Tidak kira kerabu, somtam, kerabu sotong  atau salad  Thai, ia mesti sedap, cukup rasa pedas, masam dan manisnya. Kalau nak tahu rahsianya, ini RASA kongsikan tip dan satu resipi kerabu sotong yang ringkas, 15  minit siap dan gerenti super sedap.

Ini Rahsia Kenapa Kerabu Thai Sedap, Siap Kongsi Resipi Kerabu Sotongnya Ye..

Menggunakan Bahan Segar.

Semua jenis kerabu atau salad Thai, hanya menggunakan segar termasuklah  sayuran, cili, buah-buahan, seafood, daging dan isi ayam yang segar. Kesegaran ini akan memberikan rasa asli bahan dan aroma yang menyelerakan.

Ini Rahsia Kenapa Kerabu Thai Sedap, Siap Kongsi Resipi Kerabu Sotongnya Ye..

Masak Sekejap Je.

Jika menggunakan seafood, pastikan ia dibersihkan dan dicelur tidak lebih dari lima minit, kemudian tos sebelum dicampurkan dengan bahan lain. Begitu juga jika menggunakan daging panggang  atau rebus, elakkan dari terlalu lama panggang atau rebus. Untuk daging lebih baik jika dihiris nipis selepas dipanggang.

Ini Rahsia Kenapa Kerabu Thai Sedap, Siap Kongsi Resipi Kerabu Sotongnya Ye..

IKLAN

Sos Dibancuh Secara Berasingan

Semua bahan sos seperti jus limau, cuka garam, sos cili atau apa juga sos secara berasingan. Bancuh hingga cukup rasa dan simpan dalam peti sejuk. Gunakan apabila kerabu sedia untuk dihidangkan.

Ini Rahsia Kenapa Kerabu Thai Sedap, Siap Kongsi Resipi Kerabu Sotongnya Ye..

Segera Dihidangkan

Apapun jenis kerabu atau salad, selepas digaul dengan sos, ia perlu segera dihidangkan. Jika tetamu lewat, sebaiknya wrap mangkuk dan simpan kerabu dalam peti sejuk.

IKLAN

Ini Rahsia Kenapa Kerabu Thai Sedap, Siap Kongsi Resipi Kerabu Sotongnya Ye..

Penyedap Rasa Unik

Satu-satunya keistimewaan kerabu atau salad Thai, ia menggunakan campuran empat  penyedap rasa yang unik iaitu, daun ketumbar, daun limau purut, cili padi dan jus limau nipis.

Untuk memastikan tip anda menjadi, berikut diserta resipi Kerabu Sotong Ala Thai yang sedap dan hanya ambil masa 15 saja siap.

IKLAN

Ini Rahsia Kenapa Kerabu Thai Sedap, Siap Kongsi Resipi Kerabu Sotongnya Ye..

KERABU SOTONG DAUN PUDINA

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm sotong | bersihkan buang kulit ari dan hiris empat segi
  • 2 sudu makan pes cili Thai
  • 3 biji cili merah | kisar kasar
  • 3 batang serai | hiris halus
  • 3 ulas bawang merah | hiris
  • 1 pokok daun bawang | hiris
  • 1/2 cawan daun pudina
  • 2 biji limau nipis |ambil jusnya sahaja
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK: 

  1. Renehkan air dalam periuk. Celur sotong seketika kemudian angkat dan toskan.
  2. Sementara itu campurkan semua bahan sos, pes cili Thai, cili merah kisar, jus limau nipis, garam dan gula dalam mangkuk.
  3. Kacau rata dan cukup rasa.
  4.  Seterusnya masukkan sotong dan gaul rata.
  5. Masukkan pula  hirisan bawang dan serai, dan daun bawang, gaul lagi.
  6. Akhir sekali daun pudina dan gaul rata hingga sebati dan cukup rasa. Kemudian sedia dihidangkan.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI