Mi kuning yang dibeli selalunya ada rasa kapur. Sudah tentu ia sedikit sebanyak ‘memotong’ selera kita untuk menjamu selera. Boleh sahaja buat sendiri mi kuning. Bahan-bahan pun mudah untuk didapati. Tiada bahan kimia asid borik. Tidak perlu pun letak pewarna sebab warna aslinya sudah cantik. Jika mahu letak pewarna juga, boleh letak sedikit serbuk kunyit. Berikut perkongsian Norain Naim cara untuk membuat sendiri mi kuning.
MI HOMEMADE:
BAHAN-BAHAN: 300 gram tepung gandum – BELI ONLINE 1 biji telur Sedikit garam – BELI ONLINE Air suam
CARA MEMBUAT: 1. Satukan semua bahan dan tambah air suam. Air agak-agak sahaja sampai doh tidak melekit pada tangan. Jangan terlebih air, nanti lembik. Kalau lembik, tambah lagi tepung.
2. Uli doh dan canaikan bagi nipis senipis mungkin.
3. Semasa canai nipis, tabur-taburkan sedikit tepung supaya tidak melekat. Selepas canai nipis bolehlah lipat. Lipat itu untuk mudah potong. Kalau yang ada mesin tidak perlu lipat.
4. Boleh mula potong nipis-nipis. Jika tiada mesin canai mi, boleh potong secara manual (guna tangan). Ikut masing-masing untuk tahap nipis yang diinginkan.
Ads
5. Rebus 5 minit atau sampai mi lembut.
6. Toskan mi tadi dalam air sejuk atau berais. Ia bertujuan mengelakkan mi jadi terlebih kembang. Letakkan sedikit minyak supaya mi cantik berderai.
Ads
Bolehlah buat mi goreng, mi sup, mi kari dan sebagainya.
Tengah musim menguli biskut pantang nampak biskut coklat semua ingat guna coklat yang sama. Ketahui dulu coklat mana yang harus diguna dan sesuai untuk membuat kek atau biskut! Coklat sememangnya amat digemari ramai. Tetapi tahukah kita, selain mempunyai banyak manfaat buat tubuh, ia juga mempunyai banyak jenis yang mempunyai fungsi yang berbeza biarpun ada ketikanya otak akan menganggap semua rasa coklat itu adalah sama.
Couverture Chocolate
Buat penggemar coklat, couverture disebut “real chocolate’ . Coklat asli yang biasanya mengandung lemak coklat dan chocolate mass, di mana rasanya cenderung pahit dan harganya lebih mahal. Coklat ini cepat cair di mulut dan memiliki rasa “fruity” yang agak pahit. Selain rasanya yang enak, coklat ini juga baik untuk kesihatan, Tapi sayangnya, penyimpanan dan cara mengendalikan coklat ini sedikit rumit.
Coklat Kompaun
Komposisi coklat kompaun hampir sama dengan couverture chocolate, tetapi cocoa butternya digantikan sama lemak yang murah seperti minyak kelapa atau soya. Rasa coklat ini cenderung semi-sweet atau sweet, tetapi penanganannya lebih mudah. Coklat Kompaun lebih banyak digunakan untuk coklat dekorasi dan harganya jauh lebih murah. Ada 3 jenis coklat kompaun.
Dark chocolate compound
Ini adalah coklat batangan/keping yang berwarna pekat, dimana rasa coklatnya lebih terasa dan tidak mengandung susu. Coklat jenis ini biasanya digunakan untuk kuih dan makanan ringan lain.
Milk chocolate compound
Ini adalah coklat batangan/ keping yang berwarna coklat, dimana pembuatannya dari campuran gula, koko, coklat cair, susu, dan vanila.
White chocolate compound
Ini adalah coklat batangan berwarna putih yang mengandungi coklat dan cacao butter.
Coklat cair
Coklat cair adalah produk minuman yang mengandung rasa koko dan kadar gula yang tinggi. Awas ya, kadar gula dalam coklat cair dikatakan mampu meningkatkan berat badan.
Coklat serbuk
Coklat serbuk adalah coklat yang mempunyai aroma kuat, tidak tengik, dan tidak berkulat. . Coklat bubuk yang berwarna pekat dan beraroma pahit sangat berguna untuk mengeringkan adonan kuih.
Coklat tawar
Coklat ini biasanya digunakan untuk kuih, kek, dan aneka makanan ringan lain. Peratusan rasa koko dalam coklat ini bervariasi, antara 30-70 peratus. Semakin tinggi konsentrasi koko, semakin baik rasanya.
Coklat susu
Ramai yang suka coklat susu, sampai coklat ini disebut dengan coklat yang paling banyak dikonsumsi. Jenis coklat yang satu ini terbuat dari campuran gula, koko, coklat cair, susu, dan vanila. Rasanya lebih manis dibandingkan coklat tawar, dan kadar kokonya cukup rendah, lebih kurang 20 peratus
Coklat putih
Coklat ini tidak mengandungi koko yang tinggi. Diperbuat daripada lemak coklat, gula, dan vanila yang tidak mengandung coklat padat. Sama seperti coklat kompaun. coklat ini juga sering digunakan untuk dekorasi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ramai di kalangan kita yang mahu jadi chef segera. Hanya dengan melihat resipi-resipi dari media sosial terus ingin buat tanpa melihat bahan yang digunakan terlebih dahulu sama ada resipi biskut itu betul atau tipu. Jom belajar rahsia dan formula betul asas nak buat biskut atau kek dengan betul perkongsian Nieza Nor Hamnira atau dikenali Cikgu Kek Rugged ni.
Nak cipta resepi cookies sendiri? Nak tahu resepi cookies tu betul ke tipu?
Ini Kak KH nak share formula di sebalik biskut :
1, 2, 3!!!
Apa yang 1, 2, 3 tu. Ini haaa.. bahagian-bahagian nak jadikan cookies tu, asas dia cam ni :
1 : GULA (Gula putih atau brown sugar) 2 : LELEMAK (100% atau campuran) 3 : TEPUNG (Bahan kering)
Jadi contohnya asas nak buat cookies cam ini :
1 cawan gula
2 cawan mentega
3 cawan tepung
Ataupun dalam gram :
100gm gula
200gm mentega
300gm tepung
Itu basicnya. Dari situlah kita campur aduk nak jadikan cookies kita tu apa dan macamana.
Jadi kalau lah nampak resepi cookies mana-mana, cuba tengok formula 1-2-3 dia, kalau tak lebih tak kurang secara melampau jauh, kira betul la resepi tu. Boleh pakai.
Tapi kalau kat bahagian asas tu ada kurang jangan cepat salah sangka lak, tengok unsur lain yang sama kategori tu, contoh mentega 130gm, shortening 70gm. Maknanya itu dari kategori lelemak 200gm, boleh trust la tu.
Dari 3 asas ni la kita boleh pecah2kan kepada tekstur, rasa, rupa apa yg kita nak in cookies. Contoh tambah kekacang, tukar tepungnya, tambah perisa / emulco, tambah choc chip atau tukar gula pasir kepada gula perang dan sebagainya.
Penggunaan telur di dalam cookies pun subjektif. Boleh je kalau tak guna telur langsung atau guna kuning sahaja atau sebiji terus. Ia bergantung kepada tekstur cookies macamana yang kita mahu. Ada telur, biskut lebih bonding (mesra bahan), takde telur sedikit keras tapi rangup. Begitulah.
Yang penting dah tahu asasnya! 1-2-3!
Selamat faham tentang asas buat cookies!
Nak guna apa yang ‘paling win’ untuk biskut kita. Pure butter ke bagus, marjerin ke bagus, lepa susu ke bagus, shortening tu apa pulak?
Sebelum tu jom kaji fungsi sesuatu lelemak dalam hasil baking di antara:
MENTEGA : MINYAK : MARJERIN : SHORTENING : LEPA SUSU
Sifat setiap satunya:
Mentega – rasa sedap dari lemak dan bau tapi rapuh sangat Marjerin – kestabilan tapi rasa dan bau kurang sedap Minyak – kelembapan tapi bukan semua biskut perlu lembap Shortening – pengudaraan tapi tak menyumbang dari segi rasa Lepa susu – kombinasi sifat kesemuanya tapi rasa takboleh lawan butter
(nota : lepa susu pun nama depan dia ‘Mentega’ sebab ada peratus lemak susu juga)
Ingatkan sifat-sifat utama ke setiap satunya. Sekarang fahamkan biskut apa yang kita nak buat.
Contoh nak buat kuih tart, samperit atau cookies biasa. Tart perlukan tekstur yang macamana? Samperit nak tekstur yang macamana? Cookies biasa kita suka yang macamana? Dah tahu apa yang kita nak dalam sesuatu biskut tu, barulah kita boleh decide nak guna yang mana.
Nak combine boleh ke? Eh tentulah boleh. Mak kata, ..alah kita buat dia! Cam ni, tengok lah part apa yang kita nak ketengahkan biskut kita tu. Contoh nak buat tart yang sedap tapi stabil tak rapuh di tangan, macamana? Kena tahu ni, kebiasaannya tart yang guna 100% pure butter dia jadi rapuh yakmat, nak susun je dah susah, rasa sedap dan melekat-lekat kat gigi (ya ke idok?). Sebaiknya, campur sikit dengan unsur yang lain tu untuk kestabilan rupa paras juga rasa yang meletop. Peratusannya ikut suka, lebihkan yang mana kita nak ‘highlight’kan. Rasa sedap then peratus butter majoriti lah. Eh cam pilihanraya pulak.
Cookies lain, ikut lah mana yang kita nak ketengahkan. Bukan semua cookies perlu tekstur yang rapuh.
Jadi ikutlah nak guna yang mana. Kakak cuma nak kasi faham je ‘di sebalik tabir’ pembuatan biskut.
Bila sebut mengenai tepung beras, kita membayangkan benda yang sama sahaja iaitu tepung untuk membuat kuih. Rupa-rupanya, tepung beras ni ada banyak jenis dan kegunaannya juga berbeza.
Menerusi perkongsian saudari Wan Jamiah, beliau berkongsi tip memilih tepung beras yang sesuai untuk masakan yang anda nak masak.
Senang je dan paling mudah nak buat "Pepero Popia Almond Stick" ni, hanya guna 3 bahan je dah boleh jadi kudapan raya yang rangup dan sedap. Gunakan straw untuk memudahkan gulungan kulit popia nanti dan tak perlu keraskan dalam peti sejuk pun.