
Dulu-dulu, lagi dua minggu nak raya, mak-mak dah sibuk menyediakan kudapan ni kerana ia perlu masa untuk dijemur untuk memastikan ia betul-betul kering supaya tahan lama bila disimpan. Kebiasaannya mak-mak buat lebih kerana anak-anak suka, sebelum raya lagi anak-anak dan mintak. Kalau anda ingin mecuba, silakan resipi ada disediakan di bawah ye.
AGAR-AGAR KERING:
BAHAN-BAHAN:
60gm agar-agar tali | rendam dalam air
1500ml air
1500gm gula pasir
250gm gula batu | tumbuk supaya sedikit hancur
Perwarna makanan | ikut citarasa
CARA MEMBUAT:
1. Basuh agar-agar dan masukkan dalam periuk. Masak agar-agar hingga cair.
2. Masukkan gula batu dan gula pasir, kacau hingga gula larut.
3. Tuangkan agar-agar ke dalam sekurang-kurangnya 3 loyang atau lebih.
4. Setiap loyang berlainan warna. Biarkan agar-agar keras.
5. Potong kecil memanjang, kemudian jemur hingga kering dan bersaka gulanya.
6. Jemur sekurangnya-kurangnya 2-3 hari jika cuaca panas.
7. Tanda, agar-agar cukup kering warana di bahagian luar sedikit putih dan bika disentuh ia kering serta tidak melekat di tangan.
Kredit : MAHN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Resipi Kuih Tradisional Popular & Paling Disukai Di Bulan Puasa

Enaknya dapat menjamah aneka kuih muih tradisional yang lemak dan manis masa berbuka. Terasa puas tatkala menikmatinya. Bila tiba bulan ramadan, kuih-kuih ini antara yang mendapat sambutan ramai dan paling dicari. Jika anda ada masa dan rasa nak buat sendiri, jom cuba resipi yang RASA sediakan ni. Pasti puas hati.
1. CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
Adunan tepung:
• 1 cawan tepung gandum
• 1 biji telur
• 1 sudu teh minyak sapi
• 1/ 2 sudu teh garam
• 2 cawan air
• Sedikit pewarna kuning
Inti:
• 200gm isi ayam kisar
• 2 labu bawang besar | dicincang halus
• 3 ulas bawang putih | dihiris
• 1 1/2 sudu makan rempah rendang segera
• 1 sudu teh serbuk kari
• 50ml air
• Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
• Sedikit minyak untuk menumis
Hiasan:
• 20gm bawang goreng
• 20gm daun sup | dihiris
• 2 biji cili merah | dihiris halus
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan untuk adunan tepung dan bancuh hingga sebati serta tidak berketul. Ketepikan.
2. Untuk inti, panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga berbau wangi.
3. Kemudian masukkan rempah rendang segera dan kari. Masak sehingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan isi ayam kisar, bawang besar dan air secukupnya. Biarkan sehingga masak. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa dengan secukupnya.
5. Untuk menghasilkan kuih cara, panaskan acuan dan oleskan sedikit minyak.
6. Tuangkan adunan tepung, sudukan inti diikuti bawang goreng, daun sup dan hirisan cili.
7. Tutup acuan menggunakan tudung periuk dan tunggu sehingga kuih cara masak.
8. Ulang langkah sehingga adunan habis. Sedia untuk dinikmati.
________________________________________
Info Chef: Elakkan dari mengisi adunan terlalu banyak ke dalam acuan bagi mengelakkan inti terkeluar.
2. KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
• 300gm tepung gandum
• 375ml air gula melaka
• 1/2 sudu teh air kapur
• 1/2 biji kelapa parut
• Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bancuh tepung gandum bersama air gula melaka. Kacau sebati hingga adunan tidak berketul.
2. Masukkan air kapur dan kacau sebati.
3. Tapis adunan dan tuangkan ke dalam loyang kukus.
4. Kukus selama 30 minit.
5. Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk.
6. Potong kuih dan golekkan di dalam kelapa parut yang dicampurkan sedikit garam.
________________________________________
Info Chef: Penggunaan kapur memberi rasa lemak dan menstabilkan rasa kaswi. Elakkan meletakkannya pada kuantiti yang banyak.
3. KOLE KACANG
BAHAN-BAHAN:
• 300gm tepung kacang hijau
• 480gm gula pasir
• 500ml santan
• 750ml air
• 2 keping manisan
CARA MEMASAK:
1. Satukan santan bersama air dan gula pasir hingga mendidih dan pekat.
2. Sementara itu, di dalam bekas berasingan, bancuh tepung kacang hijau bersama air hingga menjadi sebati.
3. Kemudian masukkan ke dalam kuali berisi santan dan kacau dengan api sederhana sehingga pekat dan berkilat.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan sejukkan.
5. Apabila sejuk, barulah dipotong dan sedia dihidangkan.
________________________________________
Info Chef: Pastikan adunan sentiasa dikacau dengan penggunaan api perlahan sehingga betul-betul pekat dan berkilat.
4. LEPAT PISANG
BAHAN-BAHAN
• 1 sikat pisang nangka | dilecek
• 300gm tepung gandum
• 100gm tepung beras
• 100gm kelapa parut
• 100ml santan1 ketul gula Melaka | dicincang halus
• Garam secukup rasa
• Air untuk mengukus secukupnya
BAHAN PEMBUNGKUS:
• Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di dalam sebuah bekas dan gaulkan sehingga gula Melaka larut dan semua bahan sebati.
2. Sediakan daun pisang dan sudu bancuhan di atasnya. Padankan dengan saiz daun dan lipat dengan kemas.
3. Ulang langkah sehingga bancuhan habis. Kukus selama 25 minit.
4. Biarkan sejuk dan lepat menjadi pejal. Sedia untuk dihidangkan.
________________________________________
Info Chef: Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan boleh gunakan pisang yang lain mengikut kesukaan.
5. KUIH LOMPANG
BAHAN-BAHAN:
• 360gm tepung beras
• 2 sudu makan tepung ubi
• 240gm gula
• 240gm gula merah
• 1 liter air
• 2 sudu teh air kapur
• 1 helai daun pandan | disimpul
BAHAN INTI:
• Kelapa parut putih secukupnya
• Garam secukup rasa
• 1 helai daun pandan | disimpul
CARA MEMASAK:
1. Di dalam periuk, satukan gula merah, gula pasir dan 500ml air bersama daun pandan. Didihkan sehingga gula larut dengan api kecil. Sejukkan sebentar.
2. Kemudian satukan tepung beras dan tepung ubi. Tuangkan 500ml air dan air kapur. Gaul rata.
3. Seterusnya tuangkan air gula tadi. Gaul sehingga sebati. Tapis adunan dan tuangkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak.
4. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak sempurna.
5. Akhir sekali, taburkan kelapa parut yang telah dikukus tadi.
6. Sedia untuk dimakan.
________________________________________
Info Chef: Kuih Lompang ini mempunyai rasa yang enak dan lemak manis.
6. BENGKANG UBI
BAHAN-BAHAN:
• 3 cawan ubi kayu parut | diperah airnya
• 100gm tepung kastad
• 50gm kelapa parut
• 1 biji kelapa |diambil santan
• 300gm gula pasir
• 2 biji telur | dipukul sedikit
• 1 sudu teh esen vanila
• 125ml minyak kelapa
• Sedikit garam
• Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kesemua bahan dan masak di atas api sederhana.
2. Kacau adunan sebati hingga kuih bertukar warna dan menjadi pekat.
3. Griskan sedikit minyak masak di dalam acuan berbentuk empat segi dan tuangkan adunan ke dalamnya.
4. Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit atau sehingga kuih kelihatan garing.
________________________________________
Info Chef: Gunakan loyang empat segi berukuran 8×8 yang telah digriskan dengan minyak masak di dalamnya.
Join Telegram channel RASA https://t.me/majalahrasa & grup GENG RASA SHARE RESEPI https://t.me/rasashareresipi untuk dapatkan serta berkongsi pelbagai menu menarik setiap hari
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Koleksi Resipi Pelbagai Manisan Homemade Sedap Boleh Buat Untuk Berbuka
Resipi Ikan Kembung Percik Masak Cara Kampung Yang Terlajak Sedap
Cara-Cara Buat Nekbat Secara Homemade. Mudah & Memang Menjadi
Resipi Biskut Almond London Sedap Tanpa Mixer & Guna Sukatan Cawan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Ini 4 Cara Masak Tempe Yang Senang & Sedap, Korang Boleh Cuba

Jemu dengan daging ayam atau ikan, di hari cuti ni jom kita cuba menu tempe yang ringkas tapi sedap. Harga murah dan cepat masak. Tak kisahlah nak masak tempe je atau campur dengan bahan lain, ia tetap sedap. Masaklah ikut kreativiti dan selera anda dan keluarga. Kalau susah nak fikir menu apa, ini RASA kongsikan empat menu tempe yang sangat senang dan sedap.
TEMPE GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tempe | hiris menyerong
- 1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
- 2 ulas bawang putih | titik
- 8 biji cili padi | hiris
- Sedikit cili benggala merah dan hijau | dadu
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh air asam jawa
- 1 sudu makan kicap pekat panis
- Garam, gula secukup rasa
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis.
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana garing. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang putih, bawang merah dan hirisan cili padi. Kacau rata hingga layu.
- Masukkan tempe, sos tiram, kicap dan air asam. Kacau rata
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Sebelum angkat masukkan hirisan cili benggala. Kacau lagi seketika.
- Tutup api dan hidangkan tempe panas-panas bersama nasi putih:
TEMPE GORENG BERSAMA DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tempe | potong dadu
- 1 keping tauhu | potong dadu
- 2 pokok daun bawang | potong 3cm
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 sudu makan udang kering
- 2 ulas bawang putih | titik
- 1 sudu makan pes cili kering
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering hingga wangi.
- Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
- Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Kacau seketika dan tutup api.
- Sedia dihidangkan.
TEMPE NUGGET MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tempe | potong empas segi 3X3 cm
- 1biji telur
- 3 sudu makan tepung gandum
- 1/2 biji bawang besar | dadu halus
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 2 sudu makan Sos Cili Thai
- 1biji cili merah | cincang halus
- 1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
- 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
- Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
- Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
- Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
- Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata.
- Sedia dihidangkan.
TEMPE TUMIS SOS TIRAM BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping tempe | potong dadu
- 150gm udang | buang kulit dan belah tengah
- 2 tangkai cili hijau | hiris
- 8 biji cili padi | hiris
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng tempe dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng tempe separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumis bawang merah, kemudian masukkan bawang putih, hirisan cili hijau dan padi.
- Kacau rata kemudian masukkan udang yang telah dicuci bersih.
- Setelah udang bertukar warna, masukkan sos tiram dan air asam jawa, kacau rata.
- Masukkan tempe tadi, kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah masak dan sekata rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Resipi Ayam Masak Kicap Kering, Buat Satu Lauk Ini Pun Dah Mantap

Isi Kandungan
ToggleBiasanya ayam asak kicap akan ada kuahnya, tapi ada juga versi ayam masak kicap yang kering. Dimasak dengan dengan bahan tumisan, kicap serta beberapa rempah menjadikannya ia cukup enak. Satu lauk ini saja pun dah cukup sedap.
Cara buat ayam masak kicap kering yang sedap
Bahan-bahan
1 ekor ayam -dipotong, digaul dengan garam dan kunyit dan digoreng
12 biji bawang kecil -dikisar
6 ulas bawang putih dikisar
½ inci halia -dikisar
3 tangkai cili merah -dikisar
3 tangkai cili hijau -dikisar
1 sm jintan manis (biji)
1 sm jintan putih (biji)
5 tangkai cili kering (kerat)
2 biji buah tomato -dipotong dadu
2 helai bay leaf
3 bunga lawang
1 kayu manis
3 tangkai daun kari
2 sm serbuk cili
1 sm ketumbar serbuk
1 sm serbuk lada hitam
5 sm kicap
1 sm yogurt
Daun ketumbar
Cara membuat
1.Tumis daun bay, bunga lawang, kayu manis dan jintan manis dan jintan putih.
2. Masukkan bawang kecil, cili merah, cili hijau, halia, bawang putih, daun kari dan cili kering yang dikerat. Kacau sebati hingga tumisan masak.
3. Bila tumisan sudah garing, masukkan serbuk cili, buah tomato, serbuk ketumbar, lada hitam, kicap dan perasakan dengan garam. Kacau lagi.
4. Masukkan ayam yang digoreng yogurt dan daun ketumbar. Gaul ayam dengan bahan tumisan kicap hingga sebati.
Kredit resipi& foto: Zaidah Ibrahim