Tak sangka isteri kepada pengarah hebat, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar pandai memasak rupanya.Makin banyak resipi yang dikongsi Ira. Video masakannya meraih perhatian warganet susulan sering berkongsi video memasak.Rata-rata netizen memuji suaranya, lembut dan manis apabila didengari.
Baru-baru ini, di laman TikToknya, Ira berkongsikan resepi masakan ‘Baked Potato Beef’
dan pelbagai komen diberikan susulan dia melontarkan voice over yang ‘catchy’ untuk video tersebut.
BAKED POTATO BEEF
Bahan-bahan:
Ubi kentang
Minyak
Lada hitam
Garam
Gula
Rosemary
Thyme
Daging kisar
Bawang Holland
Sos lada hitam
Lada hitam
Mixed herbs
Oregano
Cream Cheese
Shredded cheese
Daun parsley
Cara memasak:
1. Lumur kentang dengan minyak, lada hitam serta garam.
2. Bakar kentang tadi bersama rosemary dan thyme. Bakar pada suhu 300 darjah C.
3. Sementara itu masak inti. Masukkan bawang, daging, sos lada hitam, lada hitam, mixed herbs,oregano,garam dan gula secukupnya.
4. Bila kentang dah siap bakar,keluarkan semua isi kentang dan gaulkan dengan daging yang dimasak tadi.
5. Kemudian masukkan inti ke dalam kentang.
6. Letakkan topping cream cheese, shredded cheese.
7. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar lebih kurang 5 minit.
Hanis Zalikha. Siapa tidak kenal dengan selebriti cantik manis ini? Seorang model, pengacara, pelakon dan duta produk yang dikenali ramai. Beliau juga memiliki jenama tudung sendiri iaitu Cakenis by Hanis Zalikha. Berpewatakan sopan dan sangat lemah lembut tutur katanya. Malah beliau juga dikenali sebagai salah seorang selebriti yang pandai berfesyen hinggakan setiap gayanya menjadi ikutan ramai.
Sibuk dengan kerjaya bukan penghalang untuk menyediakan hidangan terbaik buat keluarga. Ha…Jangan tak tahu, ibu kepada Yusof Iskandar ini juga seorang yang rajin ke dapur. Patutlah suaminya; Hairul Azreen sayang sangat!
Kalau anda selalu meninjau instagram selebriti ini, pasti pernah nampak posting-posting masakan yang dikongsi di laman tersebut. Malah Hanis juga tak lokek untuk berkongsi resipi dengan para followersnya.
Jadi kalau ada yang duk kata artis ni tak turun ke dapur, memang tak berapa nak betul lah kan. Mungkin ada sesetengah je dan tak semua. Jom kita layan menu-menu yang Hanis Zalikha ni suka masak. Manalah tahu, boleh beri inspirasi dan idea untuk anda untuk masak malam ni.
Mulut asyik mahu mengunyah lebih baik jadikan tempe snek ringan yang berkhasiat. Tempe diperbuat daripada kacang soya yang mengalami proses penapaian.
Sepotong tempe mengandung berbagai unsur yang bermanfaat, seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan.
TEMPE GORENG REMPAH
.
BAHAN-BAHAN:
Ketumbar
Jitan manis
Bawang putih
Serbuk kunyit
Garam
Tepung gandum
Air
.
INFO: Ikut sukatan berapa banyak tempe (Dikisar atau ditumbuk)
CARA MEMASAK:
1. Potong tempe mengikut ketebalan yang dikehendaki.
.
2. Bancuh bancuhan dengan bahan-bahan kisar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
.
3. Masukkan tempe yang sudah dibelah ke dalam bancuhan.
.
4. Panaskan minyak dan gorengkan tempe sehingga keperangan
.
5. Bila tempe sudah garing boleh angkat dan toskan.
.
INFO:
Boleh makan begitu saja atau sedap cicah dengan sos atau sambal kicap.
Makain nipis tempe dipotong makin rangup bila digoreng.
Menu cepat dan murah disediakan bila kita tengah lapar. Sesuai untuk sarapan pagi atau makan malam.
TELUR HANCUR
BAHAN-BAHAN:
Telur
Bawang merah-dihiris
Bawang putih-dihiris
Cili merah-dihiris
Cili hijau-dihiris
Kubis bunga-potong kecil
Garam
Gula
Serbuk kunyit
Serbuk perasa/kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan seperti sedikit bawang merah, cili merah, cili hijau, kubis bunga dengan telur. Agak-agak berapa banyak telur bersalut dengan bahan-bahan lain.
2. Perasakan dengan garam, gula, sedikit serbuk kunyit dan serbuk perasa.
3. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak. Masukkan telur yang sudah disatukan dengan bahan-bahan lain ke dalam kuali. Goreng sampai telur sebati.
4. Selepas itu masukkan bawang yang digoreng tadi. Kacau sampai sebati.
INFO:
Jika suka boleh lebihkan bawang dan tukar cili besar ke cili padi untuk lebih pedas.