CARA-CARA: 1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan udang kering kisar sehingga naik wangi. 2. Masukkan chili flakes, kacau rata. Apabila dah garing, masukkan garam, gula dan minyak bijan. Kacau lagi. Siap.
Suka makan Kacang Botak? Ha…Jom belajar buat tepung salutan untuk snek kudapan ni. Sangat mudah dan ringkas. Kalau beli, sikit je dapat. Nah..cuba buat sendiri menggunakan resipi perkongsian saudara Are Peace ni. Memang sedap. Sekali buat, memang dapat banyak. Jom cuba.
400gm kacang tanah – beli online disini
5 ulas bawang putih – ditumbuk
1 sudu makan serbuk cili – beli online disini
2 sudu makan gula
3 sudu teh garam
2 biji telur
1 sudu teh aji
1 kiub ikan bilis ( kalau suka perasa tomyam boleh diganti dengan kiub tomyam)
5 sudu makan tepung gandum – beli online disini
1 sudu makan tepung beras – beli online disini
1. Bersihkan kacang tanah tapi jangan basuh terlalu lama. Lepas basuh, terus keringkan. Jemur bawah matahari sampai kering. (saya keringkan dalam ketuhar je sekejap)
2. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas dan gaul sebati.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras. Gaul sampai sebati dan kacang bersalut sepenuhnya.
4. Panaskan minyak dan goreng kacang dengan api sederhana.
5. Pastikan kacang menjadi keperangan tetapi tidak terlebih garing.
6. Semasa menggoreng, buih-buih di atas minyak akan terbentuk. Lepas masukan kacang, terus kacau tanpa berhenti untuk elakan kacang dari melekat.
7. Setelah kacang kelihatan masak, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
1. Satukan semua bahan cucur di dalam mangkuk besar dan kacau rata. Jika adunan terlalu lembik tambah sedikit tepung dan jika terlalu kental tambah sedikit air. 2. Biarkan adunan cucur selama 10 hingga 15 minit. 3. Panaskan minyak yang banyak. Sudukan sesudu besar bancuhan cucur dan goreng hingga keperangan. Toskan. Hidangkan bersama sos pilihan.
Info Chef: Pastikan anda tidak membancuh terlalu banyak air untuk bancuhan cucur kerana ia akan menjadi tidak kenyal.
CUCUR UDANG RANGUP
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum – beli online di sini 2 sudu makan tepung beras – beli online di sini 300gm udang kecil 2 biji bawang besar dihiris 1 ikat kucai | dihiris ¼ biji lobak merah | dihiris nipis – beli online di sini 1 putih telur ¼ sudu makan serbuk kunyit Garam secukup rasa Air dan minyak masak secukupnya
1. Bancuh tepung dengan kesemua bahan lain dan kacau hingga menjadi adunan yang sebati. 2. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gaulkan rata. 3. Panaskan minyak dan sendukkan adunan dengan sudu makan kemudian goreng dalam minyak yang banyak dan panas. 4. Balikkan cucur dan goreng hingga masak. Angkat dan sedia dinikmati.
Info Chef: Penambahan tepung beras menambah lagi kerangupan cucur udang sebenar.
CUCUR BILIS KUCAI & CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum 100gm ikan bilis – beli online di sini 8 tangkai cili kering ½ cawan cincangan daun kucai Garam secukupnya Air panas secukupnya
1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung. 2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan. 3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata. 4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya. 5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan. Hidangkan panas dengan sos pilihan.
1. Masukkan hirisan sosej, kentang, bawang, lobak merah, daun kucai, tepung dan telur ke dalam mangkuk besar. Gaulkan dan tambah air sedikit demi sedikit. 2. Gaul adunan supaya sebati dan masukkan garam mengikut cita rasa. 3. Panaskan minyak dan sudukan adunan tepung ke dalam minyak panas. Balik-balikkan cucur dan goreng sehingga kekuningan. 4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
CUCUR UDANG MAK TUN
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum 250gm tauge 150gm daun bawang | potong kecil 150gm bawang besar | hiris 1 sudu teh garam ½ sudu teh serbuk kunyit 2 biji telur Udang | buang kulit Lobak merah | optional Cili merah | optional
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan bahan bersama air sedikit demi sedikit sehinga sebati. 2. Biarkan batter (adunan) selama 30 minit sebelum digoreng.
NOTA:
Goreng dengan api perlahan supaya cucur yang dihasilkan mempunyai tekstur garing di luar dan lembut di dalam.
Kredit resipi & foto: Chef Garang #daporchefgarang
CUCUR KENTANG (POTATO FRITTERS)
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang | kupas kulit dan parut 4 sudu makan tepung jagung 3 sudu makan tepung gandum 1 biji telur Daun sup atau daun bawang secukupnya Sedikit emping cili (chilli flakes) Serbuk lada putih secukupnya Serbuk pati ayam secukupnya Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dalam bekas bersesuaian. Gaul rata. 2. Biarkan adunan selama 5 minit dan gaul sekali lagi hingga sebati dan adunan menjadi basah. Adunan tidak perlu ditambah air kerana air dari ubi kentang akan keluar. 3. Panaskan minyak dan goreng adunan mengikut saiz dan ketebalan yang disukai. 4. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Natasya Tasya
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Jika anda sedang mencari resipi pizza yang mudah dan sedap, boleh cuba resipi Corned Beef Pizza ini. Cara nak buatnya memang mudah sangat. Sekejap je dah siap. Anda pasti puas hati dengan hasilnya. Nak lagi sedap, gunakan keju Perfect Italiano Perfect Pizza untuk hasil pizza yang tidak berminyak. Jom cuba.
Buffet Ramadan Zai Event 2026 tampil dengan konsep Nostalgia Kampungku menampilkan lebih 120 hidangan tradisi Melayu, harga early bird RM95 dan pengalaman berbuka penuh memori.