Roti Telur Berhantu. Ngeri mendengar Namanya tapi bila dirasa, sangat enak dan memang membuka selera. Tua atau muda, pasti akan sukakan rasanya. Makan ketika masih panas, memang tak boleh berhenti makan. Bahan-bahannya sangat mudah. Hanya memerlukan 3 bahan sahaja. Langkah memasaknya juga sangatlah ringkas. Saudari Cheyah Saripuddin ada kongsikan caranya. Jom cuba!
2. Kacau supaya kedua-dua bahan menyatu dan sebati.
3. Celup kepingan roti yang telah dipotong 4.
4. Pastikan anda celup di kedua-dua belah roti dengan rata.
5. Panaskan kuali tahan lekat. Kemudian goreng kepingan roti tadi tanpa menggunakan minyak. Boleh juga sedikit minyak tapi pastikan tidak menggunakan minyak yang banyak kerana roti akan meresap minyak tersebut. Rasanya akan jadi tidak sedap.
6. Bila roti sudah jadi keperangan sebegini, bolehlah diangkat.
7. Tekstur roti yang diangkat tidak akan keras. Ia akan lembut sebegini.
8. Enak dinikmati ketika masih panas. Sedap dan lembut. Jom cuba!
NOTA: Kepingan roti boleh potong empat. Jika tidak mahu potong pun tidak mengapa. Ikut selera masing-masing.
Haa siapa peminat durian crepe boleh lah cuba resepi ni. Rasanya lebih baik kita buat sendiri dari beli di kedai kan sebabnya boleh letak berapa banyak durian yang kita nak. Betul tak? Jom lah buat tunggu apa lagi..Selamat mencuba!
Resepi DurianCrepe
Bahan-Bahan
Kulit/Crepe (18-20 keping)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu besar tepung ubi kentang
1 sudu besar tepung kastard
1 1/2 sudu besar tepung hong kong
Sedikit garam
2 sudu besar gula icing
2 biji telur saiz B
1 sudu besar minyak jagung
3/4 cawan air (210ml)
1/2 cawan susu segar (130ml)
Sedikit esen vanila
Beberapa titik pewarna kuning@ jenis serbuk (isi sikit sahaja)
Filling Kastard + Durian
2 sudu besar gula
20 gm tepung kastard
250 ml susu segar
2 biji kuning telur
Isi durian yang dihancurkan
Filling Whipping Cream
500gm whipping cream
2 sudu besar gula icing (jika whipping cream tawar)
Cara Penyediaan
Kulit/Crepe (cara nak mendapatkan crepe yang nipis)
Kesemua tepung di atas di ayak terlebih dahulu.
Masukkan ke dalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur yang dipukul sebati, dan masukkan air serta susu segar dan pewarna kuning. Kacau guna whisk tangan sahaja kemudian tapis.
Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana. Sapu sikit pan dengan minyak. Apabila pan sudah panas, angkat sebentar dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan.
Lenggangkan pan tadi sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan. Kemudian letak semula atas dapur. Tidak perlu lama untuk mengelakkan hangus. Kulitnya tidak perlu diterbalikkan kerana ianya nipis.
Ulangi sehingga habis. Boleh ditindih-tindih kulitnya.
Filling Kastard + Durian
Dalam periuk non stick, masukkan gula, tepung kastard, 2 biji kuning telur,dan susu segar dalam 4 sudu dahulu. Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi.
Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga kental/pekat. Tutup api dan sejukkan kastard filling.
Isi durian dihancurkan dan dicampur bersama dengan kastard filling dan masukkan ke dalam piping bag.
Masukkan ke dalam peti ais supaya ia tidak cair.
Filling Whipping Cream
Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream tawar.
Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan ke dalam piping bag dan letak di dalam peti ais sekejap supaya tidak mencair.
Sekarang masa utk “membantalkan durian crepe”
Sediakan kulit, letak whipping cream dahulu, kemudian letak pula filling kastard+durian dan letak semula whipping atas kastard tadi.
Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal.
Sudah siap, masukkan ke dalam peti ais dalam sejam atau dua jam supaya ia mengeras (jika durian crepe yang baru kluar dari peti ais keras, biar pada suhu bilik dahulu (tidak lembut tidak keras sangat) dan boleh dimakan.
Emak-emak semua, Bebola Tauhu Inti Telur Puyuh ini, boleh dimasukkan dalam list menu bekal anak korang ke sekolah, gerenti anak-anak tak tolak punya. Selain sedap berkhasiata menu ini sangat mudah disediakan, buat malam sebelum tidur, pagi tinggal goreng je. Selain sedap makan begitu saja, cicah dengan sos cili atau sambal kicap pun sedap tau..
TAUHU RAMBUTAN BAHAN-BAHAN:
100gm isi ayam | kisar
10 biji telur puyuh
2 keping tauhu putih | hancurkan
1 bungkus mi segera | hancurkan
1 biji telur | pecah dan kacau
2 ulas bawang putih | kisar
½ sudu teh serbuk lada sulah
½ sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Campurkan tauhu yang telah dihancurkan bersama ayam kisar, bawang putih, lada sulah, garam,serbuk pati ayam dan telur yang sudah dikacau. Adun rata.
Ambil satu sudu makan adunan kemudian leperkan dan letakkan telur puyuh ditengah. Bulatkan semula sebesar bola pingpong.
Ulang proses hingga habis adunan.
Golekan adunan di dalam bekas mi kering yang telah dihancurkan. Lakukan hingga habis.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng bebola tauhu yang bersalut mi segera tadi.
Suka makan daging bakar? Resipi daging bakar istimewa dengan rasa asli dari Thailand ni memang menyelerakan. Tak susah nak sediakan menu ni. Daging diperap dengan ramuan khas membangkitkan rasa enak ditambah pula dengan sos masam manis menambahkan lagi selera. Jom cuba! Anda pasti suka.
DAGING BAKAR ALA DANNOK
BAHAN-BAHAN DAGING BAKAR:
2 keping daging batang pinang/strip loin/sirloin/rib eye (sebesar tapak tangan lelaki dewasa adan setebal 2cm)*
2 sudu besar sos tiram*
2 sudu besar kicap cair*
1 ulas bawang putih- tumbuk halus*
1 batang serai- dihiris nipis & ditumbuk halus*
1 sudu kecil lada sulah*
2 sudu besar gula perang*
3 sudu besar susu cair*
1 sudu kecil serbuk cili *
Sedikit serbuk perasa*
Sedikit minyak masak
1 ketul arang size kecil
Aluminium foil
CARA MEMASAK:
1. Perap daging selama 3-4jam bersama semua bahan-bahan yang bertanda (*)
2. Simpan daging yang diperap dalam peti sejuk terlebih dahulu ( jangan letak bahagian yang beku)
3. Selepas 3 jam barakan arang, sambil-sambil itu boleh mula bakar daging atas pan. Letakkan sedikit minyak dulu dipermukaan pan. Bakar selama 10 minit sahaja (5 minit setiap bahagian permukaan). Tidak boleh terlebih masak dan gunakan api sederhana besar. Sebab kalau terlebih masak daging akan kering & agak liat. Kalau anda suka medium well cukup setakat 7-8 minit sahaja masa membakar daging tadi.
4. Setelah daging masak tutup api. Kemudian ambil arang yang telah berbara tadi dan letakkan diatas sekeping aluminium foil. Titiskan beberapa titis minyak masak atas arang ini akan menyebabkan arang mengeluarkan asap yang banyak dan letakkan arang dalam pan daging tadi.
5. Tutup pan cepat-cepat dengan penutup yang rapat. Proses ini untuk mendapatkan rasa daging seperti dibakar dengan arang dan yang pasti ianya sememangnya menyedapkan lagi rasa daging bakar tu nanti. Biarkan asap menyelimuti daging selama 1-2 minit sahaja.
6. Kemudian boleh angkat daging untuk dipotong & dihidangkan bersama sos pencicah.
Tepung gomak pandan ini kena cuba bagi peminat kuih tradisional. Tekstur kuih ini cukup lembut, kenyal, dengan inti kelapa manis yang wangi dan berlemak....