Antara Dessert  yang paling disukai  ramai adalah bubur dan pengat. Lagipun menu ini antara yang mudah disediakan dan sangat sedap. Apa kata korang cuba aneka bubur dan pengat yang RASA kongsikan ini.

Pilihan Bubur & Pengat Yang Sedap & Boleh Buat Sendiri.

BUBUR BARLI DAN KELEDEK

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm barli
  • 200gm keledek yang dipotong dadu
  • 250gm gula pasir atau secukup rasa
  • 250gm santan
  • 600gm air
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Rebus barli dan keledek hingga kembang dan empuk.
  2. Setelah empuk masukkan gula, garam dan daun pandan.
  3. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
  4. Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Pilihan Bubur & Pengat Yang Sedap & Boleh Buat Sendiri.

BUBUR ANEKA UBI 

BAHAN-BAHAN:

  • 50gm keledek berwarna oren yang dipotong dadu
  • 50gm ubi keledek kuning yang dipotong dadu
  • 50gm ubi kayu yang dipotong dadu
  • 50gm ubi keladi yang dipotong dadu
  • 250gm gula pasir atau secukup rasa
  • 250gm santan
  • 650gm air
  • 1 helai daun pandan    | simpul
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Rebus keledek, ubi kayu dan keladi hingga kembang dan empuk.
  2. Setelah empuk masukkan gula, garam dan daun pandan.
  3. Kacau sebentar, kemudian masukkan santan pekat.
  4. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat.
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Pilihan Bubur & Pengat Yang Sedap & Boleh Buat Sendiri.

BUBUR BUTIR NANGKA 

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm tepung pulut
  • 1-2 titis pewarna merah
  • 1-2 titis pewarna hijau
  • 1-2 titis pewarna kuning
  • 250gm gula pasir atau secukup rasa
  • 250gm santan
  • 400gm air | kuah santan
  • 600gm air | untuk rebus butir nangka
  • 1 helai daun pandan  |simpul
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Jerang air di dalam periuk hingga menggelegak.
  2. Untuk membuat butir nangka; gaulkan tepung pulut bersama garam dan sedikit air.
  3. Gaul hingga menjadi seperti doh.
  4. Bahagikan kepada tiga bahagian dan titiskan pewarna kepada setiap bahagian.  Gaul hingga warna sekata dan bentuk seperti butir nangka.
  5. Masukkan butir-butir nangka tadi ke dalam air yg telah menggelegak. Tunggu sehingga butir nangka itu timbul barulah diangkat.
  6. Redam butir nangka yang telah masak di dalam air sejuk supaya tidak melekat. Ketepikan.
  7. Untuk kuahnya pula; rebus air sebanyak 400gm hingga menggelegak.
  8. Kemudian masukkan butir nangka, gula, garam dan daun pandan. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
  9. Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.

Pilihan Bubur & Pengat Yang Sedap & Boleh Buat Sendiri.

PENGAT PISANG CAMPUR MI SIPUT 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji pisang nangka | bentuk bunga
  • 1 keping mi siput
  • 100gm gula pasir atau secukup rasa
  • 50gm gula merah/melaka
  • 250gm santan
  • 650gm air
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Rebus mi siput sehingga agak kembang, kemudian masukkan pisang.
  2. Biar ia mereneh sebentar kemudian masukkan gula, gula merah/Melaka, garam dan daun pandan.
  3. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
  4. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidang.

 Pilihan Bubur & Pengat Yang Sedap & Boleh Buat Sendiri.

BUBUR ANAK LEBAH 

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm tepung gandum
  • 100gm pulut   | rendam selama 1 jam, tos airnya
  • 1-2 titis pewarna hijau
  • 1-2 titis pewarna merah
  • 100gm gula pasir atau secukup rasa
  • 250gm santan
  • 600gm air
  • 1 helai daun pandan  | simpul
  • 1 sudu sudu teh garam

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Jerang air di dalam periuk hingga menggelegak.
  2. Sementara itu, untuk membuat anak lebah; gaulkan tepung gandum bersama garam dan sedikit air.
  3. Gaul hingga menjadi seperti doh.
  4. Cubit sedikit doh tadi dan gentel-gentel masukkan ke dalam air yang telah menggelegak. Buatlah sehingga habis.
  5. Tunggu sehingga tepung itu timbul dan terapung di permukaan air. Setelah itu masukkan gula, 1/2 sudu teh garam dan daun pandan.
  6. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.  Apabila kuah telah menggeleggak dan agak pekat, tutup api. Ketepikan.
  7. Gaulkan garam pada pulut kemudian bahagikan kepada dua bahagian.Titiskan pewarna merah dan hijau. Gaulkan rata dan kukus sehinga pulut masak.
  8. Apabila sejuk bolehlah dibentuk dan dicurahkkan sekali bersama kuah santan yang telah dimasak tadi.
  9. Sedia untuk dihidangkan.

Pilihan Bubur & Pengat Yang Sedap & Boleh Buat Sendiri.

BUBUR BUAH DELIMA

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm biji buah delima
  • 250gm santan pekat
  • 450gm air
  • 100gm gula atau secukup rasa
  • 1 1/2 sudu teh tepung jagung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 helai daun pandan  | simpul

CARA MEMASAK:

  1. Jerang air sehingga mendidih, masukkan biji delima, masaklah sehingga biji delima timbul. Angkat dan disejukkan. Ketepikan.’
  2. Di dalam periuk satukan santan, air, gula, garam, tepung jagung dan daun pandan.
  3. Kacau sehingga sebati kemudian hidupkan api. Kacau senantiasa sehingga kuah agak pekat, tutupkan api.
  4. Setelah itu bolehlah dihidangkan dengan meletakkan santan dahulu di dalam bekas bubur kemudian barulah diletakkan biji delima utnuk mendapatkan rupa yang menarik.

 Pilihan Bubur & Pengat Yang Sedap & Boleh Buat Sendiri.

BUBUR SOM-SOM

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm tepung beras
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan air
  • 50gm gula merah/melaka
  • 50gm gula pasir

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam periuk, renehkan air bersama gula melaka dan gula pasir sehingga agak pekat. Ketepikan.
  2. Di dalam kuali kacau tepung beras, santan, air dan garam. Kacau hingga sebati dan beras tidak berketul.
  3. Kemudian hidupkan api, kacau hingga tepung menjadi kental.
  4. Masukkan ke dalam acuan yang sesuai untuk membentuknya, apabila sejuk bolehlah dihidangkan bersama air gula.

Pilihan Bubur & Pengat Yang Sedap & Boleh Buat Sendiri.

BUBUR JAGUNG DAN KIDNEY BEANS 

BAHAN-BAHAN:

1 tongkol jagung manis  | dihiris

100gm kidney beans |rebus hingga empuk

IKLAN

100gm gula pasir atau secukup rasa

250gm santan

400gm air

1 helai daun pandan  | simpul

1/2 sudu teh garam

CARA  MEMASAK:

  1. Rebus rebus biji jagung lebih kurang 15 minit untuk mengeluarkan rasa jagung.
  2. Kemudian masukkan kidney beans yang telah direbus
  3. Setelah itu masukkan gula, garam dan daun pandan.  Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
  4. Apabila kuah telah menggeleggak  dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Pilihan Bubur & Pengat Yang Sedap & Boleh Buat Sendiri.

