Kalau sebut tentang puding, pasti teringin yang nikmatnya di tekak. Pemanis mulut yang satu ini memang disukai ramai lebih-lebih lagi kanak-kanak. Memang nyaman dapat nikmatinya semasa sejuk. Pasti tak sedar dah berpotong-potong masuk ke dalam mulut.
Puding Lapis Biskut Marie
BAHAN-BAHAN: Lapisan Pertama:
600ml air
1 bungkus agar-agar
6 sudu makan gula pasir
1 bungkus biskuit Marie
Lapisan kedua:
100gm mentega
5 biji kuning telur
½ tin susu pekat manis
5 sudu makan gula pasir
500ml air putih
1 bungkus agar-agar
CARA MEMASAK:
1. Siapkan bekas, susun biskuit marie pada dasar bekas, susun searah.
2. Masak air, agar-agar dan gula pada bahan lapisan pertama, tuang ke dalam susunan biskut marie.
3. Masak lapisan kedua iaitu lelehkan mentega terlebih dahulu kemudian campur dengan
kuning telur dan susu lemak manis,kacau rata. Masak air, gula dan agar-agar.
Masukkan perlahan-lahan campuran kuning telur dan mentega sambil terus dikacau hingga mendidih.
4. Tapis dan tuang lapisan kedua di atas lapisan pertama.
5. Masak semua bahan puding lapisan ketiga sambil terus dikacau sampai mendidih, kemudian angkat dan tapis.
6. Tuang lapisan ketiga di atas lapisan kedua.
7. Biarkan beberapa saat sampai keras dan siap untuk dipotong.
8. Setelah keras, potong puding sesuai selera.
Kuih Seri Muka Pandan ni memang ada ramai peminat. Kalau beli kuih yang pulutnya lembut dan lapisan santannya lemak-lemak manis, memang puas hati. Sekeping rasa tak cukup. Ramai yang nak belajar buat kuih ni tapi beranggapan ianya susah dihasilkan. Usah risau kerana resipi perkongsian Puan Fara Bakrini antara yang mudah untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Scones yang sedap macam yang dijual di Cameron Highland tidak susah dihasilkan jika jumpa resipi yang tepat. Malah sejak kebelakangan ni, resipinya makin meniti di bibir peminat pastri dek kerana kemunculannya dalam sebuah drama TV. Anda nak cuba? Saudari Umie Nurhayatiada kongsikan bahan dan cara-caranya. Selamat mencuba.
RESIPI SCONES HOMEMADE GUNA 3 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
115gm mentega (sejuk)
2 1/2 cawan tepung naik sendiri – beli online DISINI
1 cawan krim @ susu segar (jika mahu Scone rasa manis, boleh tambah sedikit gula perang. Empunya resipi tidak letak)
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan tepung bersama mentega sehingga jadi macam serbuk roti.
2. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh dan tak lembik.
3. Canaikan doh tipis sikit dan lipat (seakan lipat baju).
4. Uli balik doh dan lipat balik seperti langkah di awal tadi.
5. Terap doh guna acuan bulat. Jika tiada acuan, boleh bulatkan menggunakan tangan sahaja.
6. Susun kepingan Scone di atas dulang pembakar. Boleh susun tanpa jarak.
7. Sapu permukaan Scone dengan telur yang dicampur dengan sedikit susu segar.
8. Bakar pada suhu 250C selama 15 minit atau sehingga bahagian permukaan Scone menjadi keperangan. (INFO RASA: masa memasak dan suhu mungkin berbeza mengikut saiz dan jenis ketuhar masing-masing)
Salah satu jenis ikan yang telah mendapatkan reputasi hebat dalam dunia kesihatan ialah salmon. Salmon adalah sebahagian dari “keluarga” ikan berlemak seperti hering, makarel dan sardin. Salmon memberi manfaat besar untuk kesihatan jantung dan peranannya dalam membantu penurunan berat badan. Namun ternyata, masih banyak khasiat lain dari ikan salmon.
Kelebihan salmon
1 Salmon adalah sumber lemak sihat yang baik. Lemak esensial yang seimbang dan cukup dapat membantu membakar lemak tubuh dan memberi tenaga.
2 Salmon disebut-sebut sebagai salah satu makanan dengan kandungan protein yang sangat besar. Sehingga, jumlah kandungan protein yang besar itu membuat salmon menjadi salah satu sahabat terbaik untuk menurunkan berat badan secara sihat. Ikan salmon mempunyai lemak lebih sedikit daripada kebanyakan daging merah.
3 Berdasarkan buku ‘Healing Foods’, disebut sebagai ikan berlemak yang sarat dengan vitamin A, D, E dan K. Rangkaian vitamin tersebut bermanfaat bagi sendi tulang, mata, memberi “makan” otak, memperbaiki otot dan mengatur keseimbangan metabolisme.
4 Salmon menghasilkan nutrisi bagi otak. Kandungan omega-3 yang kaya membuat salmon mempertajam kemampuan otak dan memperbaiki ingatan. Salmon juga diketahui dapat mengurangkan risiko hilangnya fungsi mental.
5 Pengambilan salmon sebagai sebahagian dari diet rutin juga memberi manfaat bagi kulit yang sihat. Salmon mendorong kulit untuk menahan air, membuatnya halus, lentur dan awet muda.
6 Salmon mampu menjadi makanan terbaik untuk musim dingin kerana membuat tubuh tetap hangat. Mintalah salmon panggang, sertakan dalamnya salad, sandwic dan manfaatkan sebahagian besar bahagian ikan yang berlemak.
Badan kita adalah apa yang kita makan. Oleh itu, pastikan anda memilih makanan yang menyihatkan dalam diet seharian anda. Kali ini, RASA kongsikan tiga resipi sihat yang sedap untuk anda cuba.
SANDWIC SALMON
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak: 25 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Hidangan yang menyihatkan
Jenis masakan : Sandwic
Cara memasak : Goreng
Anggaran kos: RM35.00
BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan salmon
1 batang roti baguette
500gm salad campur
1 biji cili benggala merah | bakar, buang kulit, hiris nipis
½ sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit mayones
Sedikit minyak zaitun
Sedikit mentega
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Sapukan serbuk lada sulah dan garam sehingga rata pada kepingan salmon.
2. Goreng ikan salmon menggunakan minyak zaitun dan sedikit mentega sehingga masak. Apabila masak, potong isi ikan salmon kecil-kecil. Ketepikan.
3. Baguatte dipotong 5cm panjang dan dibelah dua. Sapukan mayones sehingga rata pada kepingan roti. Letakkan isi ikan salmon, daun salad, cili benggala
4.Akhir sekali tutup dengan sekeping lagi roti untuk dijadikan sandwic.
5.Siap untuk dihidangkan.
Kandungan nutrisi: Tenaga, protein, lemak, karbon hidrat
Resipi: Nur Adlina Badarudin, Putrajaya Selangor.
IKAN SALMON PANGGANG BERSAMA RATATOUILE
Saiz hidangan: 4 orang
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan: Enak dan kaya nutrisi
Cara memasak: Panggang dan rebus
Anggaran kos : RM12.00
BAHAN-BAHAN:
150gm fillet salmon | dibersihkan dan tos
1/2biji lemon | diambil jusnya sahaja
50gm terung panjang | dihiris serong
50gm zukini hijau | dihiris serong
50gm zukini kuning | dihiris serong
150gm tomato concasse/coulis (tin)
15gm bawang putih | dicincang halus
20gm bawang Holland |dicincang halus
50ml minyak zaitun
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Lumur ikan salmon bersama jus lemon dan perisakan sedikit dengan garam dan serbuk lada hitam. Selepas itu, biarkan ia sebentar dalam 10minit, sebelum dimasak.
2. Panaskan kuali leper bersama minyak zaitun. Mulakan memanggang dengan bahagian kulit ikan salmon dahulu. Selepas itu terbalik ikan tadi biarkan ia sehingga masak.
3. Untuk sayurnya, perisakan bersama minyak zaitun. Kemudian panggang sehingga lembut.
4. Untuk sos tomato pula, bawang putih dan bawang holland, tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan tomato concasse dan perisakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Masak sehingga sos pekat.
5. Akhir sekali hidang dan hiaskan ikan salmon dan sayur tadi di atas pinggan.
RESIPI OLEH: CHEF MUHAMMAD REZZA, CHEF MOHD NAZIR, CHEF AINUL & CHEF DIANAFLACKEY
WINTER POACH SALMON STEW
Saiz hidangan: 1-2 orang
Waktu memasak: 15-20 minit
Jenis masakan: Menu sampingan/lauk pauk
Keistimewaan: Mudah disediakan dan enak
Cara memasak: Tumis dan reneh
BAHAN-BAHAN
200gm salmon fillet | bersihkan dan hiris nipis.
60gm lobak merah | potong kasar
60gm bawang Holland | cincang
30gm halia | buang kulit dan cincang
30gm serai | bersih dan hiris
3gm bawang putih | cincang
100gm daun bayam | cuci dalam air garam panas dan keringkan
30gm cendawan butang
30gm cendawan tiram
40gm kentang manis | potong kiub dan rebus dengan aira garam
500ml stok ikan
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam periuk atas api sederhana.
2. Tumiskan bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan serai, halia, lobak merah dan kacau perlahan.
4. Kemudian tuangkan stok ikan dan biarkan mereneh dalam beberapa minit.
5. Masukkan salmon, biarkan beberapa minit hingga salmon masak.
6. Keluarkan salmon, kemudian pecahkan salmon menjadi ketulan kecil. Masukkan dalam mangkuk sup.
7. Tambahkan kentang, bayam dan semua cendawan dalam sup yang masih mereneh, biarkan beberapa minit.
8. Kemudian lengkap rasa dengan garam dan perasa secukupnya. 9. Tuangkan sup dalam mangkuk sup berisi ketulan salmon.
RESIPI OLEH: CHEF ZAMRUL AZLIN, ITALIAN SOUS CHEF, CIBO RISTORABTE ITALIANO, HOTEL HOLIDAY VILLA SUBANG, SUBANG JAYA, SELANGOR
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...