Minum petang hari ni kita buat menu yang anak-anak pasti suka. Kalau menu roti ni jarang sekali anak tak suka. Dalamnya kita letak inti tuna barulah ada perisa dan kunyahnya pun sedap. Saiznya pun comel saja, mudah nak ngap nanti. Sesiapa yang suka boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Hidayati Hana.
TUNA THAI BREAD
Bahan-bahan: 250gm tepung high protein(kalau nak guna tepung gandum pun boleh) 40gm gula halus 1 sudu kecil yis 1 sudu kecil baking powder Secubit garam 1 biji kuning telur 100ml air 30gm marjerin (saya guna shortening)-BELI ONLINE DI SINI 1 biji telur- untuk sapu atas doh Bread crumb secukupnya- BELI ONLINE DI SINI
Untuk inti: 1 tin tuna chili 1 sudu besar mayonis Salad/timun
Cara membuat: 1.Masukkan semua bahan dalam mixer/bm dan uli hingga sebati. 2.Uli hingga doh jadi elastic. 3.Bahagikan setiap doh 50gm dan bentukkn bulat (akan dapat dalam 10-11 biji ) 4.Perapkan hingga doh kembang (dlm 30-40 minit) 5.Bila dah kembang sapukan telur (guna brush) dan taburkan bread crumb atas doh tadi. 6.Panaskan minyak goreng dengan api perlahan. 7.Dah siap, belahkan 2 jangan sampai putus. 8.Letakkan salad/ timun, tuna chili yang dah dicampurkan dengan mayonis dan tutup. 9.Siap untuk dihidangkan
Aduh, sedap betul tengok Red Velvet Brownies ni. Kena pula ada lapisan cheese yang dihias menarik sebagai topping. Makan petang-petang bersama keluarga, memang kenalah dengan temanya.
Walaupun tak mudah untuk membuatnya namun pasti berbaloi bila menikmati setiap suapan Red Velvet Brownies hasil resipi Tyra Manan.
RED VELVET BROWNIES
BAHAN-BAHAN :
*250gm tepung gandum *15gm serbuk koko *½ sudu teh baking powder *(3 bahan ni kena ayak bersama) 130gm mentega 250gm gula halus 2 biji telur gred A 1 sudu teh esen vanilla 240ml buttermilk ½ sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh cuka
*CARA BUAT BUTTERMILK : Susu full cream (240gm) + cuka (1 sudu besar) + pewarna merah (1 sudu besar) Biarkan 5-10 minit sebelum masukkan dalam adunan. *Cuka & soda bikarbonat : Campurkan 2 bahan ni, tunggu sampai hilang buih terus masukkan dalam adunan. (Yang ni buat last sekali bila adunan dah siap)
CARA-CARA :
1. Cairkan mentega, tutup api dan masukkan gula (masa mentega tu panas lagi).
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla.
3. Kacau sampai gula larut, baru masukkan bahan yang dah diayak selang seli dengan bancuhan buttermilk tadi. Akhir sekali, baru masukkan bancuhan cuka dan soda bikarbonat.
4. Masukkan adunan dalam loyang 10″ dan bakar selama 25-30 minit, suhu 185° (ikut oven masing-masing)
*Simpan sikit adunan kek untuk kita buat deco atas cheese nanti. *Sementara kek tengah bakar, boleh sediakan bahan untuk cheese atas dia.
BAHAN-BAHAN LAPISAN CHEESE :
375gm cream cheese 180gm gula halus 2 sudu besar whipping cream 2 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar jus lemon 2 biji telur
CARA-CARA :
1. Putar cream cheese sampai berkrim, masukkan gula dan mix sampai sebati baru masukkan telur dan jus lemon. Akhir sekali, baru masukkan tepung dan whipping cream.
2. Bila kek dah masak, sejukkan kejap dan baru tuang adunan cheese atas kek tadi. Hias ikut selera masing-masing dan bakar lagi sekali dengan teknik stim bath selama 30 minit, suhu 160° (ikut oven masing-masing).
Kalau makan nasi di restoren mamak atau nasi kandar, sayur kubis tumis atau kubis goreng ini jadi sebahagian lauk yang kita akan ambil.
Warna kuningnya salah satu sebab buat kita terpanggil untuk kaut masuk pinggan. Selain itu kerangupannya kubis ini juga buat ia jadi tambah sedap.
Bagi yang teringin nak buat sendiri di rumah, boleh cuba ikut cara yang dikongsi oleh @Mayahkitchen.
Kubis – dipotong kecil
2 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih -dihiris nipis
Cili kering & cili api – dipotong
Segenggam daun kari
1 sudu kecil halba campur
1/2 sudu serbuk kunyit
Serbuk perasa
Daun ketumbar – dipotong
1.Panaskan minyak masak, masukkan 2 biji bawang merah dan 3 biji bawang putih yang dihiris nipis.
2. Tumis hinggga layu, kemudian masukkan lada kering dan cili api yang dipotong. Tumis hingga bahan layu, guna api sederhana.
Perjalanan menuju ke kedai makan Nurul Sate Batang Pinang, memang nyaman dan menenangkan. Suasana desa penuh kehijauan menyambut pelanggan yang berkunjung ke sini.
Terletak di Jalan Tempinis, Kampung Tengah, Puchong, Selangor kedai makan ini adalah perniagaan keluarga yang diusahakan oleh sepasang suami isteri Firdouz Abd Razak dan pasangannya Nurul Izzah Fadhilah Haron.
Suasana sebelum PKP.
Menariknya ahli keluarga dari kedua-dua pihak turut menyumbang tenaga dalam perniagaan ini. Sebagai menghargai tenaga tulang belakang di balik Nurul Sate Batang Pinang, nama mereka turut diabadikan dalam nama menu sajian di sini. Nama sajian seperti Nasi Ayam Pak Nyang,Mi Kari Mama,Soto Mak Siti, Lontong Cik Morni adalah sempena nama ayah dan ibu pasangan suami isteri ini.
.
Nasi ayam hailam Pak Anyang.
Soto Mak Siti.
Menu yang disediakan adalah idea bersama dua keluarga mereka berdua. Lain -lain menu yang mendapat sambutan hangat pelanggan sudah tentunya sate yang dibuat dari bahagian batang pinang yang sangat lembut dan berjus.
“Biasanya di KL dan Selangor sate biasanya dijual pada waktu malam. Tetapi di Johor seperti Muar dan Batu Pahat menikmati sate pada waktu sarapan adalah menu kegemaran ramai. Ibu saya berasal dari Batu Pahat, jadi idea ini adalah inspirasi darinya.
.
Alhamdulillah, apabila kami memperkenalkan menu ini ia mendapat permintaan ramai dan cukup laris. Selain sate premium yang dibuat dari daging batang pinang yang lembut, pelanggan juga sukakan rencah perapan sate, rasa rempah ratusnya yang dikisar kasar menggandakan kelazatannya.
Satu lagi keistimewaan sate ini nasi impitnya dimasak cara ‘old school’, direbus dan dibalut dengan daun pisang yang banyak didapati di Kampung Tengah, Puchong.
Nasi impit yang lembut dan beraroma daun pisang menambat selera. Selain sate daging, sate ayam dan set sate campur (ayam & daging) juga turut dihidangkan bersama lontong”, cerita Nurul Izzah kepada RASA.
.
.
Kedai Nurul Sate Batang Pinang ini dibuka pada Ogos tahun lalu. Namun Nurul Izzah dan suaminya Firdouz bukannya orang baru dalam bidang makanan,sebelum ini mereka menjalankan khidmat katering Nurul Izzah Katering namun rentetan pandemik mereka kini memberi lebih tumpuan kepada kedai makanan Nurul Sate Batang Pinang.
Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah
Satu lagi tarikan sajian di sini adalah sajian nasinya seperti Nasi Lemak Pandan, Nasi Ayam dan juga Nasi Minyaknya menggunakan cara kukus.Menurut Nurul Izzah nasi yang dikukus lebih lembut, tidak hangat dan tidak berkerak. Penulis tertarik dengan Menu Nasi Minyak Kahwin Laridengan Kari Kambing dan Nasi Minyak Kahwin Lari dengan lauk ayam Pramugari.
Ditanya kisah disebalik menu ini,”Ia sebenarnya menu katering Nurul Izzah yang kini dibawa ‘lari’ ke Nurul Sate Batang Pinang. Ia adalah resipi kepakaran ayah saya dan menu ini cukup laris sekali,” ujarnya tertawa kecil. Di samping itu terdapat juga menu laksa Johor dan Mi Rebus stail Johor.
.
Jadi bagi sesiapa ingin menikmati sajian warisan dan ‘feeling ‘kampung, Nurul Sate Batang Pinang pasti mengubati kerinduan kampung halaman. Kedai makan ini beroperasi dari jam 7 pagi hingga 4 petang . Disebabkan pandemik kini ia hanya mengambil tempahan melalui talian 016 359 5358 dan 019 9568944 dan beli bungkus. Perniagaan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin.
INGIN MEMBELI BAHAN MASAKAN, JOM BELI ONLINE DI SINI