BUBUR BEBOLA PULUT BERSAGU BERSAMA KELADI

BAHAN BEBOLA PULUT:

  • 10gm tepung pulut
  • 50gm kelapa parut
  • 30gm gula merah/melaka
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh tepung jagung

BAHAN UNTUK DOH:

  • 1 helai daun pandan
  • 100gm keladi yang dipotong dadu serta direbus
  •  1/2 sudu teh garam

UNTUK KUAH:

  • 250gm santan pekat
  • 100gm gula pasir
  • 50gm sagu mata ikan yang telah dibasuh dan ditoskan airnya
  • 650ml air untuk merebus

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat inti kelapa;  Campurkan kelapa parut, minyak masak, air sebanyak satu cawan, gula merah/melaka, daun pandan dan tepung jagung di dalam  kuali dan kacau.
  2. Kemudian hidupkan api masaklah sehingga kering. Sejukkan dan ketepikan.
  3. Untuk membuat doh; Di dalam periuk, jerang air bersama daun pandan sehingga mendidih.  Kemudian gaulkan tepung pulut bersama 1/2 sudu teh garam dan sedikit air.
  4. Bancuh sehingga tidak melekat pada tangan dan boleh membentuk doh.
  5. Ambil secubit tepung pulut sebesar duit syiling 0.50 sen, bentukkan bulat dan leperkan.
  6. Masukkan inti kelapa yang telah disejukkan tadi, bentukkan bulat semula.
  7. Didihkan air di dalam periuk, kemudian masukkan bebola pulut tersebut ke dalam air yang mendidih. Masak sehingga bebola pulut timbul di permukaan. Buatlah sehingga habis ke semua adunan tadi.
  8. Untuk membuat kuah; Satukan keladi, gula, garam, santan pekat dan sagu mata ikan dalam satu periuk.
  9. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
  10. Siap untuk dihidangkan.

Pilihan Bubur & Pengat Yang Sedap & Boleh Buat Sendiri.

IKLAN

BUBUR LABU DAN CHA-CHA

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm cha-cha
  • 100gm labu  yang telah dipotong
  • 100gm gula pasir atau secukup rasa
  • 50gm gula merah/melaka
  • 250gm santan
  • 600am air
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Rebus cha-cha sehingga agak kembang, kemudian masukkan labu. Masaklah sehingga empuk.
  2. Setelah empuk masukkan gula, gula merah garam dan daun pandan.
  3. Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
  4. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Pilihan Bubur & Pengat Yang Sedap & Boleh Buat Sendiri.

ASAM GUMPAL

BAHAN-BAHAN:

UNTUK INTI ASAM GUMPAL:

  • 100gm kacang hijau
  • 1 keping gula melaka
  • 1 liter air

BAHAN SAGU MATA IKAN:

  • 100gm biji sagu
  • 2 1/2 cawan air suam

BAHAN UNTUK KUAH:

  • 250gm santan pekat
  • 2 cm halia yang dihiris halus
  • 1/2 sudu teh halba
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji bawang merah yang dihiris

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat inti; Rebus kacang hijau hingga empuk masukkan gula melaka masaklah sehingga menjadi pes kacang hijau. Ketepikan.
  2. Seterusnya gaulkan sagu mata ikan bersama 1/2 cawan air suam, bentukkan sagu mata ikan di tapak tangan. Masukkan inti dan bentukkan bulat.
  3. Buatlah sehingga selesai. Kukus selama 20-30 minit atau sehingga masak.
  4. Untuk kuahnya; Di dalam periuk masaklah santan bersama dua cawan air, halba, halia, bawang merah  dan garam.
  5. Apabila mendidih masukkan asam gumpal yang telah dikukus tadi.
  6. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Pilihan Bubur & Pengat Yang Sedap & Boleh Buat Sendiri.

BUBUR NANGKA BERSAGU DAN KELADI 

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm keledek  |potong dadu
  • 200gm keladi   |potong dadu
  • 4-5 biji isi nangka  |carik kasar
  • 50gm sagu mata ikan |basuh dan ditoskan airnya
  • 250gm gula pasir atau secukup rasa
  • 250gm santan
  • 600gm air
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  1. Rebus keladi hingga empuk. Setelah empuk masukkan gula, garam dan daun pandan.  Kacau sebentar kemudian masukkan santan pekat.
  2. Apabila kuah telah menggelegak dan agak pekat, masukkan isi nangka dan kacau perlahan. Biar mereneh seketika dan tutup api.
  3. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI