Home Makan Kecur Liur Dengan Aneka Kerabu Pembuka Selera

Kecur Liur Dengan Aneka Kerabu Pembuka Selera

Bila makan nasi dipadankan pula dengan hidangan kerabu, nikmat tidak terkata. Ia merupakan hidangan pembuka selera. Paduan rasa masam, manis dan pedas membuatkan ia istimewa. Malah sardin juga boleh diolah menjadi kerabu.  Mudah, enak dan senang dibawa kemana-mana.  Admin pun baru pertama kali jumpa resipi ni. Nampak sedap. Jom cuba!

Kecur Liur Dengan Aneka Kerabu Pembuka Selera

KERABU PERUT THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg perut lembu telah direbus
  • 2 batang serai | mayang halus
  • 1 biji bawang besar | mayang halus
  • 1/2 batang bunga kantan | mayang halus
  • 1 biji buah tomato | potong kecil
  • 10 biji cili padi | mayang halus
  • 1 biji limau nipis | perah jusnya
  • Cuka secukup rasa
  • Sos ikan/sotong secukup rasa
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Perut lembu yang telah direbus dihiris kecil dan memanjang, kemudian ketepikan.
  2. Campur perut yang telah dihiris bersama hirisan bawang, serai, bunga kantan, cili padi dan tomato.
  3. Dalam mangkuk lain campurkan garam, gula cuka dan perahan jus limau nipis.
  4. Kacau rata, kemudian tuangkan dalam mangkuk berisi bahan hirisan tadi.
  5. Sekali lagi gaul rata.
  6. Setelah secukup rasa, kerabu perut sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Boleh ditambah hirisan timun atau kacang panjang jika suka.

Kecur Liur Dengan Aneka Kerabu Pembuka Selera

 

KERABU SOTONG SUHUN

BAHAN-BAHAN:

  • Sotong | dihiris nipis dan dicelur seketika
  • Bawang merah | dimayang halus
  • Cuka secukupnya
  • Limau nipis secukupnya
  • Cili padi | dihiris
  • Serai | dihiris nipis
  • Daun ketumbar | dihiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Kicap sotong secukupnya

CARA MEMASAK

1.  Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.

2.  Tambahkan bahan perasa seperti kicap sotong, garam dan gula secukupnya.

3.  Siap dan sedia untuk dinikmati.

Nota:

Jumlah bahan-bahan bergantung kepada jumlah sotong yang digunakan. Padankan mengikut citarasa anda.

Resipi perkongsian saudari Emma Suzaima

Kecur Liur Dengan Aneka Kerabu Pembuka Selera

 

KERABU SARDIN

BAHAN-BAHAN

  • Sardin tin | isi dan kuah diasingkan
  • Bawang besar | dihiris
  • Cili padi | dihiris
  • Cili besar | dihiris
  • Tomato | dihiris
  • Asam keping
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:

1.  Carik kasar isi ikan sardin dan gaulkan dengan semua bahan diatas.

2.  Tambah sedikit kuah sardin. Gaul rata.

3.  Kalau nak masak dulu sardin tu pun ok. Ikut citarasa. ( empunya resipi masak dulu sardin sekejap).

4.  Sedia untuk dinikmati.

*Jika suka, boleh tambah hirisan ulam raja, bunga kantan, daun selom atau ulam-ulam yang lain.

Resipi perkongsian saudari Hunny Wanny

 

Kecur Liur Dengan Aneka Kerabu Pembuka Selera

 

KERABU LIMAU NIPIS BERSAMA BAWANG & GAJUS 

BAHAN-BAHAN:

  • Buah limau nipis | di[potong kecil
  • Kicap sotong secukup rasa
  • Cili padi secukupnya | dihiris
  • Bawang merah (kecil) | dimayang halus
  • Kacang gajus
  • Madu
  • Gula secukup rasa
  • Udang kering | digoreng seketika
  • Sedikit jus limau nipis

( Jumlah bahan-bahan adalah mengikut citarasa masing-masing. Boleh tambah serbuk cili @ emping cili untuyk rasa lebih pedas)

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Satukan kesemua bahan di dalam mangkuk. Gaul rata.
  2. Seimbangkan rasa masam, masin, manis dan pedas mengikut citarasa anda.

Kredit resipi & gambar: Norraihan Ismail via MAHN

Kecur Liur Dengan Aneka Kerabu Pembuka Selera

KERABU MEMPELAM TELUR 

BAHAN-BAHAN:

  • Mempelam telur muda
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Cili flake
  • Kacang tanah | disangai
  • Udang kering | digoreng
  • Gula perang secukup rasa

BAHAN SOS:

  • Kicap sotong
  • Madu

CARA MENYEDIAKAN:

1.  Potong nipis mempelam telur seperti dalam gambar dan rendam  dalam air sejuk.

2.  Potong bawang merah dan cili. Campurkan cili kering, belacan dan gula perang.

3.  Gaul bahan-bahan tadi hingga sebati. Kemudian masukkan bahan-bahan lain( termasuk sos) kecuali udang kering.

4.  Campur semua bahan hingga rata. Kemudian gaul dan masukan udang kering.

5.  Sedia untuk dinikmati.

NOTA:

* Untuk sos, campurkan madu dengan kicap sotong dan masak hingga mendidih. Sejukkan sepenuhnya.

* Bahan-bahan diatas tiada jumlah yang spesifik. Ikut kesesuaian & citarasa anda.

Kredit resipi & gambar: Norraihan Ismail‎ via MAHN

 

Kecur Liur Dengan Aneka Kerabu Pembuka Selera

KERABU PUCUK PAKU DENGAN ISI KERANG 

BAHAN-BAHAN:

  • 5 ikat pucuk paku
  • 500gm kacang botol | dihiris nipis
  • 10 biji bawang merah besar | dimayang halus
  • 20 tangkai cili padi akar
  • 2 genggam udang kering | direndam di dalam air panas seketika.
  • 1 biji limau kasturi | boleh ditambah atau dikurangkan jumlahnya
  • Sedikit belacan
  • 1 1/2 biji kelapa goreng
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Bersihkan pucuk paku dan ambil bahagian pucuk yang muda. Kemudian celur pucuk paku ini sampai layu.
  2. Tumbuk udang kering , belacan dan cili padi sampai lumat. Kemudian perah limau kasturi. Kacau rata.
  3. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk berisi pucuk paku. Gaul rata.
  4. Akhir sekali campurkan kelapa goreng dan gaul rata.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Resipi Kerabu Epal Hijau, Sesuai Untuk Turunkan Berat Badan

Koleksi Resipi Kerabu Air Tangan Mak-Mak Yang Mudah & Comfirm Sedap

Mudahnya Buat Kerabu Pucuk Paku Gaul Isi Ikan. Bertambah-Tambah Nasi!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI