Ads

Sedapnya Puding Mangga Ni, Lemak Manis Jadinya

Kalau ada stok mangga di rumah, apa kata jom buat puding. Rasanya sedap dan boleh dijadikan sebagai hidangan pemanis mulut. Sesekali jom buat puding mangga untuk dihidang pada keluarga. Elok juga buat puding yang kurang manis supaya lebih sihat. Buat sendiri snek untuk kita makan membolehkan kita memantau kandungan sesuatu bahan. Lagipun boleh tambah sendiri bahan mana yang kita nak misalnya mangga. Bubuh banyak sikit mangga dalam puding, sedap kan?

PUDING MANGGA

Sedapnya Puding Mangga Ni, Lemak Manis Jadinya

BAHAN-BAHAN
10 gram agar-agar
5 cawan air
1 cawan gula
1 cawan jus mangga
2 cawan susu sejat
2 sudu besar perahan limau nipis.
Hirisan mangga secukupnya.

Ads

CARA MEMBUAT
1. Rebus agar-agar sehingga masak.
2. Masukkan gula dan masak sehingga gula hancur.
3. Keluarkan 1/4 daripada agar-agar tadi ketepikan.
4. Baki 3/4 bahagian diletakkan susu cair, perasa mangga dan jus mangga.
5. Baki 1/4 tadi letakkan 1 sudu besar gula, 1/4 cawan air dan warna hijau serta perahan limau nipis.
6. Masukkan dalam peti sejuk.

Ads
Ads

Resipi daripada Telegram KakiMakan Channel

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Cara Buat TAUHU LEMBUT Sendiri Guna 3 Bahan, Yakin Bersih Terjamin...

Rupanya hanya menggunakan tiga bahan iaitu telur, tepung jagung dan air soya, kita boleh buat sendiri tauhu lembut ni di rumah. Bukan apa bila buat sendiri ia lebih jimat, bersih dan terjamin status halalnya. Tauhu lembut ni sedap dimakan begitu sahaja, di goreng bersama sayur atau dimasukkan dalam sup sayur.