
Sotong Kari Pekat memang menu yang menjadi daya tarikan di restoran-restoran mamak. Tapi awas, hendak ambil lauk Sotong Kari Pekat ini kena hati-hati. Poket mesti tebal sebab biasanya harga untuk makanan laut agak mahal. Jadi jika anda dan keluarga memang suka makan Sotong Kari Pekat, apa kata cuba resipi Sotong Kari Pekat (tanpa santan) seperti yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah
RESEPI SOTONG KARI PEKAT (TANPA SANTAN)

BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong (dibersihkan)
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris) – BELI ONLINE
1 sm halia (dihiris) – BELI ONLINE
3 sudu perahan asam jawa – BELI ONLINE
1 buah tomato (dibelah 6)
Daun ketumbar (2-3 sudu besar)
Minyak masak secukupnya – BELI ONLINE
Serbuk perasa
Garam
7 sudu besar serbuk kari ikan – BELI ONLINE
Sedikit air

NOTA: Tidak perlu menggunakan air kerana apabila memasak sotong nanti airnya akan keluar sendiri.
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari. Masak sehingga sedikit keperangan.

2. Kemudian masukkan paste rempah kari (bancuhan serbuk kari ikan dan sedikit air). Kacau sebati, masak sehingga pecah minyak (mengunakan api yang sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah akan kelihatan cantik). Sentiasa kacau, jangan berhenti.


3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa dan kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap. (Masih menggunakan api sederhana).


4. Selepas itu, masukkan sotong yang telah dibersihkan tadi. Masakkan seketika.

5. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tomato. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. (boleh tambahkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan).



6. Tunggu sedikit kering dan tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Sumber kredit: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Asam Pedas Ayam Stail Nyonya, Kuah Pekat, Memang Kaw!
Pecal Lele Lemak Daun Cekur, Kuah Pekat Dan Padu, Memang Tangkap Leleh
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Koleksi Resipi Lauk Pauk & Kuih Yang Boleh Masak Guna Pemanggang Ajaib.

Pemanggang ajaib adalah salah satu alat memasak yang sangat berguna lebih-lebih lagi jika memasak lauk bakar. Namun, bukan itu sahaja, jika nak masak lauk kukus atau kuih muih pun boleh juga. Ada pelbagai resipi kita boleh cuba masak menggunakan pemanggang ni. Fungsinya lebih kurang sahaja macam ketuhar malah lebih mudah kerana menggunakan dapur gas. Jom kita lihat senarai hidangan yang anda boleh hasilkan. Bolehlah cuba tengah hari ni.
1. AYAM PANGGANG MADU

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam saiz sederhana | dipotong empat
- 2cm lengkuas | dikisar
- 1cm halia | dikisar
- 12 biji bawang merah | dikisar
- 2 sudu makan asam jawa
- Sedikit gula melaka
- 4 sudu makan madu
- 1 sudu makan garam
- 2 sudu makan kicap
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan kisar, asam jawa, gula melaka, madu, sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata.
- Kemudian lumurkan bahan perapan pada ayam hingga sekata. Perap ayam selama dua jam.
- Panaskan pemanggang dan letak kepingan aluminium foil. Kemudian susun ayam. Terbalikkan-terbalikkan ayam hingga masak. Anggaran masa antara 15-20 minit.
- Angkat dan nikmati bersama keluarga tercinta.
Info chef: Jika menggunakan ketuhar, masa memasak yang diperlukan adalah antara 20 – 30 minit menggunakan suhu 200C.
2. AYAM PANGGANG HALIA

BAHAN UTAMA:
- 4 bahagian paha saiz sederhana (whole leg)
- 1 sudu makan kicap cair
- 1 sudu teh gula melaka
- 1 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 10cm halia
- 3 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- 1 sudu makan lada hitam
- 1cm kunyit hidup
- 3 biji cili merah
BAHAN KUAH:
- 1 ulas bawang merah | dihiris halus
- 1 ulas bawang putih | dihiris halus
- 1cm halia | dipotong julliene
- 1 biji cili merah | dipotong serong
- 2 sudu makan madu
- 125ml air asam jawa
CARA MEMASAK:
- Bagi menyediakan kuah ayam panggang, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan halia diikuti madu dan sedikit air asam jawa. Kacau sebati.
- Perasakan dengan garam. Ketepikan seketika.
- Bagi menyediakan ayam panggang halia, gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama. Perapkan ayam selama lebih kurang satu jam setengah.
- Susun ayam dalam pemanggang yang telah disapu minyak masak dan bakar menggunakan api sederhana selama 20 minit atau sehingga ayam kelihatan masak. Balik-balikkan ayam supaya masak sekata.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama sos.
Info chef: Untuk memastikan ayam masak, pastikan ketebalan isi ayam sama tebal. Anda juga boleh keluarkan tulang ayam dan masak isinya sahaja.
3. SIAKAP BAKAR PETAI

