Macam tak lengkap hidangan berbuka puasa kalau tiada sajian pencuci mulut. Selalunya menu yang sejuk dan lembut menjadi pilihan. Jika anda masih belum ada idea untuk sajian pencuci mulut, apa kata anda cuba resipi Puding Kastard Berkuah seperti yang dikongsikan oleh Nor Fazida Gda ini. Pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.
RESIPI PUDING KASTARD BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PUDING:
1 cawan tepung kastard –BELI ONLINE 5 cawan air 1/2 cawan susu cair –BELI ONLINE 2 sudu besar susu pekat manis –BELI ONLINE Sedikit pewarna pilihan (jika suka)
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Campur semua bahan dan kacau sebati. Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan meruap-ruap.
2. Tuangkan/sudukan ke dalam bekas acuan.
3. Sejukkan sebelum disimpan ke dalam peti sejuk selama untuk beberapa jam.
BAHAN UNTUK KUAH:
1 tin susu cair 1 tin air (guna sukatan tin) 4 sudu makan gula (boleh kurangkan ikut suka) 4 sudu makan susu pekat 2 sudu makan tepung kastard
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan semua bahan. Kacau sebati.
2. Masak dengan api perlahan sehingga sedikit pekat.
Sedapnya popia. Ia merupakan idea sajian mudah dan sedap yang anda boleh hasilkan guna lebihan roti sandwic atau roti sosej. Makan panas-panas memang terbaik. Pasti licin! Jika tak habis, boleh juga disejukbekukan dan nikmati pada bila-bila masa. Boleh juga dijadikan bekal untuk suami ke tempat kerja. Menarik kan? Jadi jom cuba resipi perkongsian saudari Nor Izan Mustapa ni.
POPIA ROTI
BAHAN-BAHAN:
300gm isi ayam/daging – cincang
1 biji bawang besar saiz sedang – hiris
2 ulas bawang putih – ketuk dan hiris
1 biji cili merah – hiris
Daun sup dan daun bawang – hiris
Serbuk lada sulah/lada hitam/garam secukupnya
Roti sandwic / bun sosej
2-3 sudu makan sos cili
1 sudu makan mayones
Kulit popia secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau. 2. Kemudian masukkan isi ayam, serbuk lada sulah, lada hitam, garam dan kacau smpai ayam separuh masak. 3. Masuk cili merah, daun sup dan daun bawang. Kacau lagi sampai ayam masak. Toskan inti untuk buang lebihan minyak. 4. Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dicampur dengan sos cili dan mayones. Kacau sebati. 5. Sapu roti dengan marjerin dan letak inti ayam tadi secukupnya. Lipat.
6. Kemudian potong 2 roti tadi sebelum dibalut dengan kulit popia.
7. Goreng hingga kulit popia keperengan. Angkat dan toskan minyak.
8. Jika mahu lebih sedap, boleh tambah keju atau lobak merah dadu ke dalam inti.
Corndog antara snek street food Korea yang sedang viral sekarang ini di Malaysia. Resipinya telah diolah dan sedikit berbeza dari resipi negara asal namun rasanya tetap sedap. Nak cuba buat untuk anak-anak? Resipi perkongsian saudari Eqin Raziqin ni antara yang mudah untuk dicuba.
RESIPI CORNDOG VIRAL HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
10 keping roti sandwic | gelek nipis
5 batang sosej | potong 4
1 biji telur
Keju mozarella blok | potong petak
Serbuk roti secukupnya
Lidi
Sedikit bancuhan tepung gandum | untuk melekatkan hujung roti
CARA MEMASAK: 1. Ambil lidi dan cucuk keju bersama potongan sosej secara berselang-seli.
2. Gulung keju dan sosej dengan roti yang telah digelek tadi. Lipat sedikit bahagian hujung supaya keju tidak keluar apabila digoreng.
3. Lekatkan hujung roti menggunakan bancuhan tepung gandum. 4. Celup gulungan roti ke dalam bancuhan telur hingga rata. 5. Salut pula dalam bekas berisi serbuk roti. Lakukan hingga habis bahan.
6. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. 7. Angkat, toskan minyak dan bolehlah dinikmati bersama sos cili dan mayones.