Selain  hidangan utama dan bermacam jenis biskut dan cookies,  pastri seperti tart, pai dan denish juga  menjadi pilihan sebagai hidangan meraikan tetamu sepanjang Syawal ini. Berikut beberapa jenis pastri, pemanis mulut yang boleh dicuba, ia sedap dan mudah disediakan.

      

STRAWBERRY TART

BAHAN-BAHAN:

KULIT TART:

  • 340gm butter
  • 100gm gula Icing
  • 2 biji telur gred C
  • 580 gm tepung
  • 1 sudu kecil vanila

BAHAN INTI:

  • 250gm susu
  • 50gm gula
  • 40gm tepung Jagung
  • 4 biji telur kuning
  • 100gm non dairy whipping cream
  • Buah strawberi | hiris untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. . Gaul bersama mentega, tepung dan gula ising.
  2. Masukkan telur dan vanilla dan uli hingga sebati.
  3. Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
  4. Canaikan dan masukkan dalam acuan.
  5. Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak atau kulit tat kekuningan.
  6. Untuk menyediakan filing kastard, satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
  7. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
  8. Padam api, tambah mentega dan esen vanla, kacau rata dan biar sejuk.
  9. Tuangkan dalam kulit tart, kemudian hias dengan buah strawberi dan rasberi di atasnya.

CHOCOLATE BUTTERSCOTCH TART

BAHAN-BAHAN:

KULIT TART:

  • 340gm butter
  • 100gm gula Icing
  • 2 biji telur gred C
  • 580 gm tepung
  • 1 sudu kecil vanila

BAHAN INTI CHOCOLATE BUTTERSCOTCH

  • 30ml krim tenusu
  • 30ml susu
  • 150gm chocolate butterscotch

BAHAN INTI DARK CHOCOLATE:

  • 50ml krim tenusu
  • 50ml susu
  • 250gm coklat gelap
  • 1 sudu makan mentega

BAHAN HIASAN:

  •  Sedikit parutan Butterscotch
  • Sedikit hirisan buah Tin sega

CARA MEMASAK:

  1. Gaul bersama mentega, tepung, gula ising, serbuk koko dan coklat emulco.
  2. Masukkan telur dan uli hingga sebati.
  3. Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
  4. Canaikan dan masukkan dalam acuan.
  5. Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak.
  6. Untuk membuat inti chocolate butterscotch dan inti dark chocolate, campurkan semua bahan inti dalam periuk.
  7. Kacau atas api perlahan selama lima minit sehingga semua bahan sudah sebati.
  8. Biarkan mereneh seketika.
  9. Tutup api dan biarkan sejuk, baru masukkan dalam kulit tart.
  10. Simpan dalam peti sejuk.
  11. Sebelum hidang, hias di atasnya dengan hirisan Butterscotch dan buah Tin.

BLUEBERRY CHEESE TART

BAHAN-BAHAN:

KULIT TART:

  • 340gm butter
  • 100gm gula Icing
  • 2 biji telur gred C
  • 580 gm tepung
  • 1 sudu kecil vanilla

BAHAN INTI:

  • 200gm cream cheese
  • 40gm gula icing
  • 20gm mentega
  • 1 sudu makan jus lemon
  • 70gm non dairy whipping cream
  • Buah Blueberry | hiasan di atas

CARA MEMASAK:

  1. Gaul bersama mentega, tepung, gula ising, serbuk koko dan coklat emulco.
  2. Masukkan telur dan uli hingga sebati.
  3. Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
  4. Canaikan dan masukkan dalam acuan.
  5. Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak.
  6. Untuk menyediakan Inti, Putar krim keju bersama sama gula kastor sehingga kembang.
  7. Masukkan telur dan vanilla dan puri mangga, pukul lagi hinggga kembang dan sebati.
  8. Tuangkan ke dalam kulit tart yang telah dibakar.
  9. Bakar lagi pada suhu 160C sehingga masak.
  10. Hiasan di atasnya dengan hirisan mangga

MANGGO CHEESE TART

BAHAN-BAHAN:

CENGKERANG TART:

  • 580gm tepung gandum
  • 340gm mentega
  • 100gm gula ising
  • 2 biji telur gred C
  • 1 sudu teh vanilla

BAHAN INTI:

  • 250g krim keju
  • 50g gula kastor
  • 1 biji telur gred B
  • 1/2  sudu teh esen vanila
  • 2 sudu makan puri mangga

BAHAN HIASAN:

  • 1 biji mangga harum manis | dadu kecil
  • 1 biji buah kiwi | hiris

CARA MEMASAK:

  1. Gaul bersama mentega, tepung dan gula ising.
  2. Masukkan telur dan vanilla dan uli hingga sebati.
  3. Rehatkan doh sekurang kurangnya 30 minit dalam peti ais.
  4. Canaikan dan masukkan dalam acuan.
  5. Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau sehingga masak atau kulit tat kekuningan.
  6. Untuk menyediakan Inti, Putar krim keju bersama sama gula kastor sehingga kembang.
  7. Masukkan telur dan vanilla dan puri mangga, pukul lagi hinggga kembang dan sebati.
  8. Tuangkan ke dalam kulit tart yang telah dibakar.
  9. Bakar lagi pada suhu 160C sehingga masak.
  10. Hiasan di atasnya dengan hirisan mangga

RASPBERRY PUFF

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket pastry puff segera
  • Jam strawberri secukupnya
  • Krim keju segera
  • Buah Raspberry secukupnya | untuk hiasan
  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

  1. Pastri puff di potong segi empat
  2. Kemudian letakkan jam raspberry di tengah sebelum di lipat.
  3. Susun dalam dulang pembakar, kemudian sapukan di atasnya dengan kuning telur yang dicampurkan satu sudu kecil air).
  4. Masukkan dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan. Bakar dengan suhu 170C selama 20 minit.
  5. Setelah masak, hias atasnya dengan krim keju dan buah raspberry segar.
  6. Puff sedia dihidangkan.

PEACH COBBLER PUFF

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket pastry puff segera
  • Krim keju segera
  • Buah peach | untuk hiasan
  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit air

CARA MEMASAK:

  1. Pastri puff di potong segi empat kemudian belah empat kemudian lipatkan bertentangan supaya membentuk seperti kipas.
  2. Susun dalam dulang pembakar, kemudian sapukan di atasnya dengan kuning telur yang dicampurkan satu sudu kecil air).
  3. Masukkan dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan. Bakar dengan suhu 170C selama 20 minit.
  4. Setelah masak, hias atasnya dengan krim keju dan buah peach.
  5. Puff sedia dihidangkan.