto(kalau guna) secukup rasa.
8.Otak udang ni rasa dia manis. Kalau letak terlebih kuah jadi terlajak manis.
Kredit: Fa Ying
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Lepat Sagu Tanpa Tepung Gandum, Tak Perlu Kukus. Mudah & Sedap!
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official