Ads

Adunan ROTI JALA Cantik, Pekat Likat Selepas Bancuh Biarkan Selama 15 Minit

Roti Jala memang sedap dicicah dengan kuah kari atau kuah durian. Nak buatnya memang agak renyah perlu ‘dijala’ satu persatu. Namun jika dapat sukatan dan adunan yang betul, barulah hasilnya Roti Jala ni bukan sahaja sedap berlemak malah cantik dan mudah ‘dijala’ atas kuali. Rupanya antara tipnya, selepas adunan dibancuh ia perlu dibiarkan seketika selama 15 minit agar ia menjadi pekat dan likat.

Nak buat roti Jala, baik sukatan untuk adunan sikit mahupun banyak, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Noorbaya Othman ini.

Berikut perkongsian tersebut;

Bahan-Bahan:

(Adunan 1 kilo) anggaran dalam 90 biji
1 kilo Tepung Gandum
1.7 litre air (masukkan sikit-sikit)
2 biji telur
1 sk garam
3 sudu besar minyak masak
1 cawan santan (saya pakai cap KARA)
Sedikit pewarna kuning lemon atau serbuk kunyit

(Adunan untuk 3 cawan tepung) anggaran 35 biji)
3 cawan tepung
3 cawan air
1 biji telur
1 sk garam
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan santan (saya pakai cap KARA)
Sedikit pewarna kuning lemon atau serbuk kunyit

Ads

Cara Membuat:

1. Kacau semua bahan dalam bekas besar.
2. Blend
3. Tapis adunan ke dalam jug supaya senang nak masukkan dalam botol acuan roti jala
4. Biarkan selama 15 minit untuk dapatkan adunan yang cantik sebab tepung akan jadi sedikit pekat dan likat.

Ready to menjala.

Adunan ROTI JALA Cantik, Pekat Likat Selepas Bancuh Biarkan Selama 15 Minit

Ads

Selamat mencuba.

RASA: Begini rupanya nak dapatkan adunan Roti Jala yang cantik, pekat dan likat. Rupanya kena biarkan bancuhan 15 minit. Jadi bagi yang nak cuba buat sendiri Roti Jala di rumah, boleh ikut resipi dan sukatan yang dikongsikan ini.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Sumber: Siti Noorbaya Othman

Adunan ROTI JALA Cantik, Pekat Likat Selepas Bancuh Biarkan Selama 15 Minit

Tak Melekat & Senang Masak

Kuali non-stick bantu masak roti jala dengan lebih mudah.

Beli Sini

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Khasiat Bawang Putih: Rahsia Hebat yang Ramai Tak Sedar untuk Kesihatan...

Khasiat bawang putih terbukti mampu tingkatkan imun, kawal tekanan darah dan detoks badan. Ketahui rahsia sebenar di sebalik bahan dapur ini.