Roti bakar ala kopitiam ini mudah sangat nak buat sendiri. Bahkan ia rangup dan sedap rasanya. Selalunya nak makan roti macam ni kenalah ke kopitiam. Tapi kini tak perlu lagi. Buat sendiri kat rumah. Boleh makan puas-puas.
Tak susah nak membuatnya. bagi ibu-ibu bekerja, masih boleh menyedikan pada hari bekerja kerana ia sangat mudah disediakan. Tak perlu masa yang lama.
Untuk bekal anak-anak ke sekolah pun sesuai sangat. Untuk mak-mak bawa ke pejabat pun boleh.
Cubalah resipi yang dikongsikan oleh puan Izz Aishah ini ye. Bahan pun tak banyak diperlukan. Yang penting, sedap. Gandingkan pula dengan kopi. Aduh, macam duduk di kopitiam. Selamat mencuba!
Kadang kala buntu memikirkan apa menu yang nak dibawa ke pejabat. Cuba buat roti sosej ini, sekeluarga boleh bawanya sebagai bekalan. Buat banyak, masing-masing boleh bawa lebih dan ia mengenyangkan.Dibungkus pula dengan kertas menarik, memberi selera untuk menikmatinya.
ROTI SOSEJ
Bahan-bahan:
Sosej (direbus)
Cheese
Sos spaghetti
Roti sosej
Cara membuat:
1.Potong roti bahagian tengah macam ni. Lepas tu tekan ke bawah bagi ada lubang.
2.Letak slice cheese. Nak letak banyak mana pun boleh, ikut selera masing-masing.
3.Letak sikit sos spagheti.
4.Letak sosej yang telah direbus.
5.Letak sos atas sosej,jika nak tambah sos lain pun boleh. Ikut selera yang anda suka.
6.Letak kepingan cheese dan daun parsley. Tak ada daun parsley pun tak apa.
7.Bakar dalam oven, suhu 160c api atas sahaja. Bakar dalam masa 8 hingga 15 minit. Ikut garing macamana yang anda suka.
Resipi Seri Kaya Homemade Lemak Manis bukan sekadar campuran bahan dan sukatan biasa. Ia datang bersama kenangan, kasih sayang, dan air tangan seorang ibu yang tak mungkin dapat diganti. Begitulah kisah Seri Kaya Homemade Lemak Manis ini, resipi yang diwariskan oleh arwah ibu Encik Zainuddin Mohd Noh, dan kini kembali mencuri perhatian ramai kerana rasanya yang klasik, halus, dan wangi pandan semerbak persis kaya kampung zaman dahulu. Beliau kini turut menjadikan seri kaya ini sebagai produk jualan di bawah jenama Din Kaya miliknya.
Menurut Encik Zainuddin, setiap kali ibunya membuat kaya, aroma santan dan daun pandan yang merebak ke seluruh rumah menjadi tanda pagi hujung minggu sudah tiba. Waktu itu, tiada pembancuh elektrik, tiada dapur moden hanya senduk kayu, sabar, dan kasih sayang. Kaya dimasak perlahan di atas api kecil, dikacau hampir sejam agar tidak berketul, hingga warnanya bertukar perang keemasan dan baunya cukup menggamit selera.
Air gula hangus bukan sekadar pewarna ia adalah rahsia aroma bakar yang memberi rasa “kaya sebenar”. Gula dicairkan perlahan hingga perang keemasan, kemudian ditambah air sedikit demi sedikit agar tidak hangus. Campuran ini menjadikan warna Resipi Seri Kaya Homemade lebih natural dan tidak terlalu pucat seperti versi komersial.
Untuk kegunaan rumah atau jual kecil-kecilan, kaedah rebus balang ini cukup selamat asalkan disimpan dalam peti sejuk.
Resipi Seri Kaya Homemade Lemak Manis ini bukan sekadar makanan ia adalah warisan. Ia membawa kita mengimbas kembali momen kecil di dapur waktu ibu berdiri lama mengacau periuk dengan penuh kasih, namun senyum tetap menghiasi wajah.
Bagi Encik Zainuddin, setiap kali kaya ini dimasak, seolah-olah arwah ibunya masih ada, menemani dari sisi dengan kasih sayang yang tak pernah hilang. Kini, resipi ini dikongsi bukan sekadar untuk dinikmati, tetapi untuk meneruskan legasi cinta dan rasa yang diwariskan dari generasi ke generasi.
Setiap kali tiba musim jamuan sekolah, pasti ramai ibu bapa mula memikirkan: nak bawa makanan apa kali ni? Bukan sahaja perlu sedap dan mudah disediakan, tetapi makanan itu juga perlu mesra kanak-kanak, tidak comot, senang dipegang dan tentunya cepat dihabiskan.
Dalam situasi ini, satu resipi yang sering naik takhta sebagai “penyelamat mak-mak” ialah Sosej Roll. Mudah, cepat, dan gerenti habis dulu. Inilah hidangan yang boleh buat anak bangga bila kawan-kawan puji.
Sosej Roll ini sebenarnya gabungan dua perkara yang anak-anak suka: sosej dan roti. Bezanya, roti yang digunakan ialah roti paratha, yang bila dibakar akan jadi rangup di luar dan lembut di dalam. Paratha juga lebih senang digulung dan memberi rasa yang lebih ‘rich’ berbanding roti biasa. Maka tidak hairanlah resipi ini sering menjadi pilihan ibu bapa yang mahu sesuatu yang sedap tetapi tetap praktikal.
Pertama sekali, ia mudah dibuat dalam jumlah banyak. Kalau jamuan kelas memerlukan 30 hingga 40 orang murid, anda hanya perlu gandakan bahan-bahan dan bakar dalam beberapa batch. Saiznya yang kecil juga menjadikan ia sesuai untuk tangan kecil kanak-kanak yang mudah pegang, mudah makan dan tidak mudah tumpah.
Keduanya, resipi ini sangat mesra air fryer, satu kelebihan besar bagi ibu bapa yang mahu memasak cepat tanpa perlu menggoreng secara tradisional. Tanpa minyak, dapur kekal bersih dan anda tidak perlu risau tentang makanan berminyak untuk anak-anak.
Selain itu, Sosej Roll ini juga serba boleh. Ia boleh dihidangkan begitu sahaja atau ditambah sos cili dan mayones sebagai hiasan. Jika mahu lebih kreatif, boleh juga ditabur sedikit serbuk lada hitam, serbuk keju atau letakkan jalur keju mozzarella di dalam gulungan. Kanak-kanak pasti suka!
Di sinilah kelebihan besar resipi ini, ia tidak memerlukan kemahiran tinggi dan sesiapa sahaja boleh menghasilkan hasil yang cantik, sekata dan menyelerakan.
Sosej yang lebih premium akan memberi tekstur lebih kenyal dan rasa lebih sedap. Budak-budak pun dapat rasa perbezaannya.
Air fryer yang terlalu panas boleh buat paratha keras. Pastikan anda periksa pada minit ke-8 hingga 10.
Sosej + paratha + keju = kombinasi paling win untuk kanak-kanak.
Jika anak anda masih kecil, potong kepada saiz gigitan supaya lebih selamat dan senang makan.
Bayangkan situasi ini: meja jamuan penuh dengan pelbagai makanan seperti kek, sandwic, nugget dan biskut. Tetapi satu bekas habis dulu… Sosej Roll anda! Anak pun gembira bila kawan-kawan datang dan berkata, “Sedapnya! Mak awak buat ke ni?” Perasaan itu sahaja sudah cukup membuatkan semua penat lelah terbalas.
Jamuan sekolah bukan sekadar makan-makan, tetapi satu kenangan manis untuk anak-anak. Dengan menyediakan menu yang ringkas tetapi tetap istimewa, kita bukan sahaja memudahkan guru dan murid tetapi juga memberi sedikit sentuhan kasih kepada memori mereka.
Sosej Roll paratha ialah hidangan yang sempurna untuk jamuan sekolah kerana cepat disediakan, sedap dimakan dan tak membazir. Untuk ibu bapa yang selalu buntu memikirkan menu, resipi ini adalah jawapan mudah yang boleh disediakan bila-bila masa. Anak-anak pun pasti bangga bila makanan yang dibawa laris dan dipuji oleh semua.
Cuba sekali, pasti akan jadi resipi wajib setiap kali jamuan sekolah tiba!
Seronok melihat selebriti dan usahawan berjaya, Hanis Zalikha,36 berkongsi video membuat resipi ringkas pencuci mulut Puding Nasi bersama anak perempuannya, Alisa Aisyah,7.