Resipi Telur Dadar Thai Berkeju yang mudah nak buat. Tak sampai 10 minit pun dah siap. Makan dengan Nasi Goreng Tomyam memang layan. Nak lebih istimewa, tambahkan Anchor Cheddar Cheese Slices untuk rasa hidangan yang lebih enak. Gunakan juga Anchor Unsalted Butter untuk memberi aroma. Sebagai pelengkap, nikmati bersama Fernleaf Yogurt Mixed Berries. Jom cuba.
TELUR DADAR THAI BERKEJU
Bahan-bahan:
2 sudu besar Anchor Unsalted Butter
4 sudu besar minyak masak
3 biji telur
2 sudu kecil sos ikan
2 sudu besar tepung beras
2 keping Anchor Cheddar Cheese Slices
20gm daun selasih
Fernleaf Yogurt Mixed Berries
Cara Memasak:
Panaskan Anchor Unsalted Butter.
Di dalam mangkuk, gaulkan telur, daun selasih bersama sos ikan, tepung beras dan kejuAnchor Cheddar Cheese Slices.
Tuangkan telur dalam kuali yang telah dipanaskan.
Masak kedua-dua belah selama 6 minit.
Siap dan boleh dinikmati bersama Fernleaf Yogurt Mixed Berries.
Siapa sangka dengan menggunakan Bunga Kobis boleh menghasilkan satu menu yang enak dan berkrim. Anda memang wajib cuba resipi Bunga Kobis Masala Berkeju ni. Tak tipu, memang sedap! Rasa lemak berkrim dengan gabungan rempah dan keju. Macam makan kat kedai mamak! Tambahkan Anchor Cheese Slices untuk menaikkan rasa hidangan anda. Keju ini tinggi dengan kalsium yang sesuai untuk satu keluarga, tidak mengira usia. Satu hidangan yang wajib ada dalam list anda.
BUNGA KOBIS MASALA BERKEJU
Bahan-bahan:
300gram bunga kobis – potong kecil
8 keping Anchor Cheese Slices
100gram Anchor Salted Butter
100gram Anchor Cooking Cream
2 sudu makan garam masala
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk bawang putih
1 sudu teh serbuk cili
I sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 labu bawang besar – cincang halus
Garam dan lada sulah secukupnya
Cincangan daun ketumbar secukupnya
Cara Memasak:
Cairkan Anchor Salted Butter dalam kuali. Tumis jintan manis, jintan putih dan cincangan bawang hingga wangi.
Masukkan garam masala, serbuk cili, serbuk bawang putih, serbuk ketumbar dan serbuk kunyit. Tambah sedikit air dan tumis hingga rempah masak.
Masukkan bunga kobis dan Anchor Cooking Cream. Didihkan hingga bahan empuk.
Tambah garam dan lada sulah secukupnya. Masukkan Anchor Cheese Slices dan gaul rata.
Tergoda sungguh bila tengok Buttermilk Lemon Cake ini. Mana tidaknya, aroma mentega yang harum ditambah dengan rasa masam semula jadi dari jus lemon memang memikat selera. Untuk mendapatkan kek yang lebih beraroma, pastikan anda guna Mentega Anchor. Mentega tulen yang diperbuat daripada 100% susu segar lembu dari New Zealand ini adalah pilihan terbaik kerana aromanya saja sudah mampu menangkap selera.
BUTTERMILK LEMON CAKE
BAHAN-BAHAN:
225gram Anchor Butter Unsalted – suhu bilik
380gram tepung gandum
400gram gula kastor
240ml buttermilk
3 biji telur
2 sudu makan jus lemon
2 sudu makan parutan kulit lemon
½ sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh garam halus
BAHAN-BAHAN B (SIRAP):
2 sudu makan air
2 sudu makan gula kastor
2 sudu teh jus lemon
BAHAN-BAHAN C (GLAZE):
120gram gula aising
2 sudu makan jus lemon
CARA MEMBUAT:
Satukan tepung gandum, garam dan soda bikarbonat lalu ayak. Ketepikan.
Di dalam mangkuk kecil, satukan buttermilk, jus lemon dan parutan kulit lemon dan kacau sebati. Ketepikan.
Di dalam mangkuk pengadun, satukan Anchor Butter Unsalted dan gula kastor lalu pukul hingga agak kembang (3-4 minit) pada kelajuan sederhana.
Masukkan telur lalu pukul lagi hingga adunan kembang dan agak ringan.
Masukkan separuh campuran tepung lalu pukul perlahan diikuti dengan separuh campuran buttermilk. Masukkan separuh lagi campuran tepung dan separuh lagi campuran buttermilk. Gaul rata.
Tuang adunan ke dalam acuan kek pilihan yang telah disapu dengan mentega secukupnya. Ratakan.
Bakar kek di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 175-180C selama 50-60 minit atau hingga kek masak sempurna. Sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan.
Untuk membuat sirap; satukan semua bahan dalam kuali kecil lalu didihkan hingga semua bahan cair dan likat. Tuang sirap ke atas kek ketika kek masih agak suam.
Untuk membuat glaze; satukan semua bahan dan pukul menggunakan whisk hingga sebati dan likat.
Setelah kek sejuk dan menyerap sirap tadi, tuang pula glaze diatasnya. Jika suka boleh hias dengan hirisan lemon.
TIP: Parutan kulit lemon akan menaikkan lagi bau dan rasa kek. Buat ia bertambah enak!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ada Butter Chicken tak habis masa berbuka semalam? Jom buat Butter Chicken Wrap with Cheese ni. Mudah sangat nak buatnya. Berapa minit je dah siap, memang sesuai sangat dibuat ketika sahur. Nak lagi best, gunakan Chesdale Burger Extra Melty untuk hasil keju yang mencair dengan sempurna. Jangan lupa nikmati minuman ini bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry. Jom cuba.
BUTTER CHICKEN WRAP WITH CHEESE
Bahan-bahan:
1 keping tortilla
1 sudu besar butter chicken | leftover
4 keping keju Chesdale Burger Extra Melty
Cara Memasak:
Ambil sekeping tortilla, letakkan keju Chesdale Burger dan Butter Chicken di atasnya.
Panggang seketika di atas kuali hingga keju mencair.
Siap untuk dimakan. Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Strawberry.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!