Bila buat tart nenas, semua orang inginkan tart nenas yang lembut dan gebu serta cair di mulut!
Tapi apa rahsianya untuk jadikan tart nenas yang lembut dan gebu? Tip yang dikongsi Mohd Fitri Khairudin untuk resipi tart nenas bebola naga.
TIP:
1. Rahsia saya ialah minyak sapi – insyallah tak berbau bau tetapi rasa amat berbeza – tart akan jadi lebih lembut dan gebu. Cair di mulut! Begitu juga dengan susu pekat – Ia bukan saja berfungsi untuk memberi sedikit kemanisan, tetapi juga untuk mengekalkan kelembabpan (moist) kepada tart anda. 2. Tepung jagung dalam 20gm dan tepung kastard dalam 20gm (lebih kurang 1 sudu setiap satu) akan membuatkan tart anda lebih kejap dan tidak mudah hancur bila dipegang. 3. Tart paling elok guna mentega berkualiti seperti contoh Goldern Churn, Anchor atau mentega tulen yang lain. 4. Cara bakar juga amat penting: Untuk dapat warna yang menarik, tart mesti dibakar 2 kali dan diubah tempat. Jadikan tart anda lain dari yang lain. 5. Resipi ini diolah dan diperbaiki mengikut sukatan yang pasti Insya-Allah jadi elok. Banyak kali dah buat dan amat memuaskan. Insya-Allah. 6. INGAT! Jika adunan terlembik, tambah tepung gandum. Jika terkeras, tambah butter! Itu cara untuk menyelamatkan adunan.
1. Masukkan mentega, minyak sapi, susu pekat manis, kuning telur dan esen vanilla dalam satu bekas. Gaul hingga semuanya sebati secara lembut, tapi jangan bagi kembang.
2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung yang telah diayak. Gaul-gaul lagi bagi sebati. 3. Bila adunan dah mula berketul, mula uli dengan menggunakan tangan untuk sebatikan adunan. 4. Pastikan adunan tidak terlalu lembut atau tidak terlalu keras. Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
6. Gentelkan dan tekan sedikit di tengah, letakkan jem nenas dan balut kembali. Bulatkan dengan kemas. 7. Bila dah siap semuanya, sapu bebola tart dengan kuning telur yang dicampur dengan sedikit air.
8. Masukkan dalam ketuhar. Bakar untuk kali pertama dengan suhu 170C selama 24 minit di rak tengah. 9. Kemudian, keluarkan semula dan sapu kuning telur sekali lagi. 10. Masukkan dalam ketuhar sekali lagi. Bakar buat kali kedua dengan suhu 100C selama 5 minit di rak paling atas.
Terfikir tak korang selain dijadikan bergedil, korang boleh juga jadikana kentang sebagai barbola dengan pelbagai inti seperti inti keju, telur puyuh dan banyak lagi, ikut cita rasa korang. Salah satu menu yang mudah adalah Bebola Kentang Inti Isi Ayam. Jangan tak sempat simpan untuk bekal sudahlah…
BEBOLA KENTANG INTI ISI AYAM
BAHAN-BAHAN:
2 biji kentang | buang kulit dan kukus
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan hirisan bawang
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya| untuk menggoreng
1 cawan pop corn ayam
1 cawan nestum
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1: Lenyekkan kentang hingga hancur.
2: Campurkan daun bawang. lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.
3: Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.
4: Leperkan dan letakkan di dalamnya poplcorn ayam, kemudian bulatkan semula.
5: Celupkan dalam telur, kemudian golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.
6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng bebola kentang hingga keperangan.
Daging masak kicap adalah antara menu paling sering dimasak dan dihidangkan disetiap rumah. Pun begitu sebenarnya ia mempunyai rasa yang pelbagai apabila bahan-bahan yang digunakan berbeza dengan apa yang biasa kita gunakan. Cuba resipi ini dan siapa tahu ia mungkin menepati citarasa selera anda sekeluarga.
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | potong nipis-nipis
BAHAN TUMIS:
4 biji bawang merah | dihiris
2 biji bawang putih | dihiris
2 biji bawang besar Bombay | dihiris kasar
125ml kicap pekat
5cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar Bombay
4 biji bawang putih
5cm halia
4 sudu makan cili giling (bergantung kepedasan yang diingini)
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan yang telah dikisar bersama bahan tumisan lain kecuali hirisan bawang besar. Tumis hingga naik bau wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan daging yang telah dicuci dan dihiris nipis tadi. Masukkan air secukupnya dan biarkan ia mereneh hingga daging empuk.
3. Setelah itu, masukkan kicap pekat dan air asam jawa, reneh lagi hingga kuah memekat. Perasakan dengan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dihiris kasar.
5. Sedia dihidangkan.
Sedapnya Kuih Lompang perkongsian Opah Mas Cotek ni. Kuih tradisional tapi punya ramai peminat tak kira tua atau muda. Ramai beranggapan, kuih orang lama macam ni susah nak buat. Tapi sebenarnya, ia sangat mudah malah bahan-bahannya sangat ringkas dan senang diperolehi. Bagi anda yang tercari-cari resipi Kuih Lompang yang mudah, lembut dan sedap untuk minum petang, resipi ni antara yang boleh dicuba. Pasti puas hati.
CARA MASAK KUIH LOMPANG YANG MUDAH, LEMBUT & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
Sedikit air kapur
Pewarna pilihan
Kelapa parut putih – gaul dengan sedikit garam
Acuan lompang secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung beras, tepung ubi, gula pasir, air dan air kapur. Sebatikan hingga gula larut. Tapis adunan jika perlu. 2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yang disukai. 3. Ambil acuan lompang, oleskan sedikit minyak masak. 4. Tuang adunan lompang hingga memenuhi 3/4 acuan. 5. Kukus kuih selama 10-15 minit menggunakan api sederhana.
6. Sejukkan kuih dan hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.