Seri Muka Durian kalau buat sendiri memang puas hati, tambah pula sekarang musim durian memang sesuai lah nak buat kuih ini untuk hidangan minum petang bersama keluarga atau untuk diberikan kepada jiran tetangga.
Menggunakan acuan kuih lompang, Noraslinda Md Radzhi berkongsi resipi kuih seri muka durian untuk anda cuba. Nampak sedap dan menyelerakan!
SERI MUKA DURIAN
Bahan-bahan:
Lapisan bawah
2 cawan beras pulut ( basuh dan rendam selama 1 jam )
2 cawan santan
2 sudu besar minyak masak
Garam secukupnya
( beras pulut di tapis.. masukkan dalam loyang bersama bahan-bahan lain.. kukus hingga pulut masak )
Ads
Lapisan atas
1 cawan durian
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
2 cawan santan sederhana pekat
1 cawan gula
1 biji telur
Sedikit garam
Pewarna kuning
Cara memasak:
1.Blend semua bahan
2.Masukkan ke dalam periuk
3.Masak atas api kecil, kacau agak-agak periuk panas.. angkat
4.Tekan-tekan pulut dan padatkan
5.Tuang bahan yang di masak tadi ke atas pulut tadi
6.Kukus 40 minit
Sejukkan dulu baru dipotong
Nota:
Ads
1.Untuk kukus guna acuan… Saya guna acuan lompang saiz besar
2.Acuan di sapu mnyak
3.Pulut dilenyek ..
4.Masukkan dalam acuan.. tekan-tekan dan ratakan.. isi pulut separuh acuan
5.Air kukus dah didih
6.Pulut dikukus dulu sekejap
7.Tuang adunan lapisan atas
8.Kukus 10 minit pertama api besar.. 5 minit last api sederhana..
Diperbuat daripada beras pulut, kuih lopes memang enak bila dimakan bersama gula melaka yang sudah dicairkan. Boleh cuba buat sendiri di rumah, makan beramai-ramai bersama keluarga tercinta. Lebih puas hati bila buat sendiri. Jom kita cuba resipi kuih lopes yang dikongsi oleh Puan Sally Aqua.
RESIPI KUIH LOPES
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras pulut
2.5 cawan air
Pewarna hijau daun pandan
Satu sudu minyak masak
Sedikit garam
6 sudu gula merah
2 sudu gula putih
Kelapa parut untuk menggaul pulut
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan beras pulut ke dalam periuk. Jika anda mahu gunakan beras pulut susu pun boleh. Tambahkan air dan letakkan pewarna hijau.
2. Kacau sebati dan masukkan daun pandan untuk bagi wangi.
3. Kemudian, masukkan minyak dan tanak bagi lembik sedikit.
4. Tanak sampai masak elok.
5. Kemudian, sediakan air gula. Masukkan gula merah dan gula putih ke dalam periuk.
6. Panaskan api dan masak sampai pekat.
7. Seterusnya, sediakan kelapa parut.
8. Bila pulut dah suam, letak dalam bekas atau Tupperware dan tekan pulut sehingga mampat.
9. Kemudian, ambil cawan plastik dan tekapkan ke atas pulut tersebut.
10. Angkat dan gaulkan bersama kelapa.
11. Siap! Bolehlah nikmati bersama air gula.
Anda sedang mencari ELECTRIC PRESSURE COOKER? Boleh klik DISINI.
Kuih bakar memang sedap dan sesuai dihidangkan ketika minum petang. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut memang puas hati kan? Tapi agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri? Mudah je..Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak..Selamat mencuba!
KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kaster
1 cawan air pandan (6 helai daun pandan kisar dengan air)
2 cawan santan
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan
CARA PENYEDIAAN
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga sebati. Whisk pun boleh.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan tadi ke dalamnya.
Taburkan bijan setelah dibakar dalam 10-15 minit.
Bakar 40 minit pada suhu 180C hingga masak atau boleh tambah masa membakar dalam 20 minit lagi untuk mendapatkan permukaan yang berkerak/garing. Resipi ini dibakar hampir 1 jam setengah.
Sedapnya Kuih Lompang perkongsian Opah Mas Cotek ni. Kuih tradisional tapi punya ramai peminat tak kira tua atau muda. Ramai beranggapan, kuih orang lama macam ni susah nak buat. Tapi sebenarnya, ia sangat mudah malah bahan-bahannya sangat ringkas dan senang diperolehi. Bagi anda yang tercari-cari resipi Kuih Lompang yang mudah, lembut dan sedap untuk minum petang, resipi ni antara yang boleh dicuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK KUIH LOMPANG YANG MUDAH, LEMBUT & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
Sedikit air kapur
Pewarna pilihan
Kelapa parut putih – gaul dengan sedikit garam
Acuan lompang secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung beras, tepung ubi, gula pasir, air dan air kapur. Sebatikan hingga gula larut. Tapis adunan jika perlu. 2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yang disukai. 3. Ambil acuan lompang, oleskan sedikit minyak masak. 4. Tuang adunan lompang hingga memenuhi 3/4 acuan. 5. Kukus kuih selama 10-15 minit menggunakan api sederhana.
6. Sejukkan kuih dan hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.