
Lepas puasa dan raya ni kita kembali kepada menu yang ringkas tapi tetap sedap untuk hidangan seisi kelaurga. Salah satunya, menu Sambal Ayam Daun Selasih Ala Thai ini, bahan simple dan cara masak pun mudah. Lebih kurang masak ayam masak merah tetapi ia lebih pedas dan kaya dengan aroma daun selasih. Anda bolehlah cuba resipi ini ye.
AYAM SAMBAL DAUN SELASIH ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong kecil
15 helai daun selasih
2 batang serai
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
5 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
2cm belacan | jika suka
4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam dengan sedikit garam halus dan serbuk kunyit. Gaul rata dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng ayam hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi dan pecah minyak.
5. Masukkan ayam dan daun selasih, gaul rata.
6. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis.
7. Kecilkan api dan terus kacau hingga rata.
8. Tutup api, ayam selasih sedia dihidangkan.
INFO: Jika ingin lebih aroma daun selasih, boleh tambah daun . Ikut cita rasa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Durian Tak Habis Makan Boleh Di Buat Lempuk. Sedap Dimakan Begitu Saja!

Bila musin durian datang pelbagai juadah berkaitan durian akan tersenarai dalam menu harian. Tak lupa juga ‘Lepuk’ merupakan sejenis makanan yang diperbuat dari isi durian. Biasanya durian yang tidak habis dimakan atau kurang elok akan dimasak bersama gula atau nisan dan dimasak sehingga berjelira dan sebati. Lepuk sebenarnya dalam bahasa Malaysia baku dipanggil Lempuk dan ia merupakan sejenis penganan yang dibuat daripada durian dan dimasak dengan gula atau gula melaka atau gula kerek sehingga pekat.
Kadang kala buah durian mengkal akan dicampurkan bersama agar memberi rasa rangup kepada lepuk (menurut cita rasa). Lepuk kemudiannya akan dibungkus atau disimpan. Lepuk yang sempurna dimasak, (agak kering) boleh disimpan agak lama. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau bersama roti. Selamat mencuba!
RESEPI LEMPUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 15 biji durian – ambil isinya sahaja
- Gula secukup rasa – agak2 ikut manis yg kita nak
CARA MEMASAK:
- masukkan kedua2 bhn kedalam kuali dan kacau dgn api perlahan..
- sentiasa kacau ye, kalau tak nnt dia hangit kat bahagian bawah tu..
- kacau hingga durian dah bertukar warna kecoklatan dan likat, maknanya berat bila dikacau..
- bubuh dalam bekas dan sejukkan..
- lempuk ni akan tahan lebih lama kalau simpan dlm freezer..
Kongsi resipi: intaidapur
Puding Kastad Jagung Paling Simple, Sedap Dimakan Dingin.

Cuaca panas begini, bila puding sejuk masuk tekak nyamannye terasa. Cik Nor @ No Or berkongsi resipi puding sedap yang simple dan paling mudah dibuat.
Nak tambah biji jagung pun boleh juga,
PUDING KASTAD JAGUNG
Bahan untuk Puding:
– 1 cawan tepung kastard
– 1 tin jagung manis
– 3/4 cawan gula pasir
(boleh ubah kalau nak lebih atau kurang manis)
– 3 cawan air
– 1 kotak santan
– 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK :
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk
2. Kacau sebati semua bahan.
3. Kemudian letak di atas api yang perlahan
4. Kacau terus-menerus hingga adunan pekat dan berkilat.
5. Tutup api.
6. Kemudian boleh ceduk kedalam bekas dan sejukkan.
Kredit : No Or
6 Idea Bakeri Dan Pastri Gebu, Terbaiklah Dari Hotel Summit USJ

Enam jenis resepi bakeri dan pasteri istimewa menemui pembaca kali ini memang gebu dan enak. Muffin, quiche, kek, mousse dan apple crumble sesuai dinikmati sebagai hidangan petang yang menyelerakan.

Jom cuba resepi istimewa dari barisan tenaga Chef hebat diketuai oleh Eksekutif Chef Sakya Hamid dari Summit Hotel Subang USJ dan Summit Hotel KL City Centre ini.
1. WHITE CHOCOLATE PANDAN MUFFIN
BAHAN -BAHAN :
- 4 biji telur
- 300gm gula kaster
- 200ml susu UHT
- 250gm mentega yang telah dicairkan
- 30gm serbuk penaik | diayak
- 450gm tepung gandum | diayak
- Cip coklat putih | secukupnya
- 1 sudu makan esen vanilla
- Beberapa titik perisa @ esen pandan
- Beberapa titik pewarna hijau
CARA MEMASAK :
1. Pukul gula kaster dan telur hingga sebati dan kembang.
2. Masukkan esen vanilla dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan mentega yang telah dicairkan.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan kering dan gaul.
5. Susunkan acuan kertas cup cake di dalam dulang pembakar dan tuangkan adunan ke dalamnya. Hiaskan dengan coklat cip putih di atasnya.
6. Panaskan oven pada suhu 190 darjah Celcius selama 10 minit.
7. Masukkan dulang pembakar dan bakar lebih kurang 20 minit.
2. SUMMIT APPLE CRUMBLE
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk kulit pastri :
- 240gm tepung gandum | diayak
- 170gm mentega sejuk | dipotong kecil
- 2 sudu makan gula aising
- 4 sudu makan air ais
Bahan Inti:
- 5 biji epal hijau (Granny Smith)
- 1 biji parutan kulit lemon
- Secubit garam
- 2 sudu makan mentega
- 100gm gula perang
- Secubit serbuk kulit kayu manis
- 2 sudu makan tepung jagung
Bahan Crumble :
- 75gm tepung gandum
- 35gm mentega tanpa garam
- 35gm gula
- 35gm cip coklat
CARA MEMASAK :
Cara membuat pastri :
1. Mula -mula gaulkan tepung dengan gula aising.
2. Masukkan mentega dan gaul semula menggunakan spatula sehingga tekstur seperti serbuk roti
3. Campurkan air ais sesudu demi sesudu dan gaul rata dengan menggunakan spatula sehingga ia menjadi doh.
4. Masukkan doh kedalam plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.
Cara membuat inti :
1. Epal dibuang kulit dibuang kulit dan biji dan kemudian dihiris nipis
2. Ketepikan. Panaskan gula dan mentega di atas api sederhana,, kacau rata.
3. Masukkan hirisan epal. Gaul rata
4. Masukkan garam. serbuk kayu manis dan tepung jagung.
5. Kacau hingga epal lembut dan kuahnya pekat.
6. Padamkan api, angkat dan biarkan sejuk.
Cara membuat crumble :
Gaulkan mentega, tepung dan gula sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan chip cokelat dan gaul rata
Cara membuat :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 220 Celcius
2. Sediakan acuan.
3. Keluarkan doh pastri dari peti sejuk
4. Canai doh pastri menjadi nipis dengan ketebalan 5mm
5. Alihkan kedalam acuan. Kemaskan tepinya dan buangkan lebihan pastri di tepi..
6. Masukkann inti ke dalam hingga penuh. Tinggalkan sedikit hirisan epal sebagai hiasan
7. Tutupkan di atasnya dengan crumble.
8. Hiaskan dengan baki hirisan apple
9. Bakar pai selama 15 minit pada suhu 220 darjah Celcius.
10.Kemudian turunkan suhu kepada 190 Celcius dan bakar selama 45 minit hingga berwarna perang.
3. SUMMIT DELIGHT CHOC MOIST CAKE
BAHAN- BAHAN :
- 150ml susu UHT
- 20gm mentega
- 250ml susu segar
- 250ml susu pekat manis
- 310gm tepung kek | diayak
- 1 sudu teh serbuk penaik | diayak
- 1 sudu teh soda bicarbonat | diayak
- 200 gm serbuk koko | diayak
- 300gm serbuk coklat gelap | diayak
- 4 biji telur
CARA MEMASAK :
1. Campurkan terlebih dahulu susu segar, susu pekat manis, susu UHT dan mentega ke dalam periuk. Masak kesemua bahan-bahan hingga cair larut, menggunakan haba yang rendah dan perlahan dalam suhu terkawal.Ketepikan
2. Kemudian campurkan bahan yang diayak iaitu tepung, serbuk koko, serbuk coklat gelap, serbuk penaik dan soda bicarbonat dengan sekata, dan gaulkan. Masukkan campuran ini sedikit demi sedikit dalam adunan larutan susu tadi.
3. Pukul empat biji telur hingga kembang di bekas yang lain, dan kemudian dicampurkan dalam adunan ini sediki demi sedikit. Gaul hingga sekata
4. Tuangkan ke dalam tin pembakar kek.
5. Sediakan pengukus, pastikan air sudah mendidih baru masukkan tin pembakar kek .
6. Kukus kek coklat lembab selama sejam.
4. CHOCOLATE GETO MOUSSE
BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan whipped cream
- 2 biji telur | diasingkan kuning dengan putih telur
- 5 sudu makan gula kaster
- 250gm coklat masakan
- 1 sudu makan mentega
- 1/2 sudu teh serbuk Nescafe | bancuh dgn sedikit air
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK :
1. Pukul whipped cream menggunakan whisker/mixer sampai bertanduk.
2. Dalam bekas yang lain yang lain, masukkan kuning telur dan gula.
3. Kacau sampai telur bertukar jadi cerah sikit. Dalam 3-4 minit.
4. Dalam bekas yang lain lagi, cairkan coklat masakan bersama mentega dengan menggunakan teknik double boiler.
5. Lepas coklat sudah cair, masukkan serbuk nescafe yang sudah dibancuh dengan air.
6. Masukkan adunan kuning telur tadi ke dalam adunan coklat dan masukkan esen vanilla. Kacau sampai sebati dan panaskan kembali adunan tersebut guna kaedah double boiler.
7. Kejap sahaja, angkat dan ketepikan.
8. Pukul putih telur dalam bekas lain sehingga bertanduk/kembang.
9. Akhir sekali, gabungkan kesemua adunan (whipped cream,coklat dan putih telur).
10. Kacau adunan sehingga sebati, jangan terlebih kacau supaya tekstur mousse tidak hilang. Masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai.
11. Sejukkan mousse dalam peti sejuk selama 4-5 jam atau semalaman. Sedia dimakan.
5. LAWAWA SEAFOO QUICHE (prawn Quiche)
BAHAN BAHAN
- 5 keping kulit popia | dipotong 12
- 200gm udang
- 50gm tepung
- 20gm mentega
- 20gm bawang merah
- 200gm ‘heavy cream’
- 10gm lada hitam
- 10gm cendawan butang | dimayang
- 20 gm keju
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak inti quiche :
1. Cairkan mentega dalam kuali.
2. Masukkan bawang yang dimayang dan cendawan butang,
3. Kemudian masukkan tepung dan udang dan biarkan seketika.
4. Masukkan pula heavy cream, garam dan juga lada hitam.
5. Biarkan sehingga sebati dan agak pekat. Padamkan api.
Cara membuat acuan quice :
1. Potong kulit popia menjadi 12 bahagian.
2. Lalu disusun dalam acuan muffin
3. Panaskan oven dengan suhu 190 darjah Celcius, dan bakar selama 10 minit
4. Apabila acuan sudah masak, masukkan inti yang sudah sejuk tadi.
5. Letakkan keju dan udang diatasnya, dan bakar semula kira-kira 5 minit dalam oven.
6. Sajian siap dihidang
6. FRAGRANT COCONUT COOKIES
BAHAN-BAHAN :
- 300gm mentega
- 300gm tepung gandum | diayak
- 100gm gula pasir
- 100gm kepala parut | telah digoreng kering
CARA MEMASAK :
1. Masukkan mentega dan gula di dalam mangkuk adunan.
2. Kacau hingga sebati dan masukkan tepung sedikit demi sedikit supaya semua bahan sebati. Sambil ulikan.
3. Akhir sekali masukkan kelapa yang sudah dikering dan diuli lagi hingga sebati.
4. Cubit dan bulatkan (kira-kira 20gm) , dan susun di atas dulang pembakar .
5. Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan, dalam suhu 180 darjah celcius, lebih kurang 20 minit.
6. Sejukkan atas redai, dan biskut sedia dinikmati.
RESEPI : EKSEKUTIF CHEF SAKYA HAMID, CHEF AZAHAR JEMANGIN, CHEF JEFRY KHALID, CHEF ZURAIME MOHD ROSLI, CHEF HASNARISA WIDAHAYU MOHD NASIR, CHEF SHAMILA NABILLA ATIQAH SHAMSOLBAHRI, CHEF SITI NURZIANA MOHD SALLEHEN DAN CHEF SOFEANESAH MUHAMAD SUPIYAN.
PENGHARGAAN : SUMMIT HOTEL SUBANG USJ, Persiaran kewajipan, USJ1
UEP Subang Jaya & SUMMIT HOTEL KL CITY CENTRE.