Dalam episod Rasa Nostalgia Ramadan hari ini telah memaparkan gelagat pelakon cantik manis, Rita Rudaini bersama Cik Ala. Memang gamat studio dengan aksi spontan Rita. Dengan gelang penuh di tangan, tidak kering gusi dibuatnya.

Rita Rudaini Kongsi Menu Nostalgia Ramadan Yang Mudah Untuk Berbuka

Rita Rudaini Kongsi Menu Nostalgia Ramadan Yang Mudah Untuk Berbuka

Rita Rudaini Kongsi Menu Nostalgia Ramadan Yang Mudah Untuk Berbuka 

Rita dan Cik Ala telah berkongsi resipi istimewa untuk berbuka puasa iaitu Gulai Lemak Ikan Kering Nanas. Resipi ini merupakan antara masakan yang sering dimasak oleh ibunya. Terbit rasa rindu di hati untuk menikmati hidangan dari air tangan ibu sendiri.

Tidak lengkap rasanya jika tiada hidangan pencuci mulut ketika berbuka puasa. Jadi, Rita dengan bantuan Cik Ala telah menyediakan Lepat Manis yang sedap dan menyelerakan ini. Memang layan makan ketika berbuka nanti.

Rita Rudaini Kongsi Menu Nostalgia Ramadan Yang Mudah Untuk Berbuka

Jangan lupa cuba menu yang mereka kongsikan ini. Memang sedap!

 

1. GULAI LEMAK IKAN KERING NANAS

IKLAN

Rita Rudaini Kongsi Menu Nostalgia Ramadan Yang Mudah Untuk Berbuka

BAHAN-BAHAN:

  • ½ biji nanas | dipotong kecil
  • Asam keping
  • 2 inci halia | ditumbuk kasar
  • 4 biji bawang merah | ditumbuk kasar
  • 2 biji bawang putih | ditumbuk kasar
  • 1 kotak santan
  • 300gram ikan talang tulang tengah | rendam dahulu
  • Minyak masak secukupnya
  • Rempah Cap O | dibancuh dengan air

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan santan ke dalam periuk dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk kasar tadi.
  2. Bancuhkan rempah Cap O dengan sedikit air dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan juga asam keping. Kacau hingga sebati.
  3. Tambahkan ikan masin. Kacau rata dan tambah air jika perlu.
  4. Akhir sekali, masukkan nanas. Jangan biarkan terlalu lama kerana bimbang nanas menjadi lembik.
  5. Tambahkan sedikit garam jika mahu. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Kuah hendaklah sentiasa dikacau.
  6. Siap dan sedia untuk dinikmati.

 

2. LEPAT MANIS

Rita Rudaini Kongsi Menu Nostalgia Ramadan Yang Mudah Untuk Berbuka

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Daun pisang
  • ½ cawan santan
  • Sedikit garam
  • 1 cawan gula melaka
  • Tepung beras
  • 2 cawan tepung pulut
  • Minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat doh, cairkan gula melaka di atas api perlahan terlebih dahulu.
  2. Kemudian, bancuh tepung pulut, gula melaka yang telah dicairkan dan sedikit santan.
  3. Uli dan adun sehingga menjadi sebati. Pastikan doh menjadi lembut dan tidak keras.
  4. Untuk inti, masak santan di atas api. Masukkan sedikit garam, satu sudu tepung beras yang telah dicampur dengan sedikit air. Kacau sehingga santan menjadi pekat.
  5. Untuk membalut kuih, ambil daun pisang dan sapukan sedikit minyak di atas daun pisang supaya tidak melekat.
  6. Kemudian, letakkan adunan di atas daun dan ratakan.
  7. Letakkan inti pada bahagian tengah dan balut denga kemas.
  8. Kukus selama 45 minit.
  9. Kuih lepat manis sedia dimakan.

 

Memasak dan Menyediakan Minuman Berbuka Dari LG PuriCare™ 

Setiap hari menyediakan sajian berbuka mahu pun bersahur, pastikan kita menggunakan air yang benar-benar bersih. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.

Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD menyediakan air bersih yang segar untuk anda seisi keluarga. Jadi tidak perlu lagi tangki simpanan air di mana mikroorganisma yang berpotensi berbahaya dan dapat mengelakkan air direbus berulang-ulang bila mahu membuat minuman panas.

Rita Rudaini Kongsi Menu Nostalgia Ramadan Yang Mudah Untuk Berbuka

IKLAN

Saiznya yang tidak terlalu besar bukan sahaja tidak memakai ruang yang banyak, ia juga mudah dipasang. Muncungnya yang boleh bergerak ke atas dan bawah serta ke kiri dan kanan ini mempercepatkan lagi pergerakan tugas anda di dapur terutama kala mahu mudah memasak hidangan berbuka atau bersahur.

Anak-anak yang besar juga boleh diminta membantu menyediakan air minuman sejuk atau panas tanpa perlu menambah ais atau tanpa menghidupkan api gas untuk memasak air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)

 

Tonton Rasa Nostalgia Ramadan Sepanjang Bulan Ramadan Ini

Rita Rudaini Kongsi Menu Nostalgia Ramadan Yang Mudah Untuk Berbuka

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.

Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!

Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI