![Untitled design (5)](https://cdn.rasa.my/rasa/Untitled-design-5-2.png)
Hujung minggu macam ni, bolehlah masak hidangan special untuk keluarga. Lasagna yang guna roti sandwic ni salah satu yang boleh anda cuba. Lihatlah lapisan keju tu. Fuhhh..memang memikat weh! Jom cuba resipi perkongsian saudari Cik Daa ni.
LASAGNA ROTI DAGING & CHEESE BERGANDA
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping daging burger (leraikan)
- 2 biji telur
- 8 keping roti Gardenia
- 2 sudu besar serbuk lada hitam Maggi (sukatan membukit dan bancuh dengan 2 sudu makan air)
- 1 cawan susu segar
- 1 batang lobak merah (potong dadu)
- Cendawan butang (potong dadu)
- Daun sup
- 2 biji bawang putih (cincang halus)
- 1 biji bawang besar (potong dadu)
- Garam secukupnya
- Minyak masak (untuk menumis)
BAHAN TABUR:
- Keju cheddar ( block)
- Keju cheddar ( keping)
- Keju mozarella
- Italian herbs secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau dan biarkan seketika. Guna api kecil.
- Masukkan lobak merah, cendawan, daun sup dan daging burger. Perasakan dengan garam. Masak hingga daging dan sayur tu empuk dan kering.
- Dalam bekas lain, masukkan susu segar dan pecahkan telur. Kacau sebati.
CARA MELAPIS ROTI:
1. Guna loyang yang sesuai. Sapu marjerin/mentega sebab tak nak bagi melekat.
2. Potong bahagian reja /tepi roti. Jika tak nak potong pun tak apa.
3. Ambil 2 keping roti dan celup ke dalam bancuhan susu segar+ telur tadi. Susun ke dalam loyang. (Bergantung kepada saiz loyang masing-masing. Loyang sayamuat 2 keping)
4. Tabur inti daging hingga tertutup permukaan roti. Letakkan 2 keping keju cheddar slice.
5. Ulang step 2-3 hingga habis roti. Lapisan paling atas adalah lapisan daging.
6. Bila dah siap, tabur mozzarella cheese, cheddar block dan cheddar slice sebanyak mana yang kita suka.
7. Tabur sedikit Italian Herbs. Kalau ada lebihan bancuhan telur tadi, boleh siram ke atas keju.
8. Panaskan dulu oven 180c. Kemudian bakar lebih kurang 40minit/180c hingga perang dan garing.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Cik Daa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sangat Ringkas Tempe Telur Masin Rasa Pedas Lemak Enak Gitu
![Sangat Ringkas Tempe Telur Masin Rasa Pedas Lemak Enak Gitu](https://cdn.rasa.my/rasa/image-10.png)
Menu sampingan yang ringkas untuk melengkapkan makanan anda. Sedap juga makan begitu sebagai snek ringkas.
TEMPE TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 1 ulas bawang putih – cicang halus
- 2 tangkai cili kering – potong kecik2 atau boleh tukar cili padi
- 2 tangkai daun kari
- Sepeket tempe – goreng tanpa garam
- 2 sudu makan susu cair
- 1 biji telur masin- untuk sepeket tempe
- 1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan telur masin yang siap direbus. Boleh guna kuning telur sahaja dan kalau tidak mahu membazir boleh guna putih telur sekali.
2. Panaskan satu sudu mentega atau boleh gunakan minyak.
3. Masukkan cili kering, bawang putih dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan telur masin yang sudah dihancurkan tadi dan susu cair. Terpulang pada citarasa anda jika hendak rasa leboh krim boleh lebihkan.
5. Akhir sekali masukkan tempe yang sudah digoreng.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Adlina Aini Afifi
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
http://www.rasa.my/alahai-senangnya-nasi-goreng-telur-masin-udang-tersusun-rapi/
Telur Dadar Kentang Cheese. Memang Sedap, Mesti Anak-Anak Pun Suka.
http://www.rasa.my/resipi-khas-bila-menjelang-tengah-bulan-tomyam-peach-telur-mata-kerbau/
9 Resipi Sate Penambat Selera. Yang No 5 Wajib Cuba. Sedap!
![9 Resipi Sate Penambat Selera. Yang No 5 Wajib Cuba. Sedap!](https://cdn.rasa.my/rasa/1-6.jpg)
Tidak lengkap rasanya majlis rumah terbuka tanpa adanya hidangan sate. Selain menjadi kegemaran ramai, menu ini juga mudah disediakan dan boleh disediakan awal. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas.
1. SATE AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | dibersihkan
- 5 sudu makan madu
BAHAN KISAR:
- 15 ulas bawang merah
- 8 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 10 tangkai cili kering – ikut kepedasan sendiri
- 7 batang serai
- 2cm kunyit hidup
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih
- 150gm gula
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ayam dibersihkan dan diambil isinya. Potong dadu dan masukkan ke dalam bekas besar.
2. Kemudian tuang bahan kisar. Gaul rata.
3. Tuangkan madu. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. Perap selama 2 jam.
4. Cucu isi ayam pada lidi dan bakar hingga masak.
5. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jika suka sate yang lebih pedas, tambah bilangan cili kering.
2. SATE DAGING
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang | dihiris nipis
- 30 ulas bawang merah | dikisar
- 15 ulas bawang putih | dikisar
- 20 tangkai cili kering | dikisar halus
- 5cm kunyit hidup | dikisar halus
- 3 batang serai | dikisar halus
- 3cm lengkuas | dikisar halus
- 3cm halia | dikisar halus
- 3 sudu teh jintan manis | dikisar halus
- 3 sudu teh jintan putih | dikisar halus
- 3 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak sapi | dicairkan
- 1 batang serai | dititik
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan daging dan perapkan bersama bahan yang telah dikisar halus. Tambahkan garam serta gula secukupnya. Perap semalaman.
2. Cucuk daging pada lidi sate dengan kemas. Jangan susun terlalu rapat kerana akan menyebabkan sate masak tidak sekata.
3. Bakar sate sehingga masak. Ambil serai dan celup pada cairan minyak sapi dan sapu pada daging supaya tidak kering semasa dibakar .
4. Sedia dinikmati.
Info chef: Minyak masak boleh digunakan bagi menggantikan minyak sapi.
3. SATE HATI DAN PEDAL
BAHAN-BAHAN:
- 250gm hati ayam | dipotong dadu
- 250gm pedal ayam | dihiris kecil
- 50gm cili kering | dikisar
- 10 ulas bawang putih | dikisar
- 17 ulas bawang merah | dikisar
- 3cm lengkuas | dikisar
- 2 batang serai | dikisar
- 4cm halia | dikisar
- 4 sudu makan serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan hati dan pedal ke dalam bekas. Kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit, garam dan gula dengan secukupnya.
2. Kemudian masukkan bahan kisar. Gaul rata dan perap selama satu jam.
3. Cucuk hati dan pedal hingga habis dan bakar hingga masak.
4. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Sebaiknya hati dan pedal dicucuk pada lidi secara berasingan kerana pedal mengambil masa yang lebih lama untuk masak.
4. SATE IKAN
BAHAN-BAHAN:
- 1kg isi ikan dori sejuk beku | di nyahbekukan
- 10 ulas bawang merah | dikisar
- 1 ulas bawang putih | dikisar
- 1/2 sudu makan serbuk kunyit
- 5 sudu makan gula perang
- 1 sudu teh jintan manis | dikisar
- 1 sudu teh jintan putih | dikisar
- 4cm halia | dikisar
- 4cm lengkuas | dikisar
- 2 batang serai | dikisar
- Garam secukupnya
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ikan dori dihiris nipis dan digaul bersama garam, gula perang serta serbuk kunyit.
2. Kemudian masukkan bahan kisar. Ratakan dan perap selama 30 minit.
3. Cucuk isi ikan pada lidi dan bakar hingga masak.
4. Sedia untuk dihidangkan buat tetamu yang bertandang.
Info chef: Elakkan menghiris isi ikan dengan terlalu nipis kerana sate akan menjadi terlalu kering.
5. SATE KAMBING
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging kambing | dihiris nipis
- 10 ulas bawang putih | dikisar
- 20 ulas bawang merah | dikisar
- 3cm lengkuas | dikisar
- 2 batang serai | dikisar
- 4cm halia | dikisar
- 3 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh jintan manis
- Garam dan gula secukup rasa
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging kambing, serbuk kunyit dan jintan mans ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Kemudian tambahkan gula serta garam dengan secukupnya. Biarkan selama 20 minit.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Gaul sekata dan perap lagi selama satu jam.
4. Cucuk daging kambing pada lidi dan bakar hingga masak.
5. Angkat dan nikmati bersama kuah kicap pedas.
Info chef: Guna daging yang sedikit berlemak untuk mendapatkan rasa sate yang berjus dan enak selepas dibakar.
6. SATE LILIT
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi ayam kisar
- 1 biji cili merah | dicincang
- 1 biji putih telur
- 2 sudu makan daun bawang cincang
- 2 sudu makan daun ketumbar cincang
- 2 helai daun limau purut | dihiris nipis
- 1 sudu makan sos ikan
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
- 1 sudu makan tepung jagung
- Serai secukupnya | dibersihkan
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masukkan isi ayam ke dalam mangkuk dan tambahkan putih telur, tepung jagung, sos ikan, garam dan juga serbuk lada sulah. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan cili merah, daun bawang, daun ketumbar dan daun limau purut. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kecil dan kepalkan pada batang serai dengan kemas.
4. Sapukan sedikit minyak masak pada pemanggang dan bakar sate lilit hingga masak.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Jika mahukan sate yang lebih harum, serai boleh dibelah dua sebelum dikepal dengan adunan ayam cincang.
7. SATE PADANG
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging | dihiris nipis
- 800 ml air
- 4 batang serai | dihiris nipis
- 2 helai daun kunyit | dipotong kecil
- 5 helai daun limau purut
- 85gm tepung beras | dilarutkan dengan sedikit air
- 2 sudu makan tepung kanji | dilarutkan dengan sedikit air
- Lidi sate secukupnya
BAHAN KISAR:
- 12 ulas bawang merah
- 7 ulas bawang putih
- 7 biji cili merah
- 4 biji cili api
- 1 sudu teh biji ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 5cm kunyit
- 4cm halia
- 2cm lengkuas
- Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dan masukkan daging dan rempah yang dikisar. Biarkan mendidih.
2. Kemudian masukkan daun kunyit, serai dan daun limau purut. Masak hingga rempah sebati dan kelihatan masak.
3. Toskan daging, cucuk pada lidi dan bakar sehingga masak.
4. Panaskan air rebusan daging dan tambahkan bancuhan tepung beras dan kanji. Kacau hingga sebati dan kelihatan sedikit likat. Perasakan dengan garam dengan secukup rasa.
5. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Guna daging batang pinang bagi mendapatkan sate yang lembut.
8. SATE TULANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg rangka ayam | dipotong kecil
- 8 ulas bawang merah | dikisar halus
- 5 ulas bawang putih | dikisar halus
- 3cm lengkuas | dikisar halus
- 3 batang serai | dikisar halus
- 3cm halia | dikisar halus
- 3cm kunyit | dikisar halus
- 2 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
- 2 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
- 2 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
- 3 sudu makan gula merah
- Garam dan gula putih secukup rasa
- Sedikit minyak masak
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Gaul rangka ayam bersama gula merah, gula putih dan garam secukup rasa. Biarkan seketika,
2. Kemudian masukkan bahan-bahan sangai dan dikisar halus. Gaul rata dan perap selama 2 jam.
3. Cucuk tulang ayam pada lidi dengan kemas dan bakar sehingga masak dan kelihatan garing.
4. Sesekali, sapukan sedikit minyak bagi mengelakkan isi ayam menjadi terlalu kering.
5. Sedia untuk dihidangkan.
9. SATE PERUT
BAHAN-BAHAN:
- 1kg perut lembu | direbus empuk
- 200 gm bawang merah | dikisar
- 6cm lengkuas | dikisar
- 2 batang serai | dikisar
- 5 cm halia | dikisar
- 2 sudu teh jintan manis | dikisar
- 2sudu teh ketumbar | dikisar
- 2 labu bawang putih | dikisar
- 6 sudu makan serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Perut lembu yang telah empuk dihiris bentuk empat segi kecil. Ketepikan.
2. Satukan kesemua bahan kisar di dalam bekas. Gaul rata. Kemudian masukkan perut lembu tadi. Gaul sehingga semua rempah sebati.
3. Masukkan serbuk kunyit dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul lagi hingga bahan perasa menjadi rata. Biarkan selama 1 jam.
4. Cucukkan perut pada lidi sate dan bakar hingga masak.
5. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Cuci perut menggunakan kapur makan bagi membuang bau serta kotoran dan bilas hingga bersih sebelum direbus.
Pasembur Mamak Meletup Rasa
![Pasembur Mamak Meletup Rasa](https://cdn.rasa.my/2018/10/rojak.png)
Resipi Rojak/Pasembor Mamak
BAHAN-BAHAN (ROJAK)
- Sengkuang dihiris nipis memanjang
- Timun dihiris nipis memanjang
- Taugeh dicelur sedikit
- Tofu kuning digoreng dan dihiris nipis
- Kentang direbus dan dipotong
- Telur rebus
- Cucur kelapa dipotong
- Cucur naik dipotong
- Cucur beras dipatah dan ditabur atas
- Bawang goreng ditabur atas
CUCUR KELAPA
- 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepun gandum
- 1/2 cawan kelapa parut (hampas kelapa pun boleh)
- Bawang kecil di mayang halus
- Garam secukup rasa
- Sedikit sodium bicarbonate
CARA PENYEDIAAN
- Gaul dan buatkan dough semua ramuan diatas agak-agak boleh digumpal dengan tangan. Cucurkan ke dalam minyak yang telah panas.
CUCUR NAIK
- 1 cawan tepung gandum
- 1/4 st baking powder
- 1/4 st soda
- Taugeh basuh bersih
- 1/2 st serbuk kunyit / pewarna
- 1 st gula
- 1/4 st garam
- 125 ml air (anggaran) * jangan cair sangat nanti cucur leper
- 1 biji telur
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan semua bahan kecuali telur dan taugeh serta garam. Gaulkan sampai sebati dan perap selama 1 jam.
- Masukkan telur dan taugeh serta garam dan kacau rata. Panaskan minyak dan goreng keemasan.
CUCUR BERAS ATAU KEREPEK
- 250gm tepung beras
- 1 sudu besar (tbsp) tepung ubi kayu (topioca flour)
- Minyak untuk goreng
BAHAN-BAHAN PERENCAH (DIKISAR)
- 5 ulas bawang putih.
- 5 biji buah keras.
- 1 sudu kecil (tsp) serbuk ketumbar, biji ketumbar digoreng kering dan ditumbuk/ kisar kasar.
- 1 biji telur.
- 50 ml santan cair.
- Garam secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN
- Sebatikan tepung beras dan tepung ubi dengan bahan kisaran.
- Cairkan tepung tadi dengan tambahan 250ml santan cair, supaya terbentuk tepung yang cair dan sesuai untuk dituang ditepi kuali.
- Panaskan minyak, bila minyak cukup panas, ambil sesenduk tepung cair dan tuangkan dikeliling gerigi minyak ditepi kuali. Bila warnanya tukar keemasan kuning , kupil tepung itu dengan perlahan dan biarkan ia terapung ke tengah kuali. Bila cukup garing, keluarkan dan diletakan ke atas kertas tuala dapur untuk menyerap minyak.
- Patahkan saiz yang dikehendaki dan taburkan ke atas rojak anda. Ia memberi kelazatan yang istimewa pada hidangan rojak anda.
BAHAN- BAHAN (KUAH ROJAK )
- 1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).
- 125gm udang kertas halus goreng dulu udang itu 1/4 masak.
- kacang tanah.(goreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya)
- 10 – 15 biji cili kering. Untuk kepedasan biasanya kita gunakan cili kering. Cili kering perlu goreng dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup.
- 3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama kacang tadi.
- 2-3 bawang besar digoreng layu.
- Gula dan garam secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN
- Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periuk dan masukkan 4 cawan air dan masak sehingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar. Masukkan garam secukup rasa.
- Jika inginkan kuah yang lebih dan pekat likat seperti mamak buat kuah, rendamkan 5-8 keping biskut merry, lenyekkan dan masukkan dalam kuah yang reneh.
Selamat mencuba!
Kredit Resipi & Foto: Fatimah Jasmin