Nasi Tumis Pandan ini seakan nasi lemak namun ia tidak menggunakan santan. Rasanya enak, lebih wangi dan tahan lama. Sesuai dijadikan pengganti bagi nasi lemak bahkan boleh dinikmati dengan anek lauk pauk lain.
BAHAN-BAHAN:
Ads
2 cawan beras | dibersihkan
3 1/2 cawan air
3 biji bawang merah | dimayang
2cm halia | dihiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
Secubit garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan daun pandan hingga wangi.
Kemudian masukkan air diikuti beras serta garam. Kacau rata.
Masukkan ke dalam bekas periuk elektrik dan biarkan nasi hingga masak.
Boleh dinikmati bersama telur rebus dan juga sambal bilis.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mungkin ada yang masih bercuti panjang lagi. Bila dah berkumpul tentu saja seisi makan-makan lah yang merapatkan silaturrahim. Boleh jamu hidangan yang istimewa nasi briyani, nasi lemak, nasi tomato, nasi Arab dan lain-lain nasi yang popular. Jom kita cuba resepi Chef Sue ni. Jika tak nak basmathi hancur dan untuk kekalkan bentuknya yang cantik panjang, jangan terlalu kuat mengacau nasi semasa memasak. Gunakan garfu besar bukan senduk. Selamat mencuba.
NASI KETAM BEREMPAH Bahan-bahan nasi: 6 cawan basmathi – rendam sejam & toskan 4 cawan air rebusan ayam/air biasa 2 cawan susu cair (boleh ganti fresh milk/low fat milk) 2 labu bawang besar merah – mayang 2 helai daun pandan – siat & simpul 3 kuntum bunga lawang 4 biji buah pelaga 1 batang kulit kayu manis 3 sudu makan minyak sapi (boleh ganti mentega @ marjerin) 2 sudu makan tomato purée 1 sudu makan rempah kari daging 1 sudu teh serbuk ketumbar 1 sudu teh serbuk jintan manis Garam & gula secukup rasa Daun pudina secukupnya
Bahan-bahan ( ketam): 7-8 ekor ketam (medium size) – cuci & potong dua 1 sudu makan serbuk kari daging 1 sudu teh serbuk kunyit 1 sudu teh serbuk lada sulah Garam secukupnya
Cara memasak: 1.Satukan semua bahan B dan perap ketam setengah jam. Kemudian goreng dengan sedikit minyak hingga 3/4 masak. Ketepikan. 2. Di dalam kuali panaskan minyak sapi lalu tumis bawang hingga keperang-perangan. Tumis juga bunga lawang, buah pelaga & kulit kayu manis hingga wangi. 3. Masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar & tomato purée (tambah sedikit air jika terlalu kering) lalu tumis hingga rempah masak (pecah minyak). Tutup api. 4. Di dalam rice cooker, satukan air rebusan ayam/air biasa, susu cair, daun pandan, garam & gula secukupnya lalu didihkan. Apabila dah mendidih, masukkan beras yang dah direndam tadi lalu masak hingga air sejat (tak perlu tunggu nasi tanak sepenuhnya, 3/4 masak je). 5. Sediakan periuk lain atau rice cooker lain; sendukkan separuh kuantiti nasi menjadi satu lapisan. Kemudian susunkan ketam diikuti dengan daun pudina. Tuang separuh lagi nasi tadi menutupi ketam. Teruskan memasak nasi untuk 15-20 minit atau hingga nasi masak sempurna. 6. Hidangkan bersama lauk pauk pilihan mengikut citarasa seperti; kari ikan, kurma telur, jelatah dan sebagainya. Kredit: Sue M Arukin
Bagi orang bujang yang tinggal menyewa, hidangan yang dimasak seharian selalunya yang ringkas dan mudah disediakan. Lagipun, bajet perlu diambil kira. Namun jangan salah anggap. Hidangan yang ringkas, mudah dan bajet tetap enak dimakan jika tahu mengolahnya. RASA kongsikan resipi yang boleh dimasak oleh bujang dan juga yang sudah berkeluarga.
BAHAN-BAHAN:
UNTUK HIASAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Enak dimakan bersama hirisan cili padi dan kicap.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Boleh lumur sedikit garam dan kunyit pada tempe dan tauhu sebelum digoreng untuk lebih sedap.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Tidak perlu masukkan garam kerana sudah terdapat pelbagai perisa daripada sos.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Enak dimakan bersama roti atau nasi putih.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Boleh tambah potongan cili padi jika mahu pedas.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Ikan sardin boleh digoreng sedikit terlebih dahulu untuk menggelakkan ia hancur.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Untuk menjimatkan kos, telur putih yang diasingkan tadi boleh buat telur dadar.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Tak perlu letak garam kerana sudah ada kicap masin di dalamnya.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Boleh goreng bilis dahulu secara berasingan jika mahu bilis lebih rangup dimakan.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Boleh tambah seafood lain seperti udang.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Enak dinikmati bersama nasi panas.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Belacan boleh dibakar dahulu untuk lebih aroma.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Boleh tambah potongan cili padi jika mahu rasa lebih pedas menyengat.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih panas.
BAHAN-BAHAN BIHUN:
BAHAN KIMCHI:
CARA MEMASAK:
Info chef: Cuka beras lebih kuat rasanya. Boleh ganti dengan cuka biasa jika mahu.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Tidak perlu tambah garam.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih panas.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Enak dimakan bersama nasi putih panas.
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
Info chef: Enak dimakan sebagai pembuka selera.
Kredit resipi: Resipi: Chef Rusman
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Nasi Goreng Ikan Masin perkongsian saudari Har Ryea ni sangat ringkas sahaja namun rasanya sangat sedap dan membuka selera. Biasanya menu begini dibeli di kedai-kedai makan Thailand. Tapi sebenarnya mudah sahaja andai masak sendiri di rumah. Lebih jimat dan tentunya terjamin dari segi kebersihan. Terasa nak cuba resipi ni? Jom lihat bahan-bahan yang anda perlukan.
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hijau sampai sedikit layu dan naik bau. 2. Masukkan fishball. Goreng sekejap. 3. Ketepikan bahan-bahan tumis tadi di sisi kuali, goreng ikan masin jeruk. Jangan goreng lama sangat kerana ikan masin jeruk mudah hancur. 4. Pecah-pecahkan sikit ikan masin kemudian masukkan telur. 5. Kecilkan api sedikit untuk biarkan telur masak. Kemudian pecah-pecahkan telur tadi. 6. Masukkan nasi dan gaul rata. 7. Kemudian masukkan sedikit sos ikan dan lada sulah. Kacau rata. 8. Rasa nasi untuk tengok jika perlu tambah garam atau ajinomoto kerana ikan masin sudah memberikan rasa pada nasi. Jika tidak perlu, abaikan. Ubah suai ikut selera masing-masing. 9. Kacau sampai nasi goreng berwap. Nasi Goreng Ikan Masin sedia untuk dinikmati.
Spageti Ayam Masam Manis yang mudah, jimat dan menyelerakan. Lengkap dengan ayam kisar, sayur segar dan sos pekat yang sesuai untuk hidangan seisi keluarga.