
Puding yang mempunyai cita rasa lemak manis memang best! Lagi-lagi kalau menggunakan merah merah seperti ini. Dengan resipi lebih kurang buat air cendol, tapi kali ini diciptakan jenis puding pula. Memang sedap!
Jom kita lihat resipinya.
PUDING CENDOL LEMBUT LEMAK MANIS

BAHAN LAPISAN SANTAN
120 gram gula pasir
1 sudu kecil serbuk vanila
1 sudu kecil garam
10 gram serbuk agar-agar
780 ml santan
2 helai daun pandan
350 gram cendol
BAHAN LAPISAN GULA MERAH
300 gram gula merah
25 gram gula pasir
1/4 sudu kecil garam
10 gram serbuk agar-agar
780 ml air
2 helai daun pandan
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk masukkan gula pasir, serbuk vanila, gram, agar-agar serbuk, santan pekat. Gaul sebatikan tanpa buka api. Masukkan daun pandan. Barulah buka api. Kacau sentiasa.
2. Apabila santan telah mendidih dan agak pekat teksturnya, keluarkan daun pandan. Matikan api.

3. Biarkan adunan santan suam-suam, barulah masukkan cendol. Kacau seketika. Ketepikan.

4. Sediakan loyang. Basahkan loyang dengan air. Masukkan cendol tadi ke dalam loyang. Gunakan sudu, buang buih-buih yang ada di permukaan.

5. Sejukkan dahulu adunan ini di dalam chiller selama 15 minit.
6. Sementara itu buat lapisan gula merah. Dalam periuk, masukkan gula merah, gula pasir, garam, agar-agar serbuk, air dan daun pandan. Hidupkan api. Kacau sehingga gula larut dalam air.

7. Masak sehingga bancuhan menjadi sedikit pekat dan gelap warnanya. Tutup api apabila air telah mendidih.
8. Tapis air gula merah tadi. Ketepikan.
9. Keluarkan adunan cendol daripada chiller. Cucuk-cucuk sedikit permukaannya dengan garpu. Perlahan-lahan, tuangkan air gula merah di atas permukaan adunan cendol. Biarkan seketika pada suhu bilik supaya sejuk sedikit air gula merah tadi.

10. Setelah sejuk, barulah masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam.
11. Keluarkan puding dari peti sejuk. Sediakan pinggan leper. Letakkan loyang berisi puding dan terlungkupkan supaya adunan keluar daripada loyang. Siap.

Selamat mencuba!
Untuk lebih detail, boleh rujuk video di bawah.
https://youtu.be/1twfOc5S1II
Sumber: Nurul Jannah melalui Rasa Share Resipi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Resipi Roti Lembut & Gebu Tanpa ‘Bread Maker’ & Bakar Guna Oven Biasa Je.

Alangkah bangga jika dapat membuat sendiri pelbagai jenis roti untuk dijamu pada keluarga tercinta. Rasa puas kerana roti dibuat segar, rasa dan kualiti terjamin. Anda juga boleh menjimatkan kos lebih-lebih lagi jika memiliki ahli keluarga yang ramai. Dikongsi lima jenis roti lagi untuk anda cuba buat sendiri. Selamat mencuba!
1. ROTI BENGGALI

BAHAN-BAHAN:
- 1000gm tepung high protein
- 80gm gula
- 50gm susu tepung
- 12gm yis
- 10gm bread improver
- 2 biji kuning telur
- 550gm air
- 18gm marjerin
- 100gm garam
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan ke dalam penguli dan uli selama 20 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
- Bahagikan kepada empat doh kecil. Gulung doh seperti membuat kek gulung.
- Susun keempat-empat doh tadi di dalam loyang. Guna loyang bertutup.
- Sapu marjerin pada keseluruhan loyang termasuk penutup.
- Bakar di dalam oven pada suhu 170C selama 45 minit.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan bersama mentega dan kaya atau dimakan begitu sahaja.
2. CINNAMON ROLL

BAHAN A:
- 250gm tepung roti
- 20gm gula
- 1 sudu makan susu tepung
- 1 biji kuning telur
- 4gm yis
- 15gm marjerin
- ½ sudu teh garam
- 100ml air
BAHAN B (FILLING):
- 3gm serbuk kulit kayu manis
- 50gm gula perang
- 20gm mentega
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk penguli dan uli selama 30 minit. Adun hingga menjadi doh.
- Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
- Canaikan doh menjadi bentuk segi empat. Sapu adunan dengan mentega, gula perang dan serbuk kayu manis di atas doh.
- Gulung dan kemaskan hujungnya dengan disapu dengan sedikit air pada doh agar ia melekat.
- Potong sebanyak 12 gulung sama saiz.
- Susun di dalam loyang yang telah dilengser marjerin. Ketepikan dan biarkan dalam 30 minit sehingga doh naik lagi sekali ganda.
- Panaskan oven pada suhu 180C dan bakar doh terlebih selama 20 minit.
- Keluarkan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Boleh bentukkan roti mengikut kesukaan masing-masing.
3. ROTI KEK

BAHAN ROTI:
- 6 cawan tepung gandum
- 1 ½ cawan susu suam
- ¾ cawan gula
- 11gm yis
- 3 biji telur saiz A
- ¼ cawan mentega
BAHAN A:
- 4 biji kuning telur
- 20gm gula kastor
- ½ sudu teh esen vanila
( Pukul semua bahan A sehingga ringan dan gebu)
BAHAN B:
- 4 biji putih telur
- 80gm gula
( Dalam bekas berasingan, putar putih telur hingga kembang. Tambah gula dan putar lagi hingga kaku (jika diterbalikkan putih telur tidak jatuh)
BAHAN C:
- 110gm tepung gandum
- 70gm mentega
BAHAN LAIN:
- Pewarna merah dan hijau
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat doh roti; Campurkan yis dan ½ cawan susu suam ke dalam satu bekas besar. Biarkan selama 10 minit sehingga keluar buih.
- Masukkan baki 1 cawan susu suam tadi, diikuti dengan gula dan telur. Kacau sehingga gula larut.
- Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati dan masukkan baki 3 cawan tepung dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Rehatkan selama 1 jam.
- Bahagikan doh kepada 30gram dan susun di dalam loyang. Tunggu sehingga doh naik dua kali ganda. Ketepikan.
- Untuk membuat adunan kek; Masukkan adunan Bahan B ke dalam adunan Bahan A, kacau rata dengan menggunakan kaedah kaup balik.
- Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi (kaup rata).
- Masukkan minyak dan kacau rata menggunakan kaedah kaup balik. Bahagikan kepada dua bahagian dan warnakan satu bahagian dengan merah dan satu bahagian dengan warna hijau.
- Tuang adunan kek yang telah siap tadi ke atas roti yang telah naik tadi, berselang seli warna merah dan hijau.
- Bakar pada suhu 180C selama 25 minit.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh gantikan tepung gandum (bahan C) dengan tepung kek.
4. ROTI PAUN MANIS

BAHAN-BAHAN:
- 6 cawan tepung gandum
- 1 ½ cawan susu suam
- ¾ cawan gula
- 11gm yis
- 3 biji telur saiz A
- ¼ cawan mentega
CARA MEMASAK:
- Campurkan yis dan ½ cawan susu suam ke dalam satu bekas besar.
- Biarkan selama 10 minit sehingga keluar buih.
- Masukkan baki 1 cawan susu suam tadi, diikuti dengan gula dan telur. Kacau sehingga gula larut.
- Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati dan masukkan baki 3 cawan tepung dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Rehatkan selama 1 jam.
- Bahagikan doh kepada 30gram dan susun di dalam loyang. Tunggu seketika sehingga doh naik dua kali ganda.
- Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan begitu saja kerana rasanya yang manis dan lemak.
5. ROTI PAUN KELADI

BAHAN-BAHAN:
- 6 cawan tepung gandum
- 1 ½ cawan susu suam
- 2 sudu makan pes keladi
- ¾ cawan gula
- 11gm yis
- 3 biji telur (saiz A)
- ¼ cawan mentega
- Sedikit cucu cair untuk sapuan
CARA MEMASAK:
- Campurkan yis, pes keladi dan ½ cawan susu suam ke dalam satu bekas besar.
- Biarkan selama 10 minit sehingga keluar buih.
- Masukkan baki 1 cawan susu suam tadi, diikuti dengan gula dan telur. Kacau sehingga gula larut.
- Masukkan mentega dan 3 cawan tepung. Gaul sebati dan masukkan baki 3 cawan tepung dan uli sehingga doh tidak melekat pada tangan. Rehatkan selama 1 jam.
- Bahagikan doh kepada 30gram dan susun di dalam loyang. Tunggu seketika sehingga doh naik dua kali ganda. Gris susu cair di atas permukaan doh.
- Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Pes pandan yang berwarna hijau membuatkan warna roti ini lebih menarik.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Koleksi Resipi Kuih Talam Tradisional Yang Mudah & Sedap.

Kuih Talam tradisional adalah antara pemanis mulut yang menjadi kegemaran ramai tidak kira tua mahupun muda. Rasanya yang manis, lemak dan pelbagai perisa, memang tak jemu. Anda suka makan kuih ni? Jom cuba buat. Pasti puas hati dan menambat selera.
KOLEKSI RESIPI KUIH TALAM TRADISIONAL MUDAH & SEDAP
1. TALAM LAPIS

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 cawan gula pasir
- 4 cawan santan
- 1/4 sudu teh garam
- Sedikit pewarna merah dan perisa ros
CARA MEMASAK:
- Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 8 inci.
- Masukkan santan ke dalam periuk. Panaskan sebentar biar jadi suam-suam kuku. Tutup api.
- Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
- Seterusnya masukkan santan. Gaul rata hingga tidak yang bergentel.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
- Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa ros.
- Masukkan loyang yang telah disapu sedikit minyak ke dalam kukusan.
- Tuang 200 ml adunan tanpa warna ke dalam loyang. Kukus selama lima minit dengan api kuat.
- Setelah lapisan pertama masak, tuang 200ml adunan merah. Kukus lagi.
- Ulang proses hingga habis dengan diakhiri dengan lapisan merah.
- Setelah siap, sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.
INFO CHEF: Kuih Talam Lapis yang cantik masaknya, boleh dimakan selapis demi selapis.
2. TALAM LAPIS SAGU

BAHAN SAGU:
- 1 1/2 cawan sagu
- 2 cawan air
- 1 cawan air
BAHAN BAHAGIAN ATAS:
- 2 biji telur
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu makan tepung jagung
- 2 cawan santan
- 2 cawan air
- 3/4 cawan gula
- Sedikit pewarna hijau
- 1 sudu teh perisa pandan
CARA MEMASAK:
- Basuh sagu dan tapis, kemudian ketepikan.
- Satukan gula dan air, masak dalam periuk hingga mendidih dan gula hancur.
- Masukkan sagu dan kacau hingga pekat.
- Pastikan menggunakan api perlahan supaya sagu masih berbiji-biji putih.
- Sementara itu, sediakan loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.
- Tuangkan sagu di dalamnya, ketepikan.
- Satukan semua bahan bahagian atas dalam periuk, kacau hingga sebati.
- Kemudian masak atas api perlahan dan sentiasa kacau hingga tepung tidak berketul-ketul.
- Apabila naik wap, tutup api.
- Tuang ke dalam bekas berisi sagu.
- Akhir sekali masukkan dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus selama 20 minit.
INFO CHEF: Jika anda mahukan warna pada sagu boleh tambahkan, ikut cita rasa.
3. TALAM BERLAUK

BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung beras
- 200gm keladi
- 100gm udang kering
- 2 sudu teh garam
- 1000ml air
- 500ml santan
BAHAN INTI DAN HIASAN:
- 200 gm daging kisar
- 2 biji kentang | dadu kecil
- 1 labu bawang besar | dipotong dadu
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1 paket rempah kari daging
- 2 biji cili merah
- 1/2 batang lobak merah | diparut
- Daun sup dan daun bawang | dihiris halus
- 2 sudu makan minyak
- Garam dan sedikit gula
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih.
- Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi.
- Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
- Biarkan sehingga semuanya masak empuk.
- Sejukkan dan taburkan diatas adunan yg dikukus.
- Sekiranya terdapat minyak, toskan.
- Untuk menyediakan bahagian talam, keladi direbus dan dikisar bersama air. Ketepikan.
- Satukan tepung beras, keladi kisar, garam, santan dan air. Kacau sebati dan tapiskan ke dalam periuk.
- Seterusnya masukkan udang kering. Kacau rata di atas api sederhana sehingga naik wap.
- Setelah itu, tuangkan ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.
- Akhir sekali, apabila hendak dihidangkan, barulah diletakkan bahan inti di atas permukaan sebagai hiasan.
INFO CHEF: Untuk menyediakan bahan inti di atas boleh siapkan awal dan simpan dalam peti sejuk.
4. TALAM SUJI

BAHAN LAPISAN BAWAH:
- 110gm tepung suji
- 110gm gula pasir
- 200ml santan pekat
- 800ml air
- 1sudu teh pewarna kuning
- 1 sudu teh garam
LAPISAN ATAS:
- 3 biji telur
- 220 gm gula merah
- 1/2 sudu teh garam
- 200ml santan pekat
- 55gm tepung jagung
- 55gm tepung gandum
- 500ml air
CARA MEMASAK:
- Untuk lapisan bawah, masukkan tepung suji dan air dalam periuk. Kemudian masukkan santan pekat dan gula.
- Selepas itu masukkan garam dan pewarna kuning. Kacau rata.
- Kemudian letak di atas api sambil dikacau dengan pemukul telur sehingga naik wap.
- Masukkan dalam loyang dan kukus lapisan bawah selama lima minit.
- Untuk lapisan atas, satukan tepung gandum, gula merah dan santan dalam bekas pengisar.
- Masukkan air tepung jagung dan pecahkan telur dan bolehlah dikisar kesemua bahan-bahan tersebut.
- Selepas itu, masukkan dalam periuk dan kacau di atas api sederhana besarnya.
- Apabila sudah naik wap, bolehlah diangkat dan tuang ke atas lapisan bawah tadi.
- Kukus selama 25 minit.
INFO CHEF: Campurkan tepung suji dengan air dan biarkan kembang lebih kurang 10 minit, sebelum dimasukkan dalam periuk bersama bahan lain. Tujuannya untuk mendapata suji yang lembut.
5. TOK AJI SERBAN

BAHAN LAPISAN BAWAH:
- 2 cawan beras pulut – direndam 1-2 jam
- 2 1/4 cawan santan cair
- Secubit garam
LAPISAN ATAS:
- 6 biji telur ayam gred A
- 1 1/2 cawan santan pekat
- Secubit garam
- 3 sudu makan gula perang (*)
- 1/2 cawan air (*)
- 1 helai daun pandan – simpul (*)
- 1/2 cawan gula (*)
(bahan bertanda (*) perlu dimasak terlebih dahulu, tapis dan dibiarkan pada suhu bilik.)
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat lapisan bawah, didihkan kukusan, cuci beras pulut dan masukkan ke dalam loyang bersaiz 9 inci yang telah dialas dengan dengan plastik di bawahnya.
- Masukkan 1 1/4 cawan santan cair dan kukus selama 20 minit. Keluarkan pulut sekejap. 3. Kacau dan tambah baki santan. Kukus kembali selama 20 minit. Kemudian padatkan pulut dan cakar dengan garpu. Kukus lagi selama 10-15 minit.
- Untuk lapisan atas, satukan semua bahan dan kisar sebati.
- Panaskan kembali loyang berisi pulut selama 10 minit kemudian tuang adunan yang dikisar tadi.
- Kukus selama 30-45 minit dan balut penutup periuk kukusan dengan kain bagi mengelakkan air menitis.
- Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
6. TALAM SRI DELIMA

BAHAN-BAHAN:
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 2 cawan santan pekat
- 5 cawan santan cair
- 1 sudu kecil garam
- Pewarna merah, kuning dan coklat, putih
CARA MEMASAK:
- Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
- Bahagikan adunan kepada empat bahagian.
- Masukkan pewarna ke dalam tiga bahagian dan satu kekal putih.
- Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang.
- Masukkan satu senduk adunan merah dan kukus selama lima minit.
- Lapiskan pula satu senduk adunan kuning dan kukus lagi selama 5 minit.
- Lapiskan warna coklat dan kukus selama lima minit lagi.
- Kemudian ulang sekali lagi lapisan.
INFO CHEF: Untuk lapisan terakhir, bungkus penutup kukus dengan kain agar air tidak menitis ke atas permukaan talam.
ANDA JUGA BOLEH CUBA RESIPI NI:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Puan Noor Azlina Kongsi Resipi Kek Sarang Semut Mudah & Sedap. Geram Tengok Sarangnya!

Kek Gula Hangus atau juga dikenali sebagai Kek Sarang Semut adalah antara kek lama yang sentiasa diburu oleh penggemarnya. Memang tak lekang dek zaman. Dari budak kecil hinggalah ke orang dewasa, memang sukakan kek ni. Bagi anda yang berminat nak buat, boleh cuba resipi perkongsian saudari Noor Azlina Khalil ni. Comfirm jadi! Geram tengok sarangnya!
KEK SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan gula halus | dicairkan
- 2 cawan air panas | dimasukkan ke dalam gula yang telah cair untuk dijadikan gula hangus
- 7 biji telur
- 250gm mentega | dicairkan
- 1 cawan susu pekat manis
- 2 cawan tepung kek
- 2 sudu makan soda bikarbonat
- 2 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
- Pukul telur secara lembut sahaja dan tak perlu sampai berbuih.
- Masukkan esen vanilla, susu pekat manis, mentega cair dan tepung kek. Gaul hingga adunan sebati.
- Kemudian masukkan gula hangus. Sebatikan.
- Tapis adunan dan perap selama 1-4 jam. Boleh juga perap semalaman.
- Lapik loyang dengan parchment paper.
- Panaskan ketuhar selama 10 minit pada suhu 160C kemudian baru dimasukkan loyang kek. Bakar pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga kek masak.
- Semasa membakar, guna api bahagian bawah terlebih dahulu selama 30 minit dan api bahagian atas untuk 15 minit terakhir.


Kredit resipi & foto: Noor Azlina Khalil
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

