Kacang dhal mempunyai pelbagai khasiat kesihatan, apa kata korang cuba dua menu yang menggunakan kacang dhal ini, Parpu Telur dan Bebola Dahing Sos Dhal, dua-duanya senang disediakan sedap dan boleh dimakan dengan nasi, roti canai, capati mahupun roti biasa. Apa kata korang cuba untuk makan malam ni, makan panas-panas sedap ni.

Parpu Telur & Bebola Daging Sos Dhal Sedap, Mudah & Murah.

PARPU TELUR
BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur
  • 2 cawan kacang dhal | cuci bersih dan rebus
  • 2 cawan santan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan perasa secukup rasa

BAHAN HIRISAN:

IKLAN
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm halia

REMPAH PENUMIS:

  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 tangkai daun kari
  • 6 tangkai cili kering

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan kacang dhal yang telah direbus dalam periuk bersama bahan hirisan.
  2. Kacau rata, tambah serbuk kunyut, kentang dan lobak merah, sedikit air dan renehkan atas api sederhana.
  3. Kemudian masukkan santan dan biarkan mereneh seketika.
  4. Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
  5. Perlahan-lahan pecahkan telur di dalamnya,
  6. Setelah telur membeku, tutup api.
  7. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak tumis bahan rempah tumis, goreng seketika dan tuangkan dalam periuk berisi kacang dhal tadi.
  8. Biarkan seketika, kemudian Parpu Telur sedia dihidangkan.

Parpu Telur & Bebola Daging Sos Dhal Sedap, Mudah & Murah.

IKLAN

BEBOLA DAGING SOS DHAL
BAHAN-BAHAN:

  • 8-10 biji bebola daging | gaul dengan sedikit cajun
  • 1/2 cawan kacang dhal yang telah direbus
  • 1/2 cawan yogurt
  • 1 sudu makan mustard
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar | dadu halus
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 3 sudu makan mentega

CARA MEMASAK:
1. Goreng bebola daging dengan sedikit minyak menggunakan kuali leper hingga keperangan. Kemudian ketepikan.
2. Masukkan kacang dhal dalam mesin pengisar bersama yogurt, mustard dan susu segar.
3. Kisar hingga sebati.
4. Di dalam kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang merah dan putih hingga kekuningan.
5. Kemudian masukkan bahan kisar, biarkan mereneh atas api sederhana.
6. Sesuaikan dengan serbuk jintan, garam dan gula secukupnya
7. Masukkan bebola daging, gaul rata.
8. Apabila kuah pekat, tutup api.
9. Bebola Daging Sos Dhal sedia dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI