Dah fikir apa yang nak dihidangkan kepada para tetamu yang datang bertandang nanti? Haa bolehlah buat Kek Marble Pelangi yang gebu ni. Warnanya pasti menarik perhatian kanak-kanak untuk mencuba. Untuk aroma yang lebih harum dan wangi, gunakan Anchor Unsalted Butter kerana ia merupakan 100% mentega tulen New Zealand yang diperbuat daripada susu berkualiti tinggi. Ringkas dan mudah je. Jom cuba nanti.Resipi Kek Marble Pelangi, Hidangan Istimewa Di Hari Raya

KEK MARBLE PELANGI

Resipi Kek Marble Pelangi, Hidangan Istimewa Di Hari Raya

Bahan-bahan:

  • 250gram Anchor Unsalted Butter
  • 180gram gula kastor
  • 380gram tepung naik sendiri
  • 150ml Fernleaf Susu UHT
  • 6 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 4-5 jenis pewarna makanan

Cara Memasak:

  1. Di dalam mangkuk pengadun, satukan Anchor Unsalted Butter dan gula kastor. Pukul hingga ringan dan halus.
  2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu lalu kaup-balikkan sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada 4-5 mangkuk kecil. Titiskan pewarna berlainan pada setiap mangkuk. Gaul sebati.
  5. Sediakan loyang kek, sapu mentega secukupnya. Letak kertas parchment.
  6. Tuang sesudu penuh adunan, diikuti dengan adunan warna-warna lain dan ulangi proses hingga adunan habis.
  7. Lorekkan mengikut cita rasa.
  8. Bakar adunan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 45-50 minit atau hingga kek masak.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

IKLAN

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Kari Ayam Berkrim, Menu Mudah Kegemaran Ramai

IKLAN

Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak

Bunga Kobis Masala Berkeju, Rasa Lemak Berkrim & Enak

IKLAN

Quesadilla Daging Kunyit Berkeju, Menu Istimewa Yang Lazat

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI