Banyak lagi stok mi segera, jom buat cucur mi segera. Sedap weii buat sarapan atau minum petang.
Tepung gandum campur mi maggi, jangan lupa rebus dulu biar lembut dan toskan. Masukkan bawang,telur, daun bawang dan cili merah, tadaaa dah siap. Kala PKP ni masak yang mudah mudah dan ramuan minima. Kena banyak beringat jimatkan bahan dapur tau. Jom ikut resipi dari Noraina Said ni.
CUCUR MAGGI
BAHAN-BAHAN : 2bungkus megi – masak macam biasa,bg lembut dan tos kan (jangan campak perencah skali.huhu) 1 1/2 cawan tepung gandum 2 biji telur Bawang besar – potong dadu Cili merah – hiris nipis Garam secubit Daun sup+daun bawang (potong halus) Sedikit air Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
Gaulkan semua bahan sebati. Goreng hingga garing. Siap! Selamat mencuba!
Sebenarnya, banyak kegunaan kulit popia ini jika kita rajin mencipta resipi. Popia Pisang ini antara resipi mudah dan sedap, sesuai dijadikan minum petang.
Jom cuba buat popia pisang ini menerusi resipi yang dikongsikan oleh Umie Nurhayati. Cuma guna tiga bahan sahaja, tetapi mampu menyediakan hidangan yang lazat. Jom cuba.
Letakkan pisang di atas kulit popia dan coklat di atas pisang.
Kemudian, gulungkan pisang dengan kulit popia dengan kemas.
Lekatkan hujung kulit popia dengan sedikit air.
Kemudian, bolehlah digoreng di dalam minyak yang sederhana banyak menggunakan api sederhana. Jika api kecil, akan menyebabkan kulit popia tersebut berminyak.
Hidangkan dengan menaburkan sedikit gula aising sebagai hiasan.
1. Tumbuk bahan yang bertanda * sehingga lumat. Ketepikan. 2. Di dalam mangkuk, masukkan tepung beras bersama bahan tumbuk tadi, garam, serbuk perasa, telur, air kapur. Gaulkan.
3. Masukkan santan cair sedikit demi sedikit. Gaul sehingga sebati. 4. Panaskan minyak. Sambil itu, boleh panaskan acuan rempeyek di dalam minyak selama 5 minit.
Nasi Goreng Tomyam yang sedap, pedas, masam dan menyelerakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua memasak untuk menghasilkan hidangan yang padu dan memikat selera seisi keluarga.