Teresek Jantung Pisang. Salah satu juadah tradisional kegemaran ramai terutamanya di negeri Kelantan. Dihasilkan dari jantung pisang yang dimasak bersama serbuk kari dan juga ramuan-ramuan lain. Memang sangat sedap. Terasa pedas, masin dan manis yang seimbang, memang tak jemu makan. Biasanya lauk ini dimakan bersama nasi putih hangat. Nak cuba? Saudari Suhasnida Ismailada kongsikan resipinya.
Ramai yang suka makan piza. Tahu tak piza ni kalau korang kreatif, boleh buat kat rumah. Sebenarnya ada cara senang nak buat piza. Jadi lepas ni sesiapa yang suka makan piza, boleh cuba buat sendiri tau. Tak perlu kelengkapan macam chef pun. RASA kongsikan cara buat piza dengan mudah. Tak perlu uli pun. Hanya tekan-tekan dengan tangan saja.
DOH PIZA TANPA ULI
Doh piza.
BAHAN-BAHAN
500 gram bread flour (tepung gandum pun boleh).
350 – 370 gram air
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar gula
1 sudu besar yis
2 gram pelembut roti
BAHAN TOPPING
Sedikit keju mozarella
Peppercorn
pizza fb.
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan. Masukkan dalam bekas bertutup yang dah disapu minyak. Tutup dan setiap 30 minit tarik dan lipat doh (stretch and fold). Buat 4 set. Tangan basahkan dengan air terlebih dahulu.
2. Sapu piza pan dengan mentega atau minyak masak. Tekan-tekan doh guna tangan sehingga memenuhi pan.
3. Cucuk bahagian tengah piza dengan garpu. Doh memang lembik (high hydration).
4. Sapukan sos piza dan tabur keju mozarella. Boleh tabur sikit pappercorns.
5. Perap setengah jam. Bakar suhu 180°C sehingga masak.
Suka makan kuetiau? Jom belajar buat kuetiau segar @ Hor Fun homemade ni. Menurut empunya resipi, saudari Ida Alin Salleh, beliau tinggal di luar negara dan memang tiada kuetiau segar yang dijual di kedai. Jika ada pun, hanya kuetiau kering dan harganya boleh tahan mahal. Jadi, beli telah menghasilkan sendiri kuetiau segar secara homemade hanya menggunakan 3 bahan. Kuetiau ni boleh dimasak bermacam-macam menu. Antaranya Kuetiau Berkuah Telur Chinese style. Nampak sedap kan? Jom lihat cara-caranya.
CARA MEMASAK: 1.Panaskan pengukus. Pada masa yang sama campurkan semua bahan dalam satu bekas. Sebatikan. 2. Tuang bancuhan tepung tadi ke dalam bekas non-stick (empunya resipi tidak minyakkan). Buat sedikit demi sedikit, nanti akan dapat banyak kepig kuetiau. Cukup untuk 4 orang makan. 3. Kukus selama beberapa minit menggunakan api besar. 4. Bila nampak adunan sudah berkedut, keluarkan dan letakkan bekas berisi kuetiau tadi ke dalam bekas berisi air sejuk. 5. Kopek keluar kepingan kuetiau.Jika bahagian tepi melekat, guna pisau mentega untuk lekangkan sedikit sebelum dikopek. 6. Letak kepingan kuetiau diatas pinggan dan sapu sedikit minyak. Potong ikut saiz yang disukai. 7. Boleh guna kuetiau untuk masak seperti biasa.
Diperbuat dari kacang dhal dan diperasakan dengan rempah ratus yang memberikan rasa lemak pedas dengan tekstur rangup di luar dan lembut di dalam. Kepada penggemar vadai, anda boleh cuba resipinya yang RASA kongsikan ini. Sunggup sedap.
VADAI BAHAN-BAHAN: 1 1/2 cawan kacag dhal | cuci dan rendam sekurang-kurangnya 2 jam 1 biji bawang besar | dadu kecil 2 tangkai daun kari | hiris halus 2 tangkai cili kering | gunting halus 1 tangkai cili hijau | cincang halus 1 sudu teh biji ketumbar – kisara 1 sudu teeh jintan manis | dikisar 1 sudu teh jintan putih | kisar ½ cawan udang kering/ikan bilis | kisar Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT:
Cuci kacang dhal yang direndam kemudian toskannya.
Ambil separuh dari kacang dhal, kisar kasar tanpa air. Ketepikan.
Sebahagian lagi kisar hingga hancur, juga tanpa air.
Campurkan kedua-dua bahagian kacang dhal tadi dalam mangkuk.
Campurkan ke dalamnya bawang besar yang telah didadu, daun kari, cili kering, cili hijau, ketumbar, jintan manis dan udang kering/ ikan bilis kisar. Gaul rata.
Bentukkan bulat, kemudian leperkan sedikit. Lakukan hingga selesai.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!