Masuk hari ke 14, pasti ramai yang tercari-cari idea nak masak apa untuk berbuka petang nanti. Resipi yang RASA kongsi ni pasti anda suka. Sangat mudah & sedap! Penyediaannya tidaklah terlalu rumit, namun yang pasti, lauk pauk ni pasti kena dengan selera anda yang suka menu pedas.

 

1. SAMBAL CILI PADI UDANG DENGAN KAMPAS 

3 Resipi Lauk Pauk Pedas Pemikat Selera Waktu Berbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg udang ] bersihkan
  • 3 biji kampas saiz sederhana ] buang biji, hiris dan rendam seketika dalam air garam
  • 20 biji cili hijau
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kisar cili padi dan bawang hingga lumat. Ketepikan.
  2. Udang digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan goreng udang tadi hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Menggunakan lebihan minyak menggoreng tadi, tumis bahan kisar hingga naik bau dan cili padi bertukar menjadi hijau gelap. Masukkan asam gelugur. 
  5. Perasakan dengan garam secukupnya. 
  6. Masukkan kampas dan udang yang telah digoreng tadi. Kacau sebati.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan. 

Info Chef:  Jika suka lagi pedas, boleh tambah jumlah cili padi. 

 

2. MASAK LEMAK JERING TUA TUMBUK 

3 Resipi Lauk Pauk Pedas Pemikat Selera Waktu Berbuka.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg jering tua ] rebus dan tumbuk sedikit
  • 2kg santan 10 biji cili padi ] tumbuk 3 batang serai ] ketuk
  • 2cm kunyit hidup ] tumbuk 
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Terlebih dahulu, jering tua direbus hingga empuk. Kemudian ditumbuk sedikit dengan lesung batu. Ketepikan.
  2. Masukkan santan di dalam periuk. Masukkan cili padi dan kunyit yang telah ditumbuk. Gaul sekata.
  3. Masukkan jering tua, serai, asam gelugur dan masak menggunakan api perlahan. 
  4. Kacau sentiasa supaya santan tidak pecah minyak. 
  5. Perasakan dengan garam secukupnya. 
  6. Biarkan mereneh hingga kuah agak pekat.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan. 

Info Chef:  Pastikan jering direbus benar-benar empuk supaya lebih sedap.

 

3. TEMPOYAK GORENG IKAN BILIS 

3 Resipi Lauk Pauk Pedas Pemikat Selera Waktu Berbuka.

 BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tempoyak
  • 200gm ikan bilis
  • 15 biji cili padi
  • 2 helai daun kunyit ]racik kasar
  • 2 batang serai ] ketuk
  • 2cm kunyit hidup
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar cili padi dan kunyit hingga lumat. Ketepikan.
  2. Masukkan tempoyak di dalam sebuah mangkuk dan satukan dengan cili padi dan kunyit yang telah ditumbuk. Gaul sekata. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Menggunakan lebihan minyak menggoreng bilis, tumis tempoyak tadi. Masukkan daun kunyit, serai dan asam gelugur.
  5. Jangan lupa untuk sentiasa mengacau kerana ia mudah melekat.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 
  7. Masukkan bilis yang siap digoreng. Kacau sebati. Angkat dan sedia dihidangkan. 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI