Sambal Kacang Hijau. Resipi Rare Perkongsian Datin Nor. Katanya Sedap Makan Dengan Nasi Impit

Anda pernah makan Sambal Kacang Hijau? macam pelik tapi khabarnya sangat sedap. Datin Hajah Nor Azlin dari Melaka telah berkongsi resipi ini dan turut buat live video via FB mahn.  Jom kita tengok apa kata Datin Nor tentang sambal ini.

Ok dengan penuh kasih sayang dan atas permintaan ramai sahabat #mahi sy bg resepi penuh ye,sila tag kwn2 lain dn share resepi ni ye…mudah2an perkongsian ini bermanafaat utk anda sekeluarga dn mengalir kan pahala berganda buat arwah ibu sy hjh kama ishak😢…serta jutaan kasih syg dn terimakasih bt suami tersyg Datuk fazil yg selalu memberi teguran jika sy msk x sdp dia ckp dgn jujur jika sdp juga dia bgtau dgn jujur hehe..

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg kacang hijau  | rendam semalam 6 ke 8 jam dan dibuang kulitnya separuh
  • Bawang putih+ bwg merah +daun pandan utk menumis
  • 600gm Daging
  • 500gm udang hidup
  • Udang  kering segenggam,cili api+cili besar dipotong keping
  • Serai dihiris nipis
  • 2 tin susu cair
  • 4biji bawang besar
  • 3 bungkus soon
  • 2 Asam keping ,
  • Gula,  garam & serbuk perasa,

CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih, bawang merah dan daun pandan sehingga garing.

2. Masukkan daging dan sebahagian serai yang dihiris nipis.

Sambal Kacang Hijau. Resipi Rare Perkongsian Datin Nor. Katanya Sedap Makan Dengan Nasi Impit

IKLAN

3. Kemudian masukkan baki serai tadi bersama cili api,cili besar serta udang kering.

4. Setelah daging separuh masak masukkan kacang hijau, masukkan susu.  Setelah  kacang agak-agak empuk boleh masukkan soon.

Sambal Kacang Hijau. Resipi Rare Perkongsian Datin Nor. Katanya Sedap Makan Dengan Nasi Impit

5. Kemudian  boleh masukkan udang, asam keping dan bawang besar.

IKLAN

Sambal Kacang Hijau. Resipi Rare Perkongsian Datin Nor. Katanya Sedap Makan Dengan Nasi Impit

6.  Kemudian boleh masukkan gula garam dan serbuk perasa kemudian boleh dihidang kan….

Sambal Kacang Hijau. Resipi Rare Perkongsian Datin Nor. Katanya Sedap Makan Dengan Nasi Impit

IKLAN

Selamat mencuba #masakagak2aje #cookwithlove

 

Sambal Kacang Hijau. Resipi Rare Perkongsian Datin Nor. Katanya Sedap Makan Dengan Nasi Impit

Terima Kasih : https://www.facebook.com/datinhjh.norazlin/posts/1635017639880281

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI