Sedap Tauhu Berlauk ni. Kalau dalam peti sejuk ada bahan-bahannya, bolehlah cuba buat. Sesuai dinikmati semasa sarapan, minum petang atau makan malam. Jadi jom buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Fazilah Malik. Pasti puas hati.
CARA MASAK TAUHU BERLAUK SEDAP PALING MUDAH
BAHAN-BAHAN:
2 paket tauhu telur / tofu telur
2 keping tauhu ( tauhu biasa yang guna untuk buat Tauhu Sumbat)
2 biji telur
1 keping dada ayam
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu makan serbuk lada hitam dan serbuk lada putih – beli online disini
Lobak merah secukupnya
Daun sup secukupnya
Daun bawang secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan kecuali lobak merah, daun bawang dan daun sup. Kisar hingga hancur.
2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas. Kemudian masukkan hirisan lobak merah, daun sup dan daun bawang. Gaul rata.
3. Ambil acuan lompang atau apa-apa acuan yang bersesuaian. Tuang adunan tauhu ke dalam acuan.
Ads
4. Panaskan periuk kukusan dan kukus tauhu tadi selama 15 minit atau hingga masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan.
5. Untuk menikmatinya, celup tauhu ke dalam telur dan goreng keperangan. Kalau tak celup telur pun tidak mengapa cuma warnanya tidak cantik.
Makanan Jepun adalah antara sajian popular dunia. Bahan makanan rendah lemak dan tidak menjadi pemangkin kepada obesiti. Pemakanan yang sihat boleh menjadikan tubuh sihat juga.
Hari ni Min nak kongsi resipi dari Chef Qayyum Irwanzi , chef muda yang kreatif dan gigih. Chef ni pernah bertugas di restoran Korea Selatan. Tapi cukup berbakat dengan sajian Jepun juga. Jom semak resipinya…
1. YAKITORI (ALA SATE AYAM)
BAHAN-BAHAN :
2 kepingan isi tanpa tulang | dipotong dadu
Sedikit daun bawang | dipotong 2.5 sm
2 ulas bawang putih |dicicang halus
2 sudu makan kicap
½ sudu makan cuka
½ sudu teh tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa
Biji bijan untuk hiasan
CARA MEMASAK: 1. Gaulkan isi ayam, daun bawang, kicap, cuka, bawang putih, tepung jagung, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ayam diperap seketika. 2. Cucukkan isi ayam ke lidi diselang selikan bersama daun bawang. Boleh juga menggunakan cili dan cili benggala. 3. Grill ayam di atas api yang sederhana besar sehingga masak sepenuhnya setiap sisi. 4. Taburkan bijan ke atas ayam yang siap dimasak.
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Gril/panggang Jenis Masakan : Ala sate, cucuk ayam Jepun Keistimewaan : Mudah dibuat dengan bahan masakan yang ringkas
Info Chef :Antara street food Jepun paling popular. Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk daging lembu.
2. MOCHI (KUIH BEBOLA PULUT )
BAHAN-BAHAN :
200gm tepung pulut
4 sudu besar gula castor
Sedikit tepung katakuriko | untuk menyalut mochi
Beberapa titik pewarna makanan
Bahan inti :
200 gm buah kundur (rock melon)
100 gm gula
250 ml air
CARA MEMASAK : 1. Campurkan tepung pulut bersama gula, garam dan sedikit pewarna makanan, gaul sebati. 2. Kukus adunan mocha lebih kurang 15 minit di dalam bekas pengukus. 3. Taburkan tepung katakuriko di atas dulang dan golekkan mocha yang telah dikukus. 4. Bahagikan tepung mochi kepada beberapa bahagian bebola kecil. 5. Masukkan inti mengikut perisa citarasa anda dibahagian tengah mochi. Cara masak inti : 1 . Potong dadu (kecil) buah kundur. 2. Rebus dengan air sehingga lembut dan hampir hancur. 3. Kemudian masukkn gula hingga larut, kacau hingga sebati.
Saiz Hidangan : 10 biji Waktu Memasak : 45 minit Cara Memasak : Kukus Jenis Masakan : Manisan Jepun Keistimewaan : Rasa kenyal dan manis
Info Chef: Anda juga boleh menggunakan buah-buahan segar sebagai inti mochi.
3. SENBEI (KEROPOK BERAS PANGGANG)
BAHAN-BAHAN :
120 gm tepung beras
40 gm nasi putih
¼ sudu teh garam
2 sudu makan minyak sayuran
4 sudu makan air
CARA MEMASAK : 1. Masukkan tepung besar, nasi putih, garam dan minyak ke dalam pemproses makanan. Kisar sehingga halus. 2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga campuran basah dan berketul. 3. Uli adunan sehingga sebati. 4. Bahagikan adunanan kepada beberapa bahagian. Bulatkannya dan ratakan sehingga nipis. 5. Letakkan kertas pembakar di atas dulang pembakar. Kemudian letakkan adunan yang telah di nipiskan. 6. Bakar lebih kurang 6-8minit. Kemudian terbalikkannya dan bakar sekali lagi 6-8minit. 7. Pastikan biskut tersebut tidak hangus dan sebelum dihidangkan biskut beras hendaklah sejuk sepenuhnya.
Saiz Hidangan : 4 Orang Waktu Memasak : 45 minit Cara Memasak : Bakar Jenis Masakan : Keropok Keistimewaan : Kudapan rangup dimakan
Info Chef : Boleh dicampur rumpai laut kering dan bijan jika suka.
4. OKONOMIYAKI (JAPANESE PANCAKE)
BAHAN-BAHAN :
150 gm tepung gandum
150gm keladi jepun | diparut
10 gm dashi * sejenis stok masakan Jepun
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
200 ml air
250 gm kobis | dihiris halus
50 ml mayonis
CARA MEMASAK : 1. Campurkan tepung gandum, garam, dashi dan serbuk penaik. 2. Masukkan air, telur serta keladi jepun. Kacau hinggga sebati. 3. Panaskan kuali bersama minyak masak. 4. Tuangkan adunan ke atas kuali yang sudah panas dan ratakan ke sekeliling kuali. 5. Kemudian terbalikkan adunan dan biarkan ia masak sehingga kuning keemasan. 6. Hiaskan okonomiyaki dengan mayonis di atasnya. 7. Anda juga boleh menggunakan hirisan bonita (sejenis ikan) sebagai hiasan
Saiz Hidangan : 4 orang Waktu Memasak : 1jam 15minit Cara Memasak : Bakar Jenis Masakan : Sajian Jepun Keistimewaan : Lempeng Jepun yang enak dan lembut berperisa
Info Chef :Dashi ada dijual pasaraya utama,bahagian rak produk runcit antarabangsa. Di antara lain ramuannya adalah rumpai laut, kepingan halus tuna, sardin atau ikan bilis dan cendawan shiitake .Dashi adalah bahan asas dalam kebanyakan masakan Jepun.
5. EBIYAKISOBA (SHRIMP FRIED NOODLE)
BAHAN-BAHAN :
1 sudu teh minyak bijan
1 biji bawang besar | dihiris
1 biji lobak merah | diparut
2 helai daun kobis | diracik halus
¼ cili benggala hijau
500 gm udang
1 ikat daun bawang | dihiris kasar
½ sudu teh bijan
1 sudu teh kicap
1 paket mi soba yang sudah direbus
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau. 2. Masukkan bawang merah,lobak merah, kobis, cili benggala dan udang. Biarkan ia masak seketika. 3. Masukkan mi bersama kicap dan goreng seketika. 4. Akhirnya taburkan daun bawang dan bijan.
Saiz Hidangan :4 orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Tumis Jenis Masakan : Sajian Mi Jepun
Info Chef:Mi soba adalah mi yang halus helaiannya yang dibuat dari ‘buckwheat’ iaitu dari jenis gandum kuda atau gandum hitam.
Resipi Pancake Ala Cina yang dikongsikan oleh Siti Hazneza Abdul Hamid di Facebook ini pada awalnya beliau nak masak menu lain tapi disebabkan kekurangan bahan terjadilah resipi ini. Hasilnya sangat sedap dan paling penting tak renyah nak disediakan. Bila dah siap pancake ala cina ni, terpulang nak cicah dengan kuah atau sambal apa gerenti berselera. Apa tunggu lagi? Jomlah cuba resipi ini.
Nampak sedaplah resipi Popia Ketam Salju yang dikongsikan oleh Masliana Ibrahim di Facebook ni! Katanya, dia belajar dari kawannya yang berasal dari Vietnam sewaktu di Nebraska. Beruntungnya ada kawan dari negara lain dan pandai masak, boleh menuntut ilmu masakan darinya. Cara penyediaan Popia Ketam Salju ni sangat mudah bahan yang diperlukan pun tak perlu beli di Vietnam di mana-mana pun ada. Jom kita cuba resipi Popia Ketam Salju ni untuk dijadikan snek minum petang kita.
POPIA KETAM SALJU
BAHAN-BAHAN:
1 peket isi ketam (rasa saya beli peket besar hari tu) – BELI DISINI
3-4 sudu besar mayonis, boleh adjust ikut suka juga – BELI DISINI
3 pokok daun ketumbar
Kulit popia saiz besar. Saya lebih suka guna yang saiz medium tapi tak jumpa masa ni
Sehiris lemon
Secubit garam
1 botol sos masam manis/sis cili Thai pun sedap
Semangkuk air atau putih telur untuk gam popia
Dapatkan PRIMADA UV AIR PURIFIER MPA9 dengan harga istimewa guna code RASGSP5DISINI!
CARA PENYEDIAAN:
Rebus isi ketam sampai masak
Angkat dan tapis buang air rebusan. Bila kering sikit lenyekkan isi ketam sampai separa hancur.
Kalau suka isi hancur boleh lenyek sampai hancur jer.
Perah lemon untuk hilang hanyir isi ketam.
Gaul dengan mayonese, daun ketumbar di potong halus dan garam.
Ambil 1-2 sudu dan bungkus helok macam buat popia. Gamkan tepi popia dengan air atau putih telur.
Panaskan minyak dengan api perlahan sebelum goreng. Part ni sangat kena berhati hati untuk dapatkan gorengan cantik.
Jika api kuat ia boleh rosakkan popia ketam ni like pecah terburai isi dalamnya.
Ok siap untuk di hidang seisi keluarga.
SELAMAT MENCUBA
KREDIT: MASLIANA IBRAHIM
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...