Buat yang menjaga diet sepanjang puasa ni , pasti memilih untuk makanan yang sihat dan mengenyangkan. Menu ikan salmon sering jadi pilihan kerana kandungan protein yang tinggi. Bukan hanya salmon digunakan malah bayam melengkapi diet anda sepanjang hari .

 

Garlic Butter Creamed Spinach Salmon

Bahan-bahan untuk Salmon

2 keping Salmon (pilih yang banyak lemak)
Italian Herbs
Garam Kosher

Bahan-bahan untuk Sos

2 sudu makan butter
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
250ml santan
200gm cheese parmesan
Bayam (atau sayur pilihan)
Italian herbs
Sebiji jus lemon
2 tangkai oregano
3 helai bay leaves

IKLAN

Cara memasak:

1.Panaskan pan dengan sedikit mentega

2.Gaulkan salmon dengan italian herbs & garam

3.Pan fried Salmon dua-dua belah sehingga kulitnya garing dan ketepikan.

Sos:-

1.Panaskan pan dengan minyak dari salmon dan 2 sudu mentega.

2.Saute bawang besar & bawang putih yang telah dikisar tadi sehingga wangi

3.Masukkan santan, bayam, italian herbs , oregano, bay leaves & parmesan cheese. Gaulkan rata.

4.Masukkan garam secukup rasa & perahkan lemon.

5.Kacau. Tutup api & curahkan sos di atas salmon tadi.

6.Sedap dihidangkan dengan nasi mentega atau pasta pilihan.

SELAMAT MENCUBA!

Resipi ikhlas daripada Datin Shida Yusoff @missdessertparlour

Chicken Popcorn & Sos Buttermilk, Simple Tapi Sedap Sungguh