Ads

Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng Sedap & Mudah. Resipi Simple, Sedap, Licin Satu Kuali!

Menu sambal ikan bilis memang ada pelbagai versi, namun resipi Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng yang dikongsi oleh saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ini sangat mudah, sedap dan sesuai untuk semua hidangan. Sambal ini enak dimakan dengan nasi putih, pulut, lontong, nasi impit mahupun ketupat. Rugi kalau tak cuba kerana rasanya pedas manis dan cukup membuka selera.

Bahan-bahan Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng

Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng Sedap & Mudah. Resipi Simple, Sedap, Licin Satu Kuali!

Bahan utama:

Ads
  • 1/2 mangkuk ikan bilis (guna mangkuk gulai)
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu makan gula – boleh ubah ikut cita rasa
  • 1 inci gula melaka
  • Sedikit minyak masak

Bahan tumbuk kasar:

  • 4 biji cili merah – potong kasar
  • 2 biji tomato – belah 8
  • 5 ulas bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih

Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng Sedap & Mudah. Resipi Simple, Sedap, Licin Satu Kuali!

Cara Memasak Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng

  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. Kemudian goreng pula belacan dan angkat.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng bahan tumbuk kasar hingga pecah minyak dan wangi.Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng Sedap & Mudah. Resipi Simple, Sedap, Licin Satu Kuali!
  3. Masukkan ikan bilis dan belacan goreng tadi. Gaul hingga sebati.Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng Sedap & Mudah. Resipi Simple, Sedap, Licin Satu Kuali!
  4. Tambahkan gula melaka dan biarkan hancur sepenuhnya sebelum dimasukkan garam serta gula.
  5. Rasa sambal dan sesuaikan perasa mengikut cita rasa.
  6. Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng siap untuk dinikmati!Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng Sedap & Mudah. Resipi Simple, Sedap, Licin Satu Kuali!

Tips Tambahan:

  • Jika suka sambal lebih pedas, boleh tambah beberapa biji cili padi dalam bahan tumbuk.
  • Untuk tahan lama, pastikan sambal dimasak hingga benar-benar pecah minyak dan disimpan dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Muhammad 

 

Ads

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Ads

Resipi Sambal Tumis Ikan Kembung. Mudah, Sedap & Jadi Kegemaran Ramai

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Sardin Goreng Bawang Cili Paling Padu, Menu Simple Tapi Buat Nasi...

Sardin Goreng Bawang Cili ialah menu ringkas yang padu, mudah dimasak dan buat nasi tak cukup sepinggan. Resipi bajet dengan rasa luar biasa.