Fairfield by Marriott Kuala Lumpur mengalu-alukan semua tetamu untuk menikmati Bufet Barbeku Fairfield Countryside bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja anda bermula dari 21 Julai 2023 dan seterusnya pada setiap Sabtu dan Ahad.
Restoran Lesung menawarkan suasana yang sempurna dengan pemandangan pusat bandar Kuala Lumpur. Menggabungkan rasa asli pilihan tempatan dan antarabangsa, set barbeku ini membawa tawaran yang paling lazat kepada tetamu.
Mulakan dengan hidangan pembuka selera tempatan yang sedap hingga pilihan salad sihat yang menarik Salad Mi Kaca, Salad Caesar, Salad Kentang, Salad Pasta Kerabu Taugeh, Salad Campur dan Salad Ayam.
Ads
Menu utama Bufet Barbeku Fairfield Countryside ialah Jagung Bakar Plantar, Bratwurst Jumbo Sausage, Cocktail Sausage,Frankfurter Sausage, Minute Steak, beef kebab, Chicken Shitawak, Chicken Skewer, Chicken wings, Marinated Lamb Shoulder, Lamb Leg Boneless, Marinated Fish dan Slipper Lobster.
Selepas mengenyangkan perut dengan hidangan utama, segarkan tekak dengan pelbagai pilihan pencuci mulut seperti Puding Karamel, Pai Epal dan Puding Mentega Roti.
Dengan hanya lima hingga tujuh minit berjalan kaki ke stesen monorel dan LRT, tetamu boleh sampai ke Fairfield Kuala Lumpur mudah dengan menaiki pengangkutan awam. Tetamu boleh menikmati bufet barbeku malam mereka dengan pemandangan indah bandar Kuala Lumpur.
Ads
Bufet ini disediakan setiap hari Jumaat sahaja. Harga ialah RM88nett (Dewasa) dan RM58nett (Kanak-kanak) berumur 4 hingga 12 tahun. Di bawah empat tahun makan percuma. Setiap lima orang dewasa yang membayar, seorang warga emas (60 tahun ke atas) makan percuma. Seterusnya warga emas membayar harga dewasa. Untuk tempahan, boleh hubungi Restoran Lesung.
Bufet Ramadan Warna Rasa Royale Chulan Kuala Lumpur sentiasa hadir dengan rasa yang berbeza. Bukan sekadar bulan ibadah, tetapi bulan yang menyatukan keluarga, sahabat dan rakan sekerja di meja makan yang sama. Setiap kali azan Maghrib berkumandang, ada rasa syukur yang sukar digambarkan lebih-lebih lagi apabila berbuka dengan hidangan yang membangkitkan memori dan menyentuh jiwa.
Tahun ini, Royale Chulan Kuala Lumpur mengajak kita meraikan Ramadan dengan penuh warna, rasa dan kebersamaan menerusi bufet Ramadan “Warna Rasa”. Seperti yang dinyatakan dalam siaran akhbar bertarikh 14 Januari 2026, bufet istimewa ini diperkenalkan secara rasmi bersempena acara Ramadan Preview yang berlangsung di sekitaran indah Taman Mahsuri.
Mengambil ilham daripada konsep “1001 ramuan”, Bufet Ramadan Warna Rasa Royale Chulan Kuala Lumpur bukan sekadar menghimpunkan pelbagai jenis masakan, tetapi mengangkat kekayaan rempah, herba dan elemen tradisional yang menjadi tunjang gastronomi Malaysia. Setiap hidangan disediakan dengan teliti bagi membina lapisan rasa yang mendalam daripada pembuka selera sehinggalah ke pencuci mulut.
Menurut kenyataan pada halaman pertama dokumen tersebut, bufet ini menampilkan lebih daripada 150 jenis hidangan yang berinspirasikan masakan Malaysia. Bayangkan deretan lauk-pauk kampung yang membangkitkan nostalgia gulai berempah pekat, rendang yang dimasak lama hingga meresap ke serat daging, ulam-ulaman segar bersama sambal belacan yang menyengat, hinggalah ke aneka kuih tradisional yang menggamit kenangan berbuka di desa.
Tidak ketinggalan, sajian istimewa dari pelbagai negeri turut diketengahkan, menjadikan pengalaman berbuka di sini seolah-olah menjelajah seluruh Malaysia dalam satu malam. Inilah keunikan Bufet Ramadan Warna Rasa Royale Chulan Kuala Lumpur ia bukan sekadar bufet hotel, tetapi sebuah perjalanan rasa yang meraikan warisan tempatan.
Salah satu keistimewaan yang membezakan Bufet Ramadan Warna Rasa Royale Chulan Kuala Lumpur adalah latar suasananya. Berlatarkan kehijauan Taman Mahsuri, para tetamu bukan sahaja menikmati hidangan lazat, malah dihidangkan dengan pengalaman berbuka yang lebih bermakna.
Seperti yang dinyatakan dalam siaran media tersebut, suasana malam diserikan dengan persembahan secara langsung oleh Aurora Buskers, selain tarian tradisional Joget Melayu oleh Antava Projects. Elemen hiburan dan kebudayaan ini menjadikan pengalaman iftar lebih hidup dan berwarna.
Bayangkan menikmati juadah panas yang baru diangkat dari dapur, sambil diiringi alunan muzik santai dan persembahan budaya yang mengimbau suasana klasik Melayu. Ada rasa harmoni yang sukar ditemui di tempat lain – sesuai untuk keluarga, sahabat mahupun majlis korporat.
Pada halaman kedua dokumen, turut disorot beberapa tarikan utama bufet ini:
Gabungan tradisi dan sentuhan moden oleh pasukan kulinari Royale Chulan Kuala Lumpur menjadikan setiap sajian tampil lebih eksklusif tanpa menghilangkan identiti asalnya. Hidangan kampung disajikan dengan standard hotel, namun rasa autentiknya tetap dikekalkan.
Bagi penggemar durian, terdapat juga Pakej Durian (pilihan) pada harga RM40 nett, yang ditawarkan dari jam 8.00 malam hingga 9.00 malam. Satu tarikan tambahan buat mereka yang mahu menutup malam berbuka dengan ‘raja buah’ yang menjadi kegemaran ramai.
Bufet Ramadan Warna Rasa Royale Chulan Kuala Lumpur akan berlangsung dari 20 Februari hingga 19 Mac 2026, setiap hari dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam.
Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Tawaran Early Bird ini pastinya peluang terbaik untuk menikmati pengalaman berbuka di hotel lima bintang pada harga lebih berbaloi.
Apa yang menjadikan Bufet Ramadan Warna Rasa Royale Chulan Kuala Lumpur begitu istimewa adalah pendekatannya yang menyeluruh. Ia bukan hanya tentang banyaknya hidangan, tetapi tentang pengalaman yang dicipta – suasana mesra, cita rasa asli, elemen budaya dan sentuhan tradisional yang kaya.
Seperti yang dirumuskan dalam kenyataan tersebut, Warna Rasa bukan sekadar bufet iftar, malah satu pengalaman Ramadan yang bermakna untuk dikenang dan dihargai.
Bagi yang ingin merancang majlis berbuka bersama keluarga besar, rakan pejabat atau insan tersayang, inilah masa untuk membuat tempahan awal. Ramadan hanya datang setahun sekali dan pengalaman berbuka yang benar-benar menyentuh rasa pastinya menjadi kenangan yang akan diingati hingga ke Syawal.
Ramadan ini, raikan dalam penuh warna. Raikan dengan rasa. Raikan dengan Warna Rasa di Royale Chulan Kuala Lumpur.
Beberapa hari yang lalu, tular di media sosial seperti Facebook, Instagram dan aplikasi teks mesej seperti Whatsapp akan beberapa keping gambar yang menunjukkan Roti Gardenia yang dikatakan dicemari najis tikus.
Pantas bertindak terhadap isu yang timbul, maka pihak Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd telah mengambil tindakan yang sepatutnya. Berikut adalah maklumbalas rasmi dari pihak terbabit terhadap isu ini.
ROTI GARDENIA DENGAN ‘NAJIS TIKUS’
Gambar seperti di atas telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook mendakwa bahawa terdapat najis tikus pada roti Gardenia Original Classic Jumbo yang dibelinya.
Gambar tersebut juga telah tular di media sosial seperti Facebook, Instagram dan aplikasi teks mesej seperti Whatsapp.
Kami ingin mengambil peluang ini untuk menyatakan bahawa ia merupakan dasar dan polisi Gardenia untuk memberikan yang terbaik dari segi kualiti perkhidmatan dan produk.
Kami telah berkembang dengan mengamalkan dasar ini sebaik mungkin dan bertekad untuk terus berbuat demikian.
Oleh itu, beberapa langkah telah diambil dan kami ingin berkongsi perkembangan tentang perkara ini.
Setelah kami perolehi produk yang didakwa terdapat najis tikus itu daripada pengadu, keputusan awal hasil daripada siasatan oleh pakar dalaman syarikat mengesahkan bahawa bendasing tersebut bukan najis tikus dan ianya merupakan serpihan doh yang telah melalui dua kali proses pembakaran.
Kami juga telah mengambil langkah menghantar sebahagian daripada sampel yang tercemar itu ke SIRIM dan Pakar Kawalan Serangga Perosak untuk ujian kenalpasti dan untuk mengesahkan bahawa bendasing itu bukan najis tikus dengan persetujuan daripada pengadu.
Selain daripada itu, kami juga telah menjemput pengadu untuk datang melawat ke kilang Gardenia untuk melihat dengan sendiri kilang dan proses pembuatan roti dijalankan. Pihak kami sedang menunggu pengesahan tarikh lawatan tersebut daripada beliau.
Dengan ini, kami ingin menyeru kepada semua netizen untuk mengambil masa dan menilai keadaan/fakta untuk diri mereka sendiri. Kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan yang berkongsi mengenai roti viral ini di laman sosial.
Sekiranya anda perlukan maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila hubungi wakil Jabatan Pemasaran di talian 03-5542 3228 ( Lavinia Anthony/ Mok Siew Lin/ Norhayati Md Zain)
Terima kasih.
Daripada, Pihak Pengurusan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi para peminat novelis thriller terkemuka Malaysia, Ramlee Awang Murshid, pastinya sudah tidak sabar untuk menonton Tombiruo: Penunggu Rimba yang akan menemui penonton pada 12 Oktober ini. Bakal ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia, filem ini diterajui oleh Zul Ariffin selaku pelakon utama dan dibarisi pelakon-pelakon hebat lain seperti Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Datuk M Nasir, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.
Filem terbitan Astro Shaw, Grup Buku Karangkraf, Ideate Media dan Layar Sunan ini perlu anda tonton kerana ia pastinya berbeza dari filem-filem yang pernah anda saksikan sebelum ini. Lokasi penggambaran yang boleh dikatakan hampir keseluruhan dilakukan di kawasan hutan, menggunakan teknik sinematografi terbaik dan dipenuhi lakon aksi yang mendebarkan menjadikan filem ini antara filem terhebat bagi tahun ini.
Lihat sahaja teasernya sudah cukup membuatkan anda mengakui kehebatan jalan cerita serta ‘excitement’ yang bakal anda rasai. Tombiruo: Penunggu Rimba adalah berkisarkan kisah dendam Ejim ( Zul Ariffin) di atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya adalah untuk mencari pembunuh Pondolou, namun diganggu oleh Amiruddin ( lakonan Farid Kamil ) yang memburunya untuk menuntut bela di atas kematian isteri tercinta, Salina.
Sementara itu, samseng diupah supaya memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya ( lakonan Nabila Huda) yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku.
Pengembaraan Tombiruo yang penuh aksi dan bahaya ini membawa pelbagai mesej untuk dihadam oleh penonton. Ia sarat dengan mesej tentang erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus memberi nilai murni yang boleh dicontohi.
Malah, kalau anda berazam nak turunkan berat badan, boleh jadikan Zul Ariffin sebagai idola. Untuk menjayakan watak Tombiruo ini, beliau terpaksa berdiet secara ekstrim! Mana tidaknya, dalam masa 5 minggu sahaja, beliau kehilangan 15 kg! Wow!!! Hebat kan? Tapi percayalah, nak ‘loose weight’ sebanyak tu dalam tempoh yang singkat, memang memerlukan semangat, azam serta disiplin yang ketat. Menurut Zul Ariffin, berat badannya perlu diturunkan bukan sahaja sebab beliau tidak berbaju dalam filem ni, tetapi beliaujuga terpaksa melakukan aksi-aksi lasak. Oleh itu, memang kena dapatkan berat yang sesuai serta badan yang fit dan cergas. Ha…Anda sanggup ke? Tiada yang mustahil kan? Janji berani dan nak cuba.
“ Dari segi pemakanan, nak turunkan berat dari 90kg ke 77kg, saya kena skor berat turun dalam 2-3kg seminggu. Jadi dalam proses itu, saya tidak makan apa-apa. Dalam 2 minggu pertama, saya hanya minum air sahaja dan ambil makanan dalam jumlah yang terlalu sedikit sekadar memberi ruang kepada perut untuk proses. Saya minum banyak air dan bila perut rasa penuh, rasa untuk makan tu tak ada,”- Zul Ariffin