Selain goreng dan gulai, ikan Kerisi sedap juga dimasak pindang, ia lebih mudah, sihat dan cepat dimasak. Sesuai sangat dengan mak-mak yang sibuk dan kena dengan cuaca panas sekarang ni, hirup kuah masam-masam pedas menang sedap.
PINDANG IKAN KERISI
BAHAN-BAHAN:
Ads
3-4 ekor ikan Kerisik | siang dan cuci bersih
3 batang kacang bendi | buang hujung dan tangkai
3 hirisan lengkuas | ketuk
2 hirisan halia | ketuk
3 hirisan kunyit hidup | ketuk
2 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR :
Ads
2cm kunyit hidup
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Ads
Masukkan air dalam periuk, kemudian campurkan dengan bahan kisar, gaul rata.
Renehkan atas dapur , masukkan hirisan halia, lengkuas,kunyit hidup, serai dan asam gelugor.
Setelah mereneh masukkan ikan. Biarkan kuah terus menereh hingga ikan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api masukkan kacang bendi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Siapa suka makan acar buah? Bila gigit rasa masam-masam manis tu, sedap sangat kan. Tapi biasanya dapat makan acar buah waktu kenduri saja.
Buat mereka yang teringin nak makan acar buah, boleh buat sendiri dengan resipi yang dikongsikan Rozita Daud ini. Makan dengan nasi panas-panas pun layan
Sangat mudah dan sekejap saja untuk disediakan. Jom kita cuba!
Dapatkan Khind 3.5L Air Fryerdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak dah panas, masukkan cili yang dikisar. 2. Tumis sampai pecah minyak baru, masuk serbuk kari dan cuka. Gaul sampai likat.
3. Masukkan bawang merah dan bawang putih ke dalam kuali sambal tadi.
4. Perlahankan api, masukkan gula dan garam ikut kuantiti bahan. Rasa dah okay, gaul dalam 15 minit dengan api perlahan je. 5. Masukkan buah-buah campur. Gaulkan.
6. Untuk jeruk buah belimbing buluh, saya buat sendiri di rumah. Nak betul-betul menjadi ambil masa sebulan. 7. Saya rendam buah belimbing buluh dengan air gula likat dan jeruk sampai kecut. Bila dah sebati, buang air dan jemur sampai kering.
8. Masuk semua buah atas tadi dan gaul macam dalam gambar. Gaul kejap je dah rata, boleh tutup api.
Teringin makan murtabak mi segera? Hari ni jom kita buat sendiri kat rumah, senang sesangat rupanya. Orang-orang bujang mesti suka ni, bahan asasnya hanya mi segera, telur. Isi ayam dan sayur hanya sebagai tambahan je.. Kalaua nak tahu macam mana masak ini DIY yang Rasa kongsikan dengan korang semua.
MURTABAK MI SEGERA
BAHAN-BAHAN:
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Masukkan mi segera di dalam mangkuk bersama hirisan sayur-sayuran dan cili.
LANGKAH 2: Masukkan pula hirisan bawang besar dan dan ayam isi yang telah direbus.
LANGKAH 3: Pecahkan telur dalam mangkuk lain kemudian campurkan dengan serbuk kari mi segera dan kacau sebati.
LANGAKAH 4: Tuangkan di dalam mangkuk campuran mi segera dan sayur-sayuran. Kacau rata.
LANGKAH 5: Kacau sebati supaya telur sekata.
LANGKAH 6: Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian masukkan campuran mi segera. Goreng hingga masak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kuah asam pedas, adakalanya boleh jadi ada yang terlalu cair dan ada yang terlalu pekat. Atas selera masing-masing kan.
Menerusi resipi yang dikongsikan Rosni Musa ini, menu asam pedas berempah tenggiri sangat senang dimasak dan dikuatkan lagi dengan aroma berempah yang menyelerakan.
Kuah yang tidak terlalu cair dan tidal terlalu pekat tapi kuat dengan rasa berempah yang menyelerakan. Rasa ikan tenggiri dinaikkan lagi dengan aroma daun limau purut dan kesom.
ASAM PEDAS BEREMPAH IKAN TENGGIRI
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang merah*- beli online di sini 3 ulas bawang putih*- beli online di sini Sebesar ibu jari halia* Belacan* 1 sudu teh ketumbar* 1 sudu teh jintan manis* 1 sudu teh jintan putih* 1 sudu teh lada hitam* Belacan* – beli online di sini (Bahan bertanda * dikisar hingga lumat) Cili giling 2 batang serai | dititik – beli online di sini Asam jawa Serbuk kunyit ½ sudu teh halba Daun kesum Daun limau purut 1 ekor ikan tenggiri (boleh tukar dengan ikan kesukaan anda) Bendi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis sebentar halba.
2. Masukkan bahan kisar, cili giling, serai dititik dan serbuk kunyit.
Raja Buah durian terkenal dengan sejarah unik, aroma tersendiri, nilai ekonomi tinggi dan pelbagai khasiat. Ketahui fakta menarik yang menjadikan durian kekal sebagai buah paling ikonik di Asia Tenggara.