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap
- 1 keping asam gelugur
- 50gm petai
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit air
- Daun pisang dan aluminium foil secukupnya
BAHAN KISAR:
- 5 ulas bawang merah
- 1 biji bawang besar
- 3 ulasa bawang putih
- 2cm kunyit
- 2cm halia
- 2cm lengkuas
- 1 batang serai
- 10 biji cili kering
- 2cm belacan
CARA MEMASAK:
- Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.
- Masukkan air dan asam gelugur. Masak sehingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat.
- Letak aluminium foil dan alaskan dengan daun pisang. Sudukan sambal yang dimasak tadi dan ratakan.
- Letak ikan dan sudukan lebihan sambal sehingga rata. Taburkan petai dengan secukupnya.
- Bungkus ikan dengan kemas dan bakar dalam pemanggang ajaib selama 30 minit atau sehingga masak. Terbalikkan agar masak sekata.
- Angkat dan nikmati bersama nasi putih.
Info chef: Ikan hendaklah disiang dan dibelah belakangnya. Perapkan bersama 1 sudu makan serbuk kunyit dan 1/2 sudu teh garam.
4. KUIH BAKAR JAGUNG

BAHAN-BAHAN:
- 200gm tepung jagung
- 170gm gula pasir
- 200ml santan pekat
- 25gm tepung kastard
- 350ml air
- 2 sudu makan mentega
- 4 biji telur
- 1 tin jagung manis
- Sedikit bijan
- Pewarna kuning secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kisar semua bahan hingga sebati kecuali jagung, mentega dan bijan di dalam pengisar.
- Masukkan jagung dan kisar seketika sahaja.
- Oles pemanggang menggunakan mentaga dan panaskan seketika.
- Tuang adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang dan taburkan bijan di permukaan adunan dengan secukupnya.
- Bakar selama satu jam atau sehingga kuih kelihatan garing dan berwarna keemasan. Guna api kecil sahaja.
- Sedia untuk dinikmati.
- Jika guna ketuhar, masukkan mentega ke dalam loyang dan panaskan seketika di atas api sehingga mentega cair.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan.
- Bakar pada suhu 180C menggunakan api atas bawah selama satu jam atau sehingga kuih kelihatan garing dan berwarna keemasan.
Info chef: Jika guna ketuhar, untuk mendapatkan kuih bakar yang lebih berkerak, pada 10 minit terakhir, bakar menggunakan api atas sahaja.
5. KUIH BAKAR DAGING

BAHAN-BAHAN:
- 375gm tepung gandum
- 720ml santan cair
- 720ml air
- 5 biji telur
- 350gm daging kisar
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 1 biji cili merah | dihiris
- 1 biji bawang besar | dimayang
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 tangkai daun bawang | dihiris halus
- 1 sudu besar minyak masak
- Sedikit garam
- Sedikit pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga wangi. Kemudian masukkan rempah kari dan goreng sampai naik bau.
- Masukkan daging kisar dan masak sampai kering. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Sejukkan.
- Seterusnya, pukul telur hingga kembang kemudian tambahkan santan dan air. Kacau rata.
- Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati dan pastikan adunan tidak berketul. Tambahkan sedikit pewarna kuning, garam dan gula secukup rasa.
- Oles sedikit minyak pada pemanggangdan panaskan dengan api perlahan.
- Tuang adunan sehingga memenuhi 3/4 pemanggang.Biarkan seketika barulah disudukan inti daging tadi dengan secukupnya. Taburkan daun bawang dan hirisan cili. Tutup pemanggang.
- Masak sehingga kuih kelihatan garing dan masak sepenuhnya. Sedia untuk dinikmati.
- Jika bakar menggunakan ketuhar, isi adunan ke dalam acuan, masukkan intu dan masak diatas dapur seketika.
- Setelah kuih kelihatan garing, masukkan acuan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 20 minit. Pastikan anda menggunakan api atas sahaja.
6. PAIS DAGING

BAHAN-BAHAN A:
- 30gm daging | cincang kasar
- 3 sudu air asam jawa
- ½ cawan santan pekat
- 1 helai daun kunyit |dihiris
- Garam dan gula secukupnya
- Daun pisang secukupnya
BAHAN B (KISAR KERING):
- 5 tangkai cili kering |kisar kering
- 1cm halia
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 1 inci lengkuas
- 1/2 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Perap daging dengan bahan A selama ½ jam.
- Masukkan bahan B dan perap lagi selama ½ jam.
- Bungkus di dalam daun pisang.
- Bakar di dalam pemanggang ajaib hingga masak sepenuhnya.
- Keluarkan dan sedia dihidangkan.
7. SIAKAP STIM CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan siakap |bersihkan
- 100gm cendawan tiram |carik kasar
- 100gm lada benggala |potong
- 40gm bawang besar |belah enam
- 5 ulas bawang putih |belah dua
- 2 inci halia |hiris halus
- 50ml sos ikan
- 5gm serbuk perasa
BAHAN SOS:
- 100ml kicap cair
- 10gm cili padi |hiris halus
- 5gm air perahan limau kasturi
CARA MEMASAK:
- Letakkan ikan ke dalam loyang/aluminium foil. Taburkan kesemua bahan di atas ikan. Balut ikan tersebut. Jangan terlalu kemas. Biarkan ada ruang sedikit.
- Kemudian masukkan ikan ke dalam pemanggang ajaib. Masukkan air anggaran satu cawan. Tutup pemanggang dan buka api.
- Kukus ikan tadi selama 15 minit atau lebih bergantung pada saiz ikan.
- Sementara itu, untuk membuat sos; Satukan kedua bahan sos dan tuang ke atas ikan ketika menghidang.
8. AYAM BAKAR BERKUAH

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | belah empat
- 2 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan sos soya pekat
- 1 sudu makan kicap pekat
- 1 sudu makan air asam jawa
- 8 biji bawang merah | kisar
- 5 biji bawang putih | kisar
- 2 biji buah keras | kisar
- 1 batang serai | kisar
- 2cm halia | kisar
- Minyak untuk menumis secukupnya
- Garam, gula, lada sulah dan serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK:
- Lumur ayam dengan sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit. Bakar dalam pemanggang selama 20-25 minit atau hingga ayam masak. Angkat dan ketepikan. Api jangan terlalu besar kerana dikhuatiri ayam akan hangus diluar tetapi di dalamnya tidak masak.
- Untuk membuat kuahnya; Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan-bahan kisar hingga masak.
- Masukkan air asam jawa, sos soya pekat, kicap pekat manis dan didihkan semua bahan sebati. Biarkan kuah mereneh menjadi agak pekat. Tambah garam dan gula mengikut cita rasa.
- Untuk menghidang; ambil ayam dan letakkan di dalam pinggan hidang. Tuang kuah di atas ayam dan ia sedia dihidangkan.
9. CENCARU BELAH BELAKANG BAKAR

BAHAN-BAHAN:
- 2-3 ekor ikan cencaru | belah bahagian belakang
- ½ biji kelapa parut | ambil putihnya
- 4 biji cili merah | tumbuk
- 6 biji bawang merah | tumbuk
- 4 biji bawang putih | tumbuk
- 1 batang serai | mayang halus
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam, gula dan serbuk kunyit secukupnya
- Daun pandan secukupnya
CARA MEMASAK:
- Lumur sedikit garam dan serbuk kunyit pada ikan.
- Di dalam mangkuk, satukan bahan-bahan tumbuk dengan air asam, kelapa parut dan serai. Gaul rata.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Sendukkan campuran kelapa ke dalam ikan dan balut dengan daun pandan.
- Bakar hingga ikan masak. Lapik dengan aluminium foil di dasar pemanggang jika perlu.Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh juga dimakan bersama dengan sambal kicap jika suka.
10. SOTONG BAKAR PAPRIKA

BAHAN-BAHAN:
- 6-8 ekor sotong saiz besar
- 1 sudu makan serbuk paprika
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk hitam
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Sotong dibersihkan dan dikelar-kelar sedikit tanpa putus. Jika gun sotong saiz sederhana, tidak perlu kelar.
- Lumur sotong dengan serbuk paprika, sos tiram, serbuk lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa.
- Panaskan pemanggang ajaib dan susun sotong. Bakar hingga masak.
- Angkat dan sedia dihidangkan
Info chef: Jangan terlebih bakar untuk menggelakkan sotong menjadi liat.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tip Masak Sambal Sotong Yang Sedap. Sotong Tak Kecut, Sambal Pun Pekat Tak Berair

Lauk sambal sotong untuk makan tengah hari memang sedap. Dipadu dengan sayur goreng saja dah lengkap hidangan.
Tapi biasa terjadi bila masak sambal sotong selalu berair dan sotongnya kecut. Lagi tak best nak makan bila ada sedikit bau hanyir.
Untuk elak perkara ini bila memasak sotong boleh gunakan tip ini dikongsi oleh Ayue Jalal dan Aimi Marina Saadan. Sambal sotong yang menggunakan cara ini memang tak kecut, kembang elok serta sambal pun pekat.
Tip masak sambal sotong sedap, tak berair
Sebelum ini masak sambal sotong tak rebus dulu pun. Terus saja masak. Tapi ada sekali terbaca cara masak sambal sotong, sotong itu direbus dulu untuk rasa lebih sedap. Bila cuba, betul apa yang dikata… memang sedap.
Caranya:
- Rebus sedikit air hingga mendidih.
- kemudian masukkan sotong dalam air mendidih, rebus sekejap saja dalam satu minit dan tos.
- Dah kering air sotong barulah masukkan dalam sambal dalam kuali.
- Boleh juga kalau panaskan saja sotong dalam kuali tanpa letak air. Biar air sotong keluar sampai kering. Dua-dua cara ini boleh guna, rasanya tetap sama.

- Masukkan sotong yang ditos bila sambal dah terbit minyak. Tumis dengan gula merah dan gula biasa. Guna api yang kecil.
- Boleh juga masukkan sedikit air rebusan sotong supaya sambal ada rasa manis sotong.
- Bila dah masukkan sotong, gaul sekejap saja dengan sambal dalam 2-3 minit boleh diangkat.
- Boleh juga guna tip ini untuk masak udang.

Selamat mencuba.
Sumber: Ayue Jalal & Aimi Marina Saadan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kerang Rebus Sos Butter Chili, Resipi Yang Pedas & Berkrim

Hidangan yang cukup membuka selera, tentunya Kerang Rebus Sos Butter Cili. Nampak cukup enak, lebih-lebih lagi bila dimakan panas-panas. Cukup dengan rasa pedas dan ‘creamy’ dari mentega.
Gunakan Mentega Anchor Salted kerana mentega ini diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Dengan warna keemasan semula jadi dan rasa berkrim, Mentega Anchor memang sesuai digunakan untuk hidangan ini. Jom cuba! 
KERANG REBUS SOS BUTTER CHILI

BAHAN-BAHAN:
- 1 kg kerang – bersihkan
BAHAN-BAHAN B (SOS):
- 100gram Anchor Butter Salted
- 400ml Susu Full Cream Fernleaf
- 200gram Anchor Cooking Cream
- 1 sudu makan chili flakes
- 1 sudu makan gula
- 2 sudu teh paprika
- 5 ulas bawang putih – cincang halus
- 6 biji cili padi – cincang
- 2 tangkai daun kari
- Garam dan lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kerang dibersihkan lalu rebus mengikut yang diingini. Buka kerang dan susun dalam pinggan/mangkuk yang sesuai.
- Untuk membuat sos; cairkan Anchor Butter Salted dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan daun kari, cili padi, paprika dan chili flakes.
- Tuang Susu Full Cream Fernleaf dan Anchor Cooking Cream.
- Masukkan gula, lada sulah dan garam secukupnya. Didihkan sebentar hingga semua bahan sebati.
- Tuang sos butter cili ke atas kerang rebus dan hidangkan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
https://www.rasa.my/dumpling-soup-homemade-halal-modal-bawah-rm10-boleh-dapat-40-biji/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

Caranya: