Jika anda peminat kek kukus, anda memang perlu cuba resipi kek lumut kukus yang dikongsi oleh saudari Nor Hairiyah Hassim ni. Nampak sedap kan? Menurut pemilik resipi, kek ini jika makin lama disimpan, makin sedap rasanya. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Nak cepat buat wantan goreng ni, beli kulit wantan yang dah siap kat pasaraya tu.Tengok dan semak tanda halalnya. Nak lipat wantan ni memanglah standardnya bentuk bunjut, tapi kalau rasa tak pandai bentukkan cara ini boleh aje lipat ikut cara lain ikut kreativiti masing-masing.
Janji intinya kena sedap, yang min nak kongsikan ini resipi wantan intinya isi ketam yang super senang memasaknya. Kalau nak letak inti ayam atau lain-lain pun sedap jugak. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Yan Diana ni.
WANTAN GORENG ISI KETAM
.
BAHAN- BAHAN :
Bahan inti :
.
1 pek isi ketam / crabstick – potong kecil-kecil
kulit wantan segera secukupnya
1 batang lobak merah – potong dadu atau parut
5-6 helai daun bawang – hiris halus
Nak letak sayur apa pun boleh ikut suka. Empunya resipi letak lobak merah dan daung bawang aje.
Serbuk lada sulah secukup rasa – beli online DI SINI
CARA MEMASAK : 1.Tumis semua bahan inti ni sampai lembut. Perasakan dengan garam & serbuk lada sulah. 2. Akhir sekali baru masukkan telur. Tak payah sampai masak sangat telurnya. Sejukkan.
3. Letak inti atas wantan tu lepas tu lipatlah ikut suka. Agak-agak tak terkeluar isi time goreng kang kira oklah tu.
.
4.. Kalau pandai buatlah bunjut tu
.
.
5. Dah siap lipat semua goreng cara deep-fry.
Kredit : Yan Diana
INGIN MEMBELI KUALI ANTI MELEKAT, JOM BELI ONLINE DI SINI
Petang-petang hari cuti kena Bubur Cha-Cha memang sedap, apa lagi jomlah kita buat sendiri bubur yang kaya dengan isian ubi-ubi yang sedap dan kaya dengan serat ni.Cara membuat pun senang , janji ada ubi-ubinya, santan dan gula, masak lebih kurang 20 minit dah siap. Boleh jadi dessert yang sedap.
BUBUR CHA CHA
BAHAN-BAHAN:
100gm tepung Cha Cha kering
300gm keladi | rebus setengah masak
200gm keledek kuning | rebus setengah masak
200gm keledek oren | rebus setengah masak
200gm keledek ungu | rebus setengah masak
70gm sago mata ikan
BAHAN KUAH SANTAN:
400ml santan cair
400ml santan pekat
2 helai daun pandan
300gm gula
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Rebus tepung cha cha kering. Bila sudah terapung, angkat dan rendam dalam air.
Rebus keladi dan keledek hingga empuk secara berasingan. Angkat dan toskan.
Seterusnya masukkan bahan ubi-ubian dalam periuk bersama santan cair, gula, secubit garam dan daun pandan.
Renehkan hingga ubi empuk.
Setelah empuk, tambahkan santan pekat, tepung Cha-Cha yang telah direbus tadi dan bersama sagu, sederhanakan api, kacau hingga kuah mendidih.
Perasakan dengan secubit garam.
Setelah cukup rasa, tutup api dan Bubur Cha Cha sedia dihidangkan.panas atau sejuk.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ramai yang beranggapan menu kukus atau stim leceh untuk menyediakannya, hakikat sebenarnya ia adalah menu paling mudah disediakan dan cepat. Sementelah lagi jika sos atau kuahnya sudah disediakan awal. Bukan hanya senang, menu kukus juga sedap dan sihat. Cuba 3 resipi kukus ekspres yang popular dan sihat yang boleh dibuat.
AYAM KUKUS TAUCHU
BAHAN-BAHAN:
2 paha ayam | bersih, kelar dan toskan
3 sudu makan tauchu | kisar
4 ulas bawang merah | cincang halus
3 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit daun bawang | hiris memanjang
2 biji cili merah | cincang halus
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit hirisan daun ketumbar
1 sudu teh jus limau nipis
1 sudu teh minyak bijan
Sedikit garam | jika perlu
Gula secukup rasa
1/2 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
3cm halia muda
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus.
Gaulkan ayam yang telah dicuci bersih dengan bahan kisar.
Kukus lebih kurang 15-20 minit.
Sementara itu sediakan sos.
Panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Seterusnya masukkan cili merah cincang dan tauchu. Kacau rata dan tambahkan sedikit air.
Perasakan dengan sedikit gula,jus limau nipis dan minyak bijan. Jika kurang masin boleh tambah sedikit garam halus.
Setelah cukup rasa, tuangkan sos di atas ayam kukus tadi.
Sebelum hidang, taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, lobak merah dan daun ketumbar.
INFO CHEF: Jika ingin lebih pedas boleh tambah dengan hirisan cili padi. Menu ini juga enak dihidangkan panas-panas.
………..
IKAN BAWAL KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal hitam | siang, bersih dan tos
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu the lada sulah
4cm halia muda | hiris memanjang
1/2 biji bawang merah | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
5 biji cili padi | titik
1 batang serai | titik
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu makan minyak
BAHAN HIASAN:
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit hirisan cili merah
Sedikit hirisan limau nipis
BAHAN KISAR:
2cm halia muda
1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Panaskan pengukus.
Gaulkan ikan yang telah dibersihkan dengan bahan kisar dan sedikit minyak bijan.
Kukus lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu sediakan sos,panaskan sedikit minyak.
Tumiskan bawang merah, bawnag putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan sedikit air, sos ikan, sos tiram dan minyak bijan.
Masukkan cili ttitik dan perasakan dengan garam (jika perlu), gula, jus lemon, serbuk lada sulah.
Setelah cukup rasa tutup api. Tuangkan sos di atas ikan yang telah dikukus tadi.
Taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang, daun ketumbar, hirisan cili dan limau nipis.
Ikan kukus sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Anda juga boleh menggunakan ikan lain isi putih seperti siakap, kerapu atau tenggiri.
…………..
SOTONG SUMBAT MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong sederhana besar | bersihkan dan tos
2 sudu makan sos cili Thai
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos plum
1/2 sudu makan minyak masak
1 biji bawang besar | cincang
2 ulas bawang putih | cincang
2cm halia muda | hiris halus
2 biji cili merah | cincang halus
Garam secukup rasa
BAHAN SUMBAT:
1 biji tauhu putih | kisar kasar
1/2 cawan isi telah direbus | kisar kasar
1 biji telur
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit hirisan daun ketumbar
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan sumbat dalam mangkuk dan gaul rata.
Panaskan pengukus.
Sumbut sotong dengan bahan sumbat hingga paras 3/4 sotong .
Kemudian masukkan kepala dan kemaskan dengan lidi.
Susun dalam pinggan,kemudian kukus lebih kurang 10-2 minit.
Sementara itu sediakan sos.
Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang merah, putih, halia dan cili hingga wangi.
Bahan semua bahan sos dan tambahkan sedikit air.
Kacau rata dan perasakan dengan sedikit garam.
Setelah siap, tuangkan sos dalam pinggan sotong yang telah dikukus tadi.
Sotong sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Gunting sedikit bahagian badan sotong supaya sos dapat masuk ke bahagian dalam sotong.
…………….
Kredit resipi: SHIDA YASIN
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!