
Ini satu lagi juadah sedap ketika berbuka puasa. Pemanis mulut tradisional yang cukup memikat hati salah satunya adalah sagu gula merah. Sedapnya dimakan sama ada panas ataupun sejuk. Rasanya manis dan kenyal-kenyal apabila digigit.
Bulan Ramadan ini, lepas selesai solat tarawih, bolehlah nikmati sagu gula melaka. Sambil berehat bersama keluarga tersayang, kan? Nah, RASA berikan resipinya.
SAGU GULA MERAH
Bahan-bahan
• 1 mangkuk sagu
• 1 tin susu cair (boleh ganti dengan 1 1/2 cawan santan)
• 1 cawan gula merah (boleh guna 1 ketul gula melaka)
• Pewarna merah
• Daun pandan
• Air
Cara Penyediaan Sagu
1. Panaskan air dalam periuk sehingga didih.
2. Masukkan sagu, pewarna merah dan daun pandan.
3. Biarkan sehingga sagu kembang dan masak. Kena selalu kacau untuk elak sagu hangit di bahagian bawah.
4. Selepas sagu masak, angkat dan tapis. Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan biarkan sejuk.
Penyediaan Air Gula Merah
1. Masukkan air dan gula merah ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Selepas masak, tapis air gula tadi masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan biarkan sejuk.
Penyediaan Susu
1. Masukkan susu ke dalam periuk bersama sedikit air.
2. Panaskan sehingga mendidih.
3. Selepas mendidik, tutup api. Masukkan dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
4. Kalau guna santan, ikut cara yang sama juga dari nombor 1 hingga 3. Bezanya santan perah tidak perlu tambah air. Santan kotak perlu tambah air.
Cara Menghidang
1. Masukkan sagu terlebih dahulu ke dalam mangkuk.
2. Tuang gula merah dan susu.
3. Sedia dimakan.
Selamat mencuba!
Resipi Oleh Amy Anuar dari Telegram KakiMakan
Resipi Sambal Telur Pecah. Menu Ringkas Yang Membuka Selera

Siapa yang tidak suka menu Sambal Telur Pecah ini. Selain mudah dimasak, ia juga mempunyai rasa yang sangat enak. Tak ada lauk lain pun tidak mengapa, ada satu yang ini, ditambah dengan ulam timun sudah cukup untuk membuka selera. Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa, bolehlah cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Mariana Zainal ini. Pasti makan dengan berselera.
CARA MASAK SAMBAL TELUR PECAH SEDAP
BAHAN-BAHAN:
7 biji telur – terpulang nak banyak mana
1/2 cawan air
1/2 sudu besar gula – beli online disini
Sedikit bahan perasa
1 1/2 sudu besar sos cili – beli online disini
Sedikit kicap manis – beli online disini
Sedikit kicap masin (jangan banyak nanti terlebih masin) – beli online disini
BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering (buang biji dan rendam air panas sekejap) – beli online disini
2 biji bawang besar – beli online disini
5 ulas bawang putih – beli online disini
3 senduk minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Masukkan bahan kisar dalam kuali (jangan letak minyak dah tau). Masak hingga naik minyak dan sambal agak garing.
2. Masukan gula, bahan perasa, sos cili, kicap manis dan kicap masin. Kacau sekejap dan masukkan air.
3. Biarkan mendidih seketika dan perlahankan api.
4. Guna api paling perlahan, pecahkan telur satu persatu dalam kuali.
5. Biarkan sekejap tanpa dikacau telur tu selama 3-4 minit.
6. Apabila telur kuning sudah pejal elok, terbalikkan. Kacau sekejap dan sesuaikan rasa.
7. Sambal Telur Pecah siap dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Sendiri Baru Puas Makan. Resipi Cendol Mudah & Sedap Untuk Berbuka
Buat Sendiri Kuih Tepung Gomak Yang Sedap Guna Resipi Mudah Ni
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Ini 4 Menu Ayam Masak ALa Thai Yang Sedap & Senang Masak.

Masakan Thai sememangnya terkenal di seluruh dunia. Bahkan masakan ini juga cukup dekat dengan masyarakat di Malaysia. Dengan adunan rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi pilihan ramai penduduk Malaysia. Jika anda penggemar masakanThai,ini RASA kongsikan lima resipi masakan Thai berasaskan ayam yang comfirm sedap.
SALAD AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 ketul isi dada ayam
- 1 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu teh sos Thai
- 300gm daun kubis | hiris halus
- 2 batang lobak merah | hiris halus
- 1 batang timun | hiris halus
- 3 batang daun bawang | potong 3cm panjang
- 250gm kacang tanah goreng
- 1 biji cili merah | potong halus
- 4 biji cili padi |potong halus
- 1 biji cili Benggala hijau |hiris memanjang
- 1 biji cili Benggala merah |hiris memanjang
- 2 tangkai daun pudina
- 2 pokok daun ketumbar |potong kasar
- Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK SOS SALAD:
- 2 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu makan mentega kacang
- 3 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
- 1 biji limau nipis | ambil jusnya
- 3 sudu teh cuka
- 4 sudu teh gula pasir
- 4 biji bawang putih | cincang
- 2 sudu makan air masak
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, satukan dada ayam bersama sos ikan, serbuk lada hitam dan sos Thai. Perap selama 30 minit. Setelah itu goreng dada ayam di dalam kuali angkat dan hiris agak nipis. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk salad ,satukan semua bahan yang telah dihiris dan dipotong halus tadi. Masukkan ayam dan gaul sebati.
- Untuk membuatkan sosnya; masukkan kesemua bahan sos ke dalam bekas plastik kedap udara dan goncang sehingga kesemua bahan sebati. Apabila saat untuk menghidang, tuangkan sos ke dalam salad tadi dan gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.
AYAM HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | potong 6 – 8 ketul
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 5cm halia |hiris halus dan memanjang
- 1 biji bawang besar | hiris
- 4 biji bawang putih | hiris
- 4 biji cili padi | hiris
- 1 tangkai cili merah | hiris
- 1/2 batang lobak merah | hiris halus dan memanjang
- 4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
- 2 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 sudu teh gula atau secukup rasa
- 2 sudu teh cuka atau secukup rasa
- 60ml air
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan.
- Panaskan minyak lebih kurang enam sudu makan di dalam kuali dan goreng sebentar ayam selama lebih kurang 5 minit, angkat dan ketepikan.
- Di dalam kuali yang sama, tumiskan halia, hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah sehingga wangi. Kemudian masukkan lobak merah, kacang panjang, sos ikan, serbuk pati ayam, gula, cuka dan air.
- Masaklah sehingga kuah mendidih akhir sekali masukkan kembali ayam dan kacau sebentar.
- Tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
AYAM PANDAN
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
- 4 biji bawang putih | kisar halus
- 1 biji bawang besar | kisar halus
- 3cm halia | kisar halus
- 3cm lengkuas | kisar halus
- 6 tangkai cili padi | kisar halus
- 2 batang serai dihiris halus | kisar halus
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Daun pandan secukupnya
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ayam bersama kesemua bahan kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk kunuit, serbuk pati ayam, garam dan gula.
- Perap semalaman bagi mendapatkan rasa yang lebih enak.
- Setelah itu bungkuslah ayam tersebut dengan daun pandan seperti membungkus ketupat palas.
- Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api yang agak sederhana besar agar ayam masak sekata.
- Ayam pandan siap untuk dihidangkan.
AYAM KARI HIJAU
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 ekor ayam | potong 4-6 ketul
- 1 biji bawang besar | dikisar
- 4 biji bawang putih | dikisar
- 6 tangkai cili padi hijau | dikisar
- 4 pokok daun ketumbar | potong kecil serta kisar bersama akarnya
- 4 helai daun limau purut | dihiris halus serta dikisar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk kari ayam
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 2 keping asam gelugur
- 125ml santan pekat
- 250ml air
- 1 biji tomato | belah enam
- 1 biji bawang besar | belah empat
- Garam secukupnya
- Gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam kuali tumiskan bahan yang telah dikisar bersama serbuk jintan manis, serbuk kari ayam, serbuk pati ayam, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa sehingga pecah minyak.
- Masukkan santan pekat, masak selama 5-6 minit atau sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan ayam dan air kacau sebentar, biarkan sehingga air mendidih atau sehingga kuah agak memekat.
- Setelah itu masukkan tomato yang telah dihiris dan bawang besar yang telah dibelah empat.
- Masaklah sehingga tomato dan bawang agak lembut. Tutupkan api. Kari hijau ayam sedia untuk dihidangkan.
I
Cara Buat Roti Goreng Sosej Cheese Meleleh Paling Sedap.

Sedapnya Roti Goreng Sosej Cheese meleleh ni. Sajian yang cukup mudah untuk dibuat tanpa memerlukan masa yang lama. Gabungan keju, roti, sosej dan telur menghasilkan hidangan yang cukup lengkap untuk sarapan atau makan malam anda. Nak buat untuk minum petang pun boleh. Jom cuba resipi perkongsian saudari Noor Haffiza Mohd Rashid ni. Anak-anak pasti suka.
ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH
BAHAN-BAHAN:
- 1 bungkus roti sandwic
- Sosej secukupnya
- Keju cheddar
- 2 biji telur – lebihkan jika nak buat banyak
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula sediakan 2 keping roti.
2. Letakkan keju di atas roti diikuti sosej yang dipotong kecil.
3. Letakkan sekeping lagi keju diatas hirisan sosej diikuti dengan sekeping lagi roti.
4. Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan pukul sedikit.
5. Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan telur hingga rata.
6. Panaskan kuali dan goreng roti hingga keperangan.
7. Sedia untuk dinikmati
Kredit resipi & foto: Noor Haffiza Mohd Rashid
Tercari-cari MICROWAVE baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
https://www.rasa.my/ini-resipi-masak-1-kilogram-daging-salai-style-asli-negeri-sembilan/
https://www.rasa.my/macam-ni-rupanya-cara-buat-kuah-bakso-asli-indonesia-memang-padu/
https://www.rasa.my/cara-buat-burger-malaysia-yang-lembut-sedap/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official