Sedap & Mudah. Resipi Kek Tapak Kuda Nutella Ni Kena Cuba

Share

Kek Tapak Kuda adalah kek yang popular di Brunei. Rasanya sangat sedap namun susah nak jumpa kerana jarang ada yang buat kek ini untuk niaga. Bagi anda yang teringin nak rasa, resipi perkongsian saudari Ina Matzin ni antara yang boleh dicuba.

 

RESIPI KEK TAPAK KUDA NUTELLA

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji telur
  • 3 biji kuning telur
  • 108gm gula
  • 66gm tepung kek – beli online DISINI
  • 1 sudu teh susu lazz
  • 81gm mentega cair
  • 1 sudu teh ovalette – beli online DISINI
  • 1 sudu teh baking powder – beli online DISINI
  • Esen vanilla – beli online DISINI
  • 1 sudu teh coklat emulco – beli online DISINI
  • Nutella secukupnya – beli online DISINI

CARA MEMASAK:

1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga separuh kembang. Kemudian masukkan bahan-bahan kering.

2. Apabila adunan sudah kembang, masukkan esen vanilla dan mentega cair. Kaup balik hingga rata.

3. Asingkan satu mangkuk adunan dan campurkan dengan coklat emulco. Ini untuk adunan coklat.

4. Lapik loyang bersauiz 10 inci dengan parchment paper. Tuang adunan coklat.

5. Untuk lapisan adunan putih, digalakkan tuang ke dalam loyang dengan mengguna piping bag supaya kek tidak berombak. Penuhkan loyang dengan adunan putih.

6. Bakar kek pada suhu 140C selama 25 minit. Bila masak, sejukkan kek seketika.

7. Potong kek kepada 2 bahagian. Sapu Nutella pada bahagian kek coklat dan lipat kek kepada dua. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ina Matzin

 

Nak beli OVEN baru? Pilih DISINI. Ada macam-macam jenis dan saiz.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN