
Somtam Mangga boleh jadi menu pelengkap dengan lauk pauk yang lain. Jika anda ada banyak stok mangga dan tidak tahu hendak buat apa dengan mangga-mangga tersebut, bolehlah cuba buat Somtam Mangga. Mudah sangat nak buatnya dan bahan yang diperlukan hanya lima sahaja. Jom kita cuba resipi Somtam Mangga Style Ibu hasil perkongsian Ameera
RESIPI SOMTAM MANGGA STYLE IBU

BAHAN-BAHAN:
4 biji mangga
Sedikit udang kering (saiz kecil) – beli online
1 biji bawang merah – beli online
5 biji cili padi – beli online
Sos Thail (secukupnya) – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Sagat begini, nampaklah cantikkan. Selera pun bertambah-tambah.


2. Masukkan udang kecil.

3. Satu biji bawang merah dipotong nipis-nipis.

4. Lima biji cili padi dihiris nipis-nipis. Jika hendak pedas boleh letak lebih. Ikut cita rasa masing-masing.

5. Masukkan sos Thail. Gaul rata biar semua bahan sebati. Jangan letak gula dan garam. Sos ini semua cukup rasa.

6. Selepas siap digaul bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.

Sumber kredit: Ameera
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kuih Tepung Kapur, Rupa Seperti Kuih Kaswi Tapi Rasa Berbeza
Resipi Telur & Tauhu Masak Kicap Cili Padi. Lauk Mudah, Super Sedap!
Cara Buat Mi Goreng Basah Melekit-lekit Paling Sedap, Ikut Resipi Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tudiaa Aneka Kerabu Khas Untuk Akak-Akak Cuba..Macam-Macam Ada!

Kalau korang hantu kerabu, nah ini bermacam jenis kerabu yang boleh korang cuba!. Kerabu hidangan pembuka selera dengan rasa masam, pedas dan sedikit manis, Ia memang sedap, dan lebih menggoda bila bahan campurannya segar-segar hinggakan makan begitu sahaja juga sedap. Jangan lepaskan peluang mencuba salah satu dari 10 kerabu yang Rasa sharekan ini.
KERABU BETIK MUDA

BAHAN-BAHAN:
- 1 biji betik muda | sagat dan celur
- 2 biji cili merah | mayang halus
- 4 biji cili padi | mayang halus
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 2 batang serai muda | mayang halus
- 1 sudu makan perahan limau
- Garam dan gula secukupnya
- Kacang tanah panggang cincang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
- Gaul sebati kesemuanya.
- Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
- Tabur kacang panggang cincang di atasnya. Sedia dinikmati.
KERABU CAMPURAN KEKACANG

BAHAN-BAHAN:
- 5 batang kacang botol | hiris halus
- 5 batang kacang buncis | hiris halus
- 5 batang kacang panjang | hiris halus
- 2 biji cili merah | hiris nipis
- 4-5 biji cili padi | hiris nipis
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 batang serai | hiris halus
- 3 sudu makan kelapa parut (putihnya sahaja)
- 2 sudu makan kerisik
- 2 sudu makan ikan bilis | sangai dan tumbuk kasar
- ½ biji limau nipis | perah airnya
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk kecil, satukan kelapa dan kerisik. Gaul sebati.
- Di dalam mangkuk besar, campurkan kesemua bahan lain. Gaul rata.
- Masukkan campuran kelapa dan kerisik tadi lalu gaul sebati.
- Tambah perahan limau dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa. Hidangkan segera.
KERABU DAGING LIMAU PURUT

BAHAN-BAHAN:
- 200gm daging
- 1 biji tomato hijau | hiris
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 batang serai muda | mayang halus
- 2 biji cili merah | hiris nipis
- 4-5 biji cili padi | hiris nipis
- 2 biji limau kasturi | perah airnya
- 3 helai daun limau purut | hiris halus
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Daging direbus empuk dan hiris nipis.
- Satukan tomato hijau, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
- Tambah daging rebus berserta hirisan daun limau purut dan kaup-balikkan sebati.
- Tambah garam, gula secukup rasa.
- Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.
KERABU JANTUNG PISANG KERISIK

BAHAN-BAHAN:
- 1-2 biji jantung pisang | rebus empuk dan hiris
- 2 biji tomato | cincang nipis
- 2 biji cili merah | mayang halus
- 4 biji cili padi | mayang halus
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 sudu makan kerisik
- ½ sudu makan air asam
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
- Gaul sebati kesemuanya.
- Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
- Jika suka boleh tabur kacang goreng tumbuk di atasnya.
KERABU SOTONG SIAM

BAHAN-BAHAN:
- 300gm sotong | potong kecil dan celur
- 1 biji tomato | cincang nipis
- 2 biji cili merah |mayang halus
- 4 biji cili padi | mayang halus
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 batang serai | mayang halus
- 1 sudu makan cincangan daun ketumbar
- 1 sudu makan air perahan limau nipis
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
- Gaul sebati kesemuanya.
- Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
KERABU SUHUN KACANG GAJUS

BAHAN-BAHAN:
- 200gm suhun | rendam dan celur
- 2 biji cili merah | mayang halus
- 4 biji cili padi | mayang halus
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 2 batang serai muda | mayang halus
- 1 sudu makan perahan limau
- Garam dan gula secukupnya
- Cincangan kacang gajus panggang secukupnya
- Bijan hitam panggang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
- Gaul sebati kesemuanya.
- Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
KERABU TAUGE KASAR DAN SOTONG KERING

BAHAN-BAHAN:
- 200gm tauge kasar
- 5 ekor sotong kering | hiris kecil, rendam dan goreng
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 2 batang kacang panjang | hiris nipis
- 2 biji cili merah |hiris nipis
- 4-5 biji cili padi | hiris nipis
- 2 biji limau kasturi | perah airnya
- 1 sudu makan kelapa parut | panggang
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tauge kasar dibersihkan, celur sebentar dan toskan.
- Satukan tauge kasar, sotong, bawang besar, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
- Tambah kelapa panggang dan kaup-balikkan sebati.
- Tambah garam, gula secukup rasa.
- Tambah perahan limau kasturi dan gaul. Sedia dihidangkan.
KERABU TAUHU UDANG KERING

BAHAN-BAHAN:
- 4 keping tauhu
- 3 sudu makan udang kering
- 2 biji cili merah | mayang halus
- 4 biji cili padi | mayang halus
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 sudu makan kelapa panggang
- ½ sudu makan air perahan limau
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tauhu dihiris nipis dan goreng manakala udang kering ditumbuk kasar dan sangai kering.
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
- Gaul sebati kesemuanya.
- Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
KERABU TOMATO BILIS

BAHAN-BAHAN:
- 200gm ikan bilis
- 1 biji tomato hijau | hiris
- 1 biji tomato merah | hiris
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 batang serai muda | mayang halus
- 2 biji cili merah | hiris nipis
- 4-5 biji cili padi | hiris nipis
- 2 biji limau kasturi | perah airnya
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Ikan bilis digoreng garing dan toskan.
- Satukan tomato hijau, tomato merah, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.
- Tambah bilis goreng dan kaup-balikkan sebati.
- Tambah garam, gula secukup rasa.
- Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.
KERABU UDANG SERAI

BAHAN-BAHAN:
- 200gm udang segar | kupas dan celur
- 2 biji cili merah | mayang halus
- 4 biji cili padi | mayang halus
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 2 batang serai muda | mayang halus
- 1 sudu makan perahan lemon
- Garam dan gula secukupnya
- Cincangan daun ketumbar secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
- Gaul sebati kesemuanya.
- Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
- Jika suka boleh tabur bawang goreng di atasnya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Kerabu Pucuk Paku Simple Yang Mudah & Sedap

Pucuk Paku memang enak dijadikan sebagai kerabu. Penmbahan beberapa rencah lain menjadikan hidangan ini digemari ramai. Menerusi perkongsian saudari Redza Rosida, beliau berkongsi cara-caranya menyediakan sajian Kerabu Pucuk Paku yang simple tetapi sangat sedap. Cubalah. Pasti anda akan suka akan rasanya.
CARA MEMBUAT KERABU PUCUK PAKU

BAHAN-BAHAN:
Pucuk paku – dipotong kecil & dicelur terlebih dahulu
Tauge
Mangga muda – sagat
Bawang besar – hiris nipis – beli online disini
Kerang rebus
Kelapa parut – ambik bahagian putih sahaja
BAHAN SAMBAL KERABU:
10 biji cili merah
Cili padi – ikut kepedasan yang disukai
Belacan – beli online disini
Air asam jawa – beli online disini
4 biji limau kasturi – ambil jusnya sahaja
Garam dan perasa
1 genggam ikan bilis – boleh disangai atau digoreng – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Sangai tauge tanpa minyak seketika. Jangan lama. Kemudian sangai kelapa parut hingga keperangan.
2. Satukan bahan sambal kecuali bilis. Kisar seketika.
3. Masukkan ikan bilis. Kisar sekali lagi tetapi jangan sampai hancur sangat.
4. Dalam bekas besar, campur semua bahan dan gaulkan.

5. Seimbangkan rasa masam, masin dan pedas mengikut cita rasa. Lagi enak jika lebih rasa masam.
6. Kerabu Pucuk Paku sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Redza Rosida
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Dendeng Sedap & Mudah Untuk Sukatan 1 Kg Daging.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Makan Kerabu Suun. Masam, Rangup, Lembut Semua Cukup

Kalau cerita tentang kerabu, pasti ramai yang suka makan. Dapat pula kerabu suun. Dahlah sedap, makanan menyihatkan pula sebab tak perlu guna minyak untuk menumis atau menggoreng. Cuma celur sahaja.
Resipi perkongsian Siti Hazneza Abdul Hamid kali ini memang nampak menyelerakan sungguh. Makan kerabu suun macam tu saja pun dah sedap. Tak perlu lauk lain.
Jom kita cuba. Bahan-bahannya pun mudah diperoleh.
BAHAN-BAHAN:
200g suun
1 biji tomato (dihiris) – Boleh beli online di sini
3 helai daun bawang (dihiris kasar)
½ cawan ikan bilis goreng – Boleh beli online di sini
½ biji cili hidup merah (dihiris)
½ biji cili muda hijau (dihiris)
1 sudu besar daun ketumbar (dihiris jika mahu)
1 biji cili padi merah (dihiris) – Boleh beli online di sini
1 biji cili padi hijau (dihiris)
½ cawan lobak merah (diparut) – Boleh beli online di sini
1 sudu besar bawang putih (digoreng)
½ cawan daun sup (dihiris kasar)
½ cawan kacang (digoreng) – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Rendam suun dengan air panas selama 3-4 minit.

Toskan air panas. Tidak perlu bilas dengan air sejuk.

Apabila sudah boleh dipegang, letak sedikit minyak dan relai-relaikan (seperti kita buat pada spageti).

Meriah dan ceria sayur-mayur begini, kan.

KUAH KERABU (DRESSING)
BAHAN-BAHAN:
1 cawan minyak bawang putih
¼ cawan jus limau nipis/ lemon/ cuka – Boleh beli online di sini
3 sudu besar sos ikan/ sos sotong – Boleh beli online di sini
1 sudu teh garam/ secukup rasa
1 sudu besar gula/ secukup rasa – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau rata.

Tuangkan kuah kerabu ke dalam suun dan gaulkan. Boleh ambil kesempatan untuk relai-relaikan lagi suun pada masa ini.

Tambah sayur-mayur dahulu dan kacau rata. Dah siap. Sedia untuk dinikmati.

Tambah bahan rapuh dan kacau rata sekali lagi.

Puas hati! Pedas, masam, rangup, lembut semua cukup. Alhamdulillah.

Selamat mencuba.
Kredit: Siti Hazneza Abdul Hamid
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan. Rasa Mewah, Sedap Tak Terkata
Cucur Ikan Bilis Nasi, Tambah Bahan Ini Jadi Bulat dan Garing Di Luarnya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

