Nasi Goreng Kampung menu yang sesuai dimakan sama ada untuk sarapan pagi, makan tengahari mahupun makan malam. Pendek kata menu Nasi Goreng Kampung sesuai untuk semua waktu makan. Perasan tak setiap kali kita makan Nasi Goreng Kampung di restoran tom yam, rasa Nasi Goreng Kampung sedap sangat. Nah, jom kita cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Siti Hawa Abdul Aziz ini.
6 cawan nasi 5 biji telur 1 ikat kangkung Ikan bilis (digoreng) Minyak untuk menumis
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Tumbuk ke semua bahan, bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk tadi.
Ads
3. Apabila bahan tumbuk tadi sudah naik bau, masukkan telur. Apabila telur sudah agak hendak garing, kacau-kacaukan sehingga sebati. Boleh masukkan garam.
4. Kemudian masukkan nasi. Gaul sebati.
5. Masukkan kangkung. Gaulkan kesemua bahan. Tip hendak nasi goreng sedap, goreng dengan api yang kuat.
6. Nasi goreng kampung sudah siap!
Ads
7. Basuh ikan bilis dan toskan. Kemudian goreng sehingga garing.
8. Tip hendak ikan bilis garing, semasa mula-mula goreng pastikan minyak panas. Selepas itu perlahankan api dan sentiasa kacau untuk ikan bilis masak sekata. Jika hendak tahu ikan bilis sudah masak ke belum, tunggu smpai minyak habis berdesir. Itu bermakna ikan bilis sudah masak.
9. Sedia untuk dimakan. Lebih sedap sekiranya nasi goreng kampung ada banyak kangkung dan ikan bilis lebih. Makan pula dengan sambal belacan. Memang berselera.
Bolehlah cuba buat sendiri. Bila sudah tahu tekniknya senanglah hendak masak.
Labu masak lemak ini bukan saja sedap tapi gulai paling senang nak buat. Kalau buat lauk ini bagusnya tak perlu banyak lauk, lawan paling sedap adalah ikan goreng.
Kalau tambah sambal belacan boleh pergi dua pinggan nasi. Bagi yang tak pernah buat bolehlah cuba ikut resipi yang dikongsi oleh SuiSan Aliezsha. Bahan untuk buat masak lemak ini cuma tiga saja. Tak perlu cili atau bawang.
Cara buat masak lemak labu, lauk paling mudah
Bahan-bahan:
Labu (buang kulit dan potong)
Daun kunyit
Kelapa parut – perah santannya (jangan kedekut santan).
Cara membuat:
Sediakan kuali, satu labu, daun kunyit dan santan di dalamnya
2. Kacau-kacau hingga santan dan labu masak.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa. Siap! Makan dengan ikan goreng atau ikan kering, memang terbaik.
Solok lada adalah salah satu dari lauk sayuran Kelantan yang sering kita lihat jika membeli nasi kerabu. Lada ataau cili besar yang diisi dengan dengan isi ikan dan kelapa.
SOLOK LADA
BAHAN-BAHAN:
20 biji cili/lada hijau
7 ekor ikan selayang/sardin
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 biji bawang merah besar
1 biji telur
1 sudu besar kelapa goreng( optional )
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
5 sudu besar santan pekat
RM2 kelapa putih
CARA MEMASAK:
1. Rebus ikan terlebih dahulu. Setelah masak, toskan dan biar sejuk. Ambil isi sahaja Ketepikan.
2. Kemudian, belah tengah cili dan buang biji. Basuh bersih dan toskan.
3. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sampai hancur. Masukkan dalam bekas lain.
4. Seterusnya tumbuk kelapa sedikit hancur dan tumbuk isi ikan tadi. Campurkan semua bahan termasuk garam dan gula ke dalam bekas dan boleh gaul sebati.
5. Rasa isi solok sebelum disumbat ke dalam cili. Biar ada manis sedikit baru sedap. Jangan masin tau. Isi inti solok ke dalam cili penuh-penuh.
6. Solok boleh dimasak menggunakan dua cara iaitu secara kukus atau rebus. Jika mahu kukus, susun solok di dalam bejkas kukusan dan jika mahu rebus, susun di dalam periuk. Anggaran masa memasak ialah 10-15 minit ( kukus) dan 5-10 minit ( rebus).
7. Sedia untuk dinikmati.
Kredit: Noor Syazwanie Aziz
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya bila dapat menikmati kuih atau kek yang disukai. Kek keju leleh memang jadi kegemaran ramai. Semakin banyak lapisan keju, semakin sedap rasa kek bila dinikmati. Nak puas makan, jom buat sendiri ikut resipi yang min kongsikan ini.
Kek cheese leleh
Bahan-bahan:
*2 biji telur gred A
1 cawan tepung gandum BELI ONLINE DI SINI
*1/2 cawan gula (saya kurangkan)
*2 sudu susu pekat-BELI ONLINE DI SINI
*1 sudu besar ovalate- BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil baking powder-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil soda birkabonat
*1 sudu kecil esen vanilla (saya guna perisa vanilla)
1/4 cawan minyak masak
Cara memasak:
1.Kisar bahan bertanda * hingga putih gebu.
2.Ayak tepung,baking powder dan soda birkabonat.
3.Satukan adunan yang dah kisar gebu tadi bersama bahan ayak. Masukkan susu tepung.
4.Akhir sekali letak minyak masak dan gaul sebati.
5.Tuang adunan dalam aluminium foil atau loyang. Guna bekas aluminium kecil itu kukus dalam 20@25 minit.
6.Guna acuan plastik pun bole juga. Masa kukus sama.
P/s: Kisar sampai sebati . Jangan lama-lama.Bila kek dah sejuk, belah kek kepada 2 bahagian. Letak topping sedikit di tengah kemudian tutup balik baru tuang habis topping tadi. Last sekali boleh tabur cheddar cheese banyak mana korang nak. Simpan kejap dalam 1 jam di dalam peti sejuk kemudian dah boleh makan.
Kalau tak nak pun takpa boleh saja pakai acuan plastik yang lubang tu pun ok.
Cuba resipi Cha Bang Ang viral dari Thailand yang sedap, segar dan sangat mudah disediakan. Dessert ais popular ini hanya perlukan bahan ringkas. Memang puas hati!