Sambal Gesek Ikan Bilis adalah salah satu sajian sampingan yang membuka selera. Cara penghasilannya juga sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dihasilkan. Nak cuba? Resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni antara yang sedap. Jom lihat bahan-bahannya.
CARA MASAK SAMBAL GESEK IKAN BILIS SEDAP
Ads
BAHAN-BAHAN:
2 genggam ikan bilis – rendam air seketika
Segenggam cili padi merah & hijau
1 sudu makan gula perang
3/4 sudu makan garam bukit
1 hiris lemon
1-2 biji limau kasturi
1 sudu teh butter olive oil/minyak zaitun/minyak masak
Ads
BAHAN BAKAR ATAS KUALI ( PAN):
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1/4 biji bawang besar
1/2 biji tomato
Ads
CARA MEMASAK: 1. Panaskan butter olive oil. Boleh juga digantikan dengan minyak zaitun atau minyak lain. 2. Masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk sehingga sedikit hancur. Sangai seketika dan ketepikan. 3. Tumbuk lumat bahan bakar dalam kuali tadi diikuti cili padi, garam bukit dan gula perang. 4. Satukan bahan tumbuk dengan ikan bilis tadi. Perahkan sehiris lemon. Jika kurang masam, boleh tambah limau kasturi. 5. Gaul biar sekata. Hidangkan bersama dengan ulam.
Bagi yang biasa menikmati sajian Beef Gingerdi restoran Chinese Muslim, pasti tahu akan keenakan hidangan ini. Harganya boleh tahan mahal kan? Jika keluarga besar, memang tak puas makan. Saudara Wan LuQman ada kongsikan resipi yang boleh dicuba. Masak sendiri untuk keluarga tentunya lebih puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI BEEF GINGER SEDAP & MUDAH ALA RESTORAN CHINESE MUSLIM
BAHAN KUAH BEEF GINGER: Air bancuhan tepung jagung (standby sahaja) Air bancuhan sos tiram (1 ½ sudu makan sos tiram campur dengan 6 sudu makan air) – beli online disini Hirisan halia Bawang merah 1 tangkai daun bawang Secubit serbuk lada hitam – beli online disini
Dapatkan Shogun 36cm IH Marble Non-Stick Wok dengan harga diskaun DISINI! . Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan diskaun extra RM5!
CARA MEMASAK: 1.Hiris daging berlawanan urat. Caranya potong daging segi empat tepat dulu, kemudian hiris nipis mengiring.
2. Perap daging dengan kicap cair, lada sulah, halia cincang, gula, garam, minyak masak dan minyak bijan serta tepung jagung. Jumlah bahan yang digunakan hanya sedikit dan agak-agak sahaja.
3. Gaul daging supaya sebati dengan bahan-bahan tadi. Ketepikan seketika.
4. Sediakan bahan-bahan untuk kuah Beef Ginger.
5. Sebelum menggoreng daging, panaskan kuali hingga berasap. Masukkan minyak, kemudian alihkan. Tinggalkan sedikit sahaja minyak di dalam kuali. Ia bertujuan untuk mengelakkan daging melekat di kuali dan kekal lembut dan moist.
6. Masukkan daging satu persatu dan goreng. Elakkan dari daging melekat sesame sendiri.
7. Kacau dan daging ini tidak perlu dimasak lama. Jangan sampai garing kerana nak kekalkan kelembutannya.
8. Angkat daging dan rehatkan seketika.
9. Dengan menggunakan kuali yang sama, masukkan bawang halia dan sedikit hirisan daun bawang.
10. Masukkan daging yang telah digoreng tadi.
11. Masukkan air bancuhan sos tiram tadi diikuti secubit serbuk lada hitam.
12. Perhatikan kuah, jika tidak pekat, baru masukkan air bancuhan tepung jagung. Jika sudah pekat, tidak perlu masukkan. Tambahkan lagi daun bawang.
13. Buka api dengan kuat dan gaul sekejap.
14. Beef Ginger siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan.
Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan keturunan termasuklah keturunan Baba Nyonya atau Peranakan. Keturunan ini banyak terdapat di Melaka dan Pulau Pinang. Masakan mereka juga banyak dipengaruhi dengan kaum lain seperti Melayu, India dan Cina namun ada perbezaan dan ciri tertentu.
RASA kongsikan tiga resipi berasaskan makanan laut Baba Nyonya untuk anda cuba.
Untitled-design-52.
JIU HU CHAR
BAHAN-BAHAN:
1 ekor sotong kembang | potong panjang
1/2 biji lobak merah | potong julliene
1 biji Benggala hijau |potong julliene
1/2 biji kubis | potong kasar
1 paket cendawan
BAHAN-BAHAN UNTUK MENUMIS:
5 biji bawang merah | hiris nipis
3 ulas bawang putih | hiris nipis
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
½ mangkuk air
1 sudu makan minyak masak untuk menggoreng
Sedikit garam dan gula
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan sos tiram, minyak bijan dan sedikit air.
2.Masukkan sotong, goreng sehingga lembut. Kemudian masukkan bahan-bahan lain seperti lobak merah, cili Benggala hijau, kubis dan cendawan.
3.Akhir sekali masukkan perasa seperti garam dan gula secukup rasa.
4.Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh juga masukkan sengkuang untuk lebih sedap.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Peranakan
Keistimewaan : Rasa kenyal sotong bila dikunyah
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
Anggaran kos: RM12
Untitled-design-56.
KETAM SAMBAL NYONYA
BAHAN-BAHANNYA:
3 ekor ketam | bersihkan
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
4 biji bawang merah | hiris nipis
3 ulas bawang putih | hiris nipis
1 sudu makan serbuk kari ikan
1 sudu makan taucu
2 tangkai daun kari
BAHAN-BAHAN LAIN:
½ mangkuk air asam jawa
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Gaulkan ketam dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng ketam seketika dan angkat. Ketepikan.
2.Tumis bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga terbit bau. Kemudian masukkan taucu dan serbuk kari ikan.
3.Biarkan ia masak seketika dan masukkan air asam jawa.
4.Apabila ia mereneh, masukkan perasa seperti garam dan gula secukup rasa.
5.Akhir sekali masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
6.Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Kalau mahu lebih pedas, boleh masukkan sedikit cili kisar ketika menumis.
Saiz hidangan: 3 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Peranakan
Keistimewaan : Rasa kari yang lazat
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan goreng
Anggaran kos: RM15-RM20
Untitled-design-1.
KARI BEBOLA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
UNTUK BEBOLA IKAN:
500gm isi ikan Tenggiri
1 sudu makan tepung jagung
Air garam secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
5 biji bawang merah | kisar halus
3 ulas bawang putih | kisar halus
½ inci halia | kisar halus
½ inci lengkuas | kisar halus
4 batang cili merah | kisar halus
1 mangkuk air asam jawa
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan jintan manis
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN SAYURAN:
1 batang terung | potong panjang
2 biji tomato | belah 4
5 batang bendi
CARA MEMASAK:
1.Kikis kulit ikan tenggiri, ambil isi ikannya sahaja.
2.Kemudian hancurkan isi ikan tenggiri dengan lumat dan masukkan air garam serta tepung jagung. Adun hingga boleh membentuk doh untuk membuat bebola ikan. Ketepikan.
3.Untuk membuat kari; tumis bahan-bahan yang telah dikisar halus seperti bawang merah, bawang putih, cili merah, halia dan lengkuas ke dalam periuk.
4.Selepas itu masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis dan kacau sehingga naik bau.
5.Kemudian masukkan air asam jawa dan biarkan ia mereneh seketika.
6.Bentukkan bebola ikan dan masukkan ke dalam renehan tumisan tadi.
7.Setelah bebola itu terapung ke atas bermakna bebola itu sudah masak.
8.Kemudian masak masukkan sayur-sayuran seperti terung, tomato dan bendi sehingga separuh masak.
9.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh juga masukkan cili hijau untuk lebih sedap.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Peranakan
Keistimewaan : Lauk yang lengkap kerana ada sayuran dan protein
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis, goreng dan reneh
Anggaran kos: RM12-RM15
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hari ini, kita kongsikan resipi kari kepala ikan kerapu yang dimasak stail kampung.
Paling best, bila ada 3 ketul kepala ikan yang saiz besar dan segar lagi. Menerusi perkongsian resipi daripada saudara Mohd Rozmie ini, kari ikan ini sedap dimakan dengan nasi panas, ulam timun dan sambal belacan.
KARI KEPALA IKAN
BAHAN-BAHAN;
3 ketul kepala ikan kerapu 8 ulas bawang merah kecil | dimayang – beli online di sini 3 biji cili merah besar | belah tengah & potong dua 1 sudu teh halba campur 3 tangkai daun kari 5 sudu makan rempah kari ikan 2 sudu makan serbuk cili – beli online di sini 1 biji tomato | dipotong kasar 10 batang sayur bendi ½ cawan minyak masak ¼ cawan air asam jawa 100ml santan kotak – beli online di sini
1. Ada 3 ketul besar ikan kerapu ini saya belah dua. Dah alang-alang masak, kali ini saya nak hantar bagi mak mertua dan bapa mertua merasa kari kepala ikan ini.
2. Bancuh dengan sedikit air 5 sudu makan rempah kari ikan dan 2 sudu makan serbuk cili.
3. Sebelum minyak mula panas, masukkan dulu halba campur. Jangan masukkan masa minyak tengah panas, nanti meletup-letup halba dalam kuali. 4. Bila minyak dah panas, masukkan bawang merah yang telah dipotong mayang. Tumis sehingga bawang merah jadi layu. 5. Bila bawang merah sudah layu, masukkan cili potong dan pes bawang putih dan halia. Kacau sebati.
6. Kemudian masukkan tomato yang telah dipotong kasar. Masukkan daun kari. Kacau sebati sehingga tomato jadi layu. 7. Masukkan bancuhan rempah kacau sehingga rempah pecah minyak. Kena rajin kacau takut rempah jadi hangit.
8. Masukkan air lebihan rempah yang ada kat mangkuk tu. Tumis rempah sehingga pecah minyak. Tambah setengah cawan air, kacau lagi sehingga rempah masak. 9. Bila nampak kering tambah lagi sedikit air dan kacau lagi. Saya lakukan dua atau 3 kali supaya rempah betul-betul masak elok. Kalau rempah tak masak elok, nanti kari tak sedap.
10. Bila rempah sudah betul-betul masak elok, masukkan air asam jawa sedikit dahulu. Nanti jika kurang masam boleh tambah kemudian. 11. Lepas tu tambah secawan atau dua cawan air mengikut sukatan ikan yang dimasak.
12. Kemudian masukkan kepala ikan yang telah dicuci bersih tadi biarkan sehingga kari mereneh dan ikan masak. 13. Bila kari dah mula mereneh masukkan sedikit santan. Tak perlu santan banyak, nanti tak sedap kari. Saya masuk 100ml saja atau separuh kotak. 14. Perasakan dengan garam secukup rasa. Jika kurang masam boleh tambah sedikit lagi air asam. Jika perlu sedikit gula boleh jer tambah untuk seimbangkan rasa. 15. Akhir sekali masukkan kacang bendi dalam seminit camtu, dah boleh tutup api.
Kek Marble Kopi Kampung yang gebu, lembut dan mudah dibuat menggunakan bahan ringkas. Ikuti resipi lengkap serta petua untuk mendapatkan kek marble yang cantik, harum dan menyelerakan.