Disebabkan penutupan restoran tempat ayahnya berniaga, Mohamad Shukri bin Selamat tekad untuk memulakan bisnes satenya sendiri. Terhasillah gerai yang diberi nama SB Satay Bakar. Beliau beranggapan sayang jika resipi sate yang ayah hasilkan sejak bertahun-tahun dulu hilang begitu saja. Strategi baru yang diusulkan adalah dengan membuka kiosk di lokasi yang dirasakan bakal mendapat permintaan yang tinggi.
Pada 1 Februari lepas, kiosk SB Satay Bakar memulakan operasi di Vista Alam, Seksyen 14 Shah Alam. Turut ada ialah di Restoran Khalifah, Seksyen 3 Shah Alam. Ternyata percaturan membuka gerai sate dengan resipi ayahnya menjadi.
Ads
"Kami memilih bisnes sate ini kerana ingin menyambung kembali warisan daripada ayah. Lagipun, ini adalah impian daripada arwah ibu kami. Arwah ibu pernah cakap secara gurauan nak membuka bisnes sate. Dia suka tengok orang bisnes sate yang popular suatu ketika dahulu di pekan Sungai Besar. Jadi bila kedai sate ayah kena tutup, kami buka di Shah Alam. Guna resipi sate yang ayah selalu buat. Rasanya tetap sama," ujar Shukri.
RESIPI ISTIMEWA
Menurut Shukri, bahan asas membuat sate ini adalah bahan segar. Ayam yang digunakan adalah ayam segar. Manakala daging pula, mereka gunakan bahagian batang pinang atau tenderloin untuk memastikan sate lebih lembut. Sate dijual pada harga RM1.10 (ayam), RM1.40 (daging), RM2.20 (kambing) dan RM2.50 (arnab), RM1.50 (perut), RM1.20 (sosej) dan turut ada ialah sate frozen (RM20 hingga RM25)
"Kami menggunakan rempah-ratus traditional seperti jintan manis dan jintan putih untuk menaikkan rasa sate. Diperap sempurna sebelum dicucuk ke lidi dan dibakar. Resipi asal ayah memang sangat sedap dan terbukti kerana ada ramai pelanggan ayah yang beri komen positif. Kami teruskan legasi ayah di samping menggembirakan ayah. Tagline lembut dan juicy tu memang sangat kena dengan sate resipi ayah," ujarnya lagi yang menegaskan SB Satay Bakar turut menjadi pengedar kepada individu yang ingin membukan bisnes sate.
JOM LAYAN GAMBAR
.
.
.
.
.
Nama gerai: SB Satay Bakar
Pemilik: Mohamad Shukri Bin Selamat
Lokasi: Vista Alam, Seksyen 14 dan Restoran Khalifah Seksyen 3, Shah Alam
Waktu operasi: Jumaat (4 pm – 10.30 pm) dan Sabtu, Ahad, Selasa, Rabu, Khamis (12 pm – 10 pm), Isnin (tutup)
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Atlet bina badan negara, Awang Mohd Azizul Ghani telah menjadi viral di Kuching apabila membuka gerai burger yang berasaskan makanan sihat termasuklah burger salmon. Idea pembukaan gerai ‘Burger Muscleman’ ini tercetus apabila beliau menyedari kesukaran orang ramai untuk mendapatkan makanan yang sihat. Menurutnya, beliau mengadaptasikan gaya pemakanannya sebagai ahli bina badan untuk memberi pilihan yang sihat kepada pelanggan.
Foto: Facebook Stall Burger Muscleman
Foto: Bernama
Antara menu yang paling laris dan digemari pelanggan adalah burger salmon. Burger salmon ini hanya dijual pada hari Jumaat dan Sabtu, memang tidak menang tangan dibuatnya. Apatah lagi ia dijual pada harga yang murah dan berbaloi. Malah, beliau juga menggunakan 100 peratus salmon jenis Norwegian.
Foto: Facebook Stall Burger Muscleman
Foto: Facebook Stall Burger Muscleman
Gerai yang terletak di Satok ini dibuka bermula jam 4 petang sehingga 10 malam. Selain burger salmon, antara menu sihat yang menjadi pilihan adalah burger daging ‘Tricep’, hot dog ‘Hamstring’ dan benjo ‘Whey Protein’. Jika anda berada di sekitar Kuching, Sarawak, jangan lepaskan peluang untuk mencuba burger ‘abang sado’ ini.
Foto: Facebook Stall Burger Muscleman
Bercerita tentang karier sebagai atlet bina badan negara, Awang Mohd Azizul menyifatkan bahawa tahun 2020 merupakan tahun yang suram buat seluruh warga sukan di mana semua kejohanan antarabangsa terpaksa dibatalkan susulan wabak Covid-19 yang melanda dunia. Sama-sama kita jaga SOP dalam menangani wabak Covid-19 dari terus merebak.
Tidak mahu selesa dengan keadaan sekeliling, balu kepada pelawak terkenal, Abam Bocey iaitu Hidayah meniaga cempedak goreng. Sangat positif dengan situasinya sebagai ibu tunggal, Hidayah bukan sahaja menjual cempedak goreng tapi melalui instagram, dia turut menjual pelbagai manisan termasuklah bubur jagung.
Gerai di bawah pokok itu kelihatan meriah apatah lagi turut ada gerai buah-buahan yang diusahakan oleh ayahnya. Ada durian, nangka, rambutan, dokong dan juga cempedak.
Kalau nak singgah, korang kena cari Klinik Appu kerana gerai ini terletak di hadapan klinik tersebut. Boleh juga tengok video yang Hidayah muat naik di IGTV instagram beliau.
Rezeki datang macam-macam bentuk. Kadang-kadang kita ambil tak kisah pun walau rezeki tu sekadar berharga RM5. Rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah SWT. Dia beri kepada siapa yang Dia suka. Yang paling penting, mengejar rezeki jangan mengejar jumlahnya tapi kejarlah berkahnya.
Terima kasih semua support dan beli mempedak goreng dan produk lain keluaran Dayah. Al-fatihah dibaca buat arwah suamiku, Syed Umar Mokthar.
Alhamdulillah, syukur pada Allah. Yang mana berjalan-jalan ke Sabak Bernam, mai la singgah datang beli cempedak goreng yang Dayah jual. Lokasi Sabak Bernam, Selangor. Landmark bawah pokok berdekatan Appu Klinik Sabak Bernam.
Sedap nampak!
Sedap makan panas-panas, kan? RM2 untuk 4 biji.
TOLONG AYAH NIAGA BUAH
Melalui instagram juga, Hidayah ada memaklumkan yang ayahnya ada menjual buah.
Hai warga Sabak Bernam, Sungai Besar. Hari ni abah Dayah lelong buah durian kahwin, D24, IOI. Kaw kaw turun Harga Runtuh📢📢📢 Harga RM25 turun harga jadi RM20. Harga RM20 turun RM16 Harga RM16 turun RM12 Durian siap bukak RM25 sahaja 1 bekas, nangka madu, durian longgok pun ada, limited. Mari serbu lokasi pekan Sabak Bernam bawah pokok, berdekatan Appu Klinik.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Bagi orang Kuala Lumpur yang ingin menikmati masakan Thai, boleh cuba singgah ke Restoran Tom Yam Hah. Restoran ni biasa-biasa saja tapi masakannya sedap. Lebih meriah kalau datang malam. Parking pun banyak sebab lokasinya bersebelahan dengan Masjid Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Restoran ni dibuka sebelah petang hingga tengah malam. Pelancong pun ramai makan kat sini.
Antara menu paling laris di sini adalah nasi kerabu. Boleh pilih lauk yang kena dengan cita rasa korang. Selain itu, ada juga kerang bakar, keropok lekor, siakap stim dan apa-apa lagi masakan Thai yang korang suka.
Nasi kerabu
Kerang bakar
Ayam goreng
Laici kang sejuk
Ubi kayu sira gula
Sup ayam
Keropok lekor
Nama kedai: Tom Yam Hah
Lokasi: Sebelah Masjid Datuk Keramat, Kuala Lumpur
Wajib cuba: Ubi kayu sira gula melaka, sup ayam, kerang bakar, nasi kerabu