Suka makan Nasi Arab? Resipi terlajak mudah perkongsian saudari Lina Kasmani ini sesuai anda cuba. Masak guna periuk nasi elektrik je. Lepas ni kalau tiba-tiba suami atau anak-anak ‘request’ nak makan nasi ni, bolehlah masak tanpa ada masalah. Rasanya pun sedap! Selamat mencuba.

 

CARA MASAK NASI ARAB SUPER SIMPLE LA’NINA  
(portion utk 4 orang makan)

Resipi Nasi Arab Paling Mudah Masak Guna Rice Cooker.

BAHAN-BAHAN REBUSAN :

  • 4 potong ayam – whole leg
  • 4 mangkuk air bersih
  • 1 kiub ayam 
  • 1 biji tomato – potong 4
  • 1 biji bawang besar – potong 4
  • 2 biji lada hijau – potong 4
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 camca ketumbar biji
  • 1 /2 camca jintan manis biji
  • 1/2 camca lada hitam biji

BAHAN LUMUR:

  • Madu secukupnya (beli ONLINE)
  • Serbuk kunyit secukupnya

BAHAN-BAHAN UNTUK TUMIS :

  • 1 1/2 mangkuk basmathi extra panjang
  • 1/2 camca ketumbar 
  • 1 /2 camca jintan manis
  • 1/2 camca lada hitam biji 
  • 1 helai daun pandan

CARA MEMASAK:
1. Rebus semua bahan untuk direbus selama 30 minit dan perasakan dengan garam , ajinamoto atau cukup rasa, terpulang pada anda. Pastikan air rebusan ada rasa yang secukupnya. Nasi Arab ni tak banyak lauk, jadi nasi kena cukup rasa lemak masinnya . Matikan api dan keluarkan ayam.
2. Lumur ayam dengan madu dan serbuk kunyit . Biarkan seketika .
3. Sementara itu, tumiskan daun pandan, ketumbar, jintan manis dan lada hitam dengan sedikit minyak sehingga naik bau . Masukkan beras basmathi tadi dan tumis lagi selama 1 minit. Matikan api .
4. Ambil periuk nasi, masukkan bahan yang telah siap ditumis tadi diikuti dengan bahan rebusan. Susun ayam tadi di bahagian atas. Jumlah air pula bergantung kepada jenis beras yang digunakan.
5. Masak nasi tersebut menggunakan rice cooker seperti biasa hingga masak.
6. Nasi Arab sedia untuk dinikmati bersama lauk kesukaan anda seperti dalca, sambal dan sebagainya.

Resipi Nasi Arab Paling Mudah Masak Guna Rice Cooker.

Kredit resipi & foto: Lina Kasmani

 

Tengah cari PERIUK NASI ELEKTRIK baru? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Nak lebih banyak resipi NASI best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Resipi Nasi Ayam Tak Perlu Tumis. Sedap, Wangi & Gebu.

Padu. Ini Cara Masak Nasi Kandar Sedap Secara Homemade.

Cara Masak Nasi Putih Dalam Kuantiti Yang Banyak, Gebu & Lambat Basi.

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI