Pernah dengar atau makan Kroket Kentang dan Resoles Ragout, dua kuih ini sangat popular di Indonesia. Rasan savory dan sedap menjadikannya tidak pernah jemu dimakan, paling penting ia mudah disediakan. Sesuai ni kalau korang buat untuk hidangan minum petang atau tambahan kuih untuk sarapan pagi.

Sedapnya Kroket Kentang & Resoles Ragout, Senang Buat Ni.
KROKET KENTANG
BAHAN-BAHAN:
BAHAN ISI:

  • 250gm daging kisar
  • 200gm lobak merah | dadu halus
  • 1 biji bawang Holland | dadu halus
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 1 pokok daun bawang | hiris halus
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap masin
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan tepung gandum | bancuh dengan sedikit air
BAHAN UNTUK KULIT:
  • 1kg kentang
  • 400gm tepung gandum
  • 200gm Margarin
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Tumis bawang putih dan bawang Holland hingga wangi.
  2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna
  3. Kemudian masukkan pula lobak merah, kacau rata.
  4. Masukkan pula semua jenis sos, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
  5. Akhir sekali masukkan larutan tepung dan daun bawang , kacau rata lagi.
  6. Tutup api dan biarkan sejuk.
  7. Seterusnya sediakan kulit. Hancurkan kentang yang telah digoreng tadi hingga halus.
  8. Masukkan bahan lain, adun rata.
  9. Ambil lebih kurang 30gm adunan, leperkan dan isikan inti di tengahnya. Bentukkan semula adunan menjadi bujur. Lakukan hingga habis adunan dan inti.
  10. Panaskan minyak, kemudian goreng kroket dengan api sederhana hingga kekuningan.
  11. Setelah masak angkat, tos dan sedia dihidangkan.

Resipi & photo : @imaanoona

Sedapnya Kroket Kentang & Resoles Ragout, Senang Buat Ni.
RESOLES RAGOUT
BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 300gm ayam rebus | siat-siatkan
  • 3 batang lobak merah | dadu halus dan rebus
  • 100ml susu
  • 100ml stok ayam
  • 4 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan mentega
  • 1biji bawang Holland | cincang
  • 1/2 sudu teh serbuh buah pala
  • 1 pokok daun sadri | cincang halus
  • Garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya.

BAHAN KULIT:

  • 250gm tepung gandum
  • 2 sudu makan metega | cairkan
  • 2 biji telur
  • 600ml air
  • 1/2 sudu teh garam

BAHAN SALUT:

IKLAN
  • Tepung gandum
  • Telur
  • Serbuk roti
  • MInyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang Holland menggunakan sedikit mentega.
  2. Masukkan tepung gandung, kacau rata.
  3. Kemudian masukkan ayam, lobak merah stok ayam dan susu cair.
  4. Masak hingga pekat dan mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk.
  5. Sementara itu sediakan bahan kulit. Campurkan semua bahan, kacau rata hingga tidak ada bergentel.
  6. Panaskan kuali, kemudian oleskan mentega dan dadarkan adunan seperti membuat telur dadar atau kulit kuih ketayap.
  7. Setelah siap, isikan inti ditengah kemudian lipat seperti sampul surat.
  8. Golekkan dalam bekas berisi tepung gandum kemudian dalam bekas serbuk roti.
  9. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng resoles atas api sederhana hingga kekuningan.
  10. Angkat, tos dan sedia dihidangkan.

Resipi & photo : By @lidyatjahjadi